Memujuk Hati..
Berlapang Dada,
Kehidupan Dihayati,
Akhirat Sejahtera.
Hampir selalunya memujuk hati.
Tinggal hanya selangkah sahaja lagi yang tinggal,
ianya terlalu hampir dan mudah untuk dicapai,
alangkah kecewanya jika membiarkan ia berlalu pergi.
Entah kemanakah angin akan membawa pergi,
namun pasti dan pasti akan sampai juga ketangan nurani.
Perumpamaan demi perumpamaan heboh di perkatakan dengan hujahan yang tersendiri berdasarkan kefahaman sendiri,
namun siapakah yang mampu menerpa selari dengan kehendak Ilahi.
Mengapa tidak kita biarkan sahaja hati sendiri berbicara,
kita sangat mudah mempercayai hawa nafsu dari mempercayaai kepada Janji.
Ianya janji yang besar.
Jika begitu katakan sahaja ikatan ini terlerai dek tidak tertahan.
Tetapi aku selalu membayangkan alangkah indahnya jika kita memahami satu hakikat.
Ianya tidaklah terlalu tinggi untuk dicapai,
Sekadar memetik di dahan yang rendang seperti susunan yang cantik Maha Pencipta.
Ianya sebuah susunan dan tidaklah kamu tahu?
Seperti barisan pintu-pintu untuk kita membuat pilihan mengikut kehendak ketetapan.
Namun sejauh manakah kita mampu untuk pergi,
Sekadar aku katakan sahaja di akhirnya sebuah aturan ketetapan.
Berlapanglah dada selalu,
pujuklah hati mu selalu.