Monday, August 27, 2012

Akan ku pujuk hati ku selalu.

Memujuk Hati..
Berlapang Dada,
Kehidupan Dihayati,
Akhirat Sejahtera.


Hampir selalunya memujuk hati.
Tinggal hanya selangkah sahaja lagi yang tinggal,
 ianya terlalu hampir dan mudah untuk dicapai,
alangkah kecewanya jika membiarkan ia berlalu pergi.
Entah kemanakah angin akan membawa pergi,
namun pasti dan pasti akan sampai juga ketangan nurani.
Perumpamaan demi perumpamaan heboh di perkatakan dengan hujahan yang tersendiri berdasarkan kefahaman sendiri,
namun siapakah yang mampu menerpa selari dengan kehendak Ilahi.
Mengapa tidak kita biarkan sahaja hati sendiri berbicara,
kita sangat mudah mempercayai hawa nafsu dari mempercayaai kepada Janji.
Ianya janji yang besar.
Jika begitu katakan sahaja ikatan ini terlerai dek tidak tertahan.
Bukanlah kata-kata ini yang terbaik untuk aku dan kamu,
Tetapi aku selalu membayangkan alangkah indahnya jika kita memahami satu hakikat.
Ianya tidaklah terlalu tinggi untuk dicapai,
Sekadar memetik di dahan yang rendang seperti susunan yang cantik Maha Pencipta.
Ianya sebuah susunan dan tidaklah kamu tahu?
Seperti barisan pintu-pintu untuk kita membuat pilihan mengikut kehendak ketetapan.
Namun sejauh manakah kita mampu untuk pergi,
Sekadar aku katakan sahaja di akhirnya sebuah aturan ketetapan.
Berlapanglah dada selalu,
pujuklah hati mu selalu.

Thursday, August 16, 2012

Wahai Rasa.


Wahai Rasa, 
Janganlah tenggelamkan aku,
Diri ini hanya biasa yang rapuh,
Tidak sama seperti ungkapan,
Walaupun kebanyakannya menikam hati,
Jelas kali ini ruangnya terbuka.

Wahai Rasa,
Tahukah kamu aku sedang menunggu,
Janganlah dikenang derita dahulu,
Pandanglah dia dengan hatimu,
Bicaralah jujur seikhlas hatimu.

Wahai Rasa,
Aku sekan tahu bicara mu,
Adakah sekadar ini kefahaman mu,
Walaupun Seindah permata di persisiran,
Adakah sama sebuah kemahuan dan ketentuan.

Wahai Rasa,
Diamnya itu sekadar sahaja,
Kejutkan jiwa bukakan mata.
Janganlah kau banyak menyangka,
Hatinya yang rapuh sentiasa dijaga.

Wahai Rasa,
ikatlah ia dengan ikatan,
Kembalikan diri kepada ketentuan.

Wassalam...

















Monday, August 6, 2012

Ketika Ini Adanya Derita.


Ketika ini adanya derita,
Bumi telah berhujankan darah saudara,
Tirai ini telah lama terbuka,
Angin pepasir darahnya Sahara.

Ketika ini adanya derita,
Dahulunya daratan menjadi lautan,
Keadilan hilang menjadi kezaliman,
Hilangnya ehsan tiada keprimanusiaan,

Ketika ini adanya derita,
Hilangnya mesra sebuah suasana,
Rebahnya Sahara di bumi syria,
lambaian kejayaan para shuhada,

Aku ingin beritahu mereka,
Bahawa aku telah  lama kecewa,
Pancaran suria tiada lagi ketawa
Hanya derita mencengkam jiwa.

Wahai mentari yang menancar terik,
Wajah ini berubah sesudah bangkitnya rasa,
Benarlah kehidupan kebanyakannya penipuan.
Kerana dunia bukanlah medan keadilan.

Doaku Untukmu Sejahtera.








Sunday, August 5, 2012

Keagungan Suhuf Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah bulan Ramadhan,
Penghulu segala bulan.
Yang tersimpan kazanah-kazahan Ilahi,
Sinaran kemuncak kebahagiaan.
Ramadhan,
ianya adalah penghubung,
kesinambungannya tinggi dengan Kalamullah.
Yang segala kitab terbit dari dalamnya.
Agungnya suhuf-suhuf Ilahi,
Yang telah menurunkan panduan supaya ianya (kalamullah) menjadi ketetapan.

Note : Al-Quran ul-Karim diturunkan dari Luh Mahfuz kelangit dunia pada bulan ini dan kemudian diturunkan sedikit demi sedikit ke dunia bersesuaian dengan peristiwa dalam tempoh dua puluh tiga tahun.
Selain itu, suhuf-suhuf telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. sama ada pada satu atau tiga haribulan Ramadhan. 
Nabi Daud a.s. telah menerima Zabur pada lapan belas haribulan Ramadhan.
Nabi Musa a.s. telah dikurniakan Taurat pada enam Ramadhan dan 
Nabi Isa a.s. menerima Injil pada dua belas ataupun tiga belas Ramadhan.



Ianya kurniaan Ilahi.
Terangkan diri ini dengan sinaran RabaniMu yang tidak kunjung malap,
Semoga ianya menjadi pelindung dan bukan sebaliknya.
Ya Allah, semoga diri ini mampu menyentuh dan menghayati sebuah kazanah yang Agung.

Wasalam.....






Saturday, August 4, 2012

Bukan kiasan ini untuk kamu..

Assalamualaikum w..b.t..

Wahai teman yang mulia,
Dalamilah sebuah hakikat dakwah kerna ia merupakan tarbiah.
Percakapan walau sekadar sepatah tapi perhitungannya murni.
Aku selami diriku dan aku perkatakannya untuk diriku kerna ia adalah tarbiah.
Bukan lontaran ini untuk kamu..
Bukan kiasan ini untuk kamu..
Memadailah dakwah ini untuk aku kerna aku ingin ditarbiah.
Mulianya kamu di sisi Ilahi,
Aku rebah berhujankan suasana..
Hakikatnya tinggi hanya pilihan Ilahi.

la ilaha illallah.
Satu kalimah yang tinggi dan membentuk nilai diri,
Bersyukurlah dan gengamlah ikatan ini.
Aku membayangkan detik nyata di alam sana.
Bukanlah sudah berjanji setia?
Dalam masa yang singkat, tiada pernah di berikan pilihan,
Namun kasih sayang-Nya terlalu Suci.
Dialah Yang Maha Suci..


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). "
( 3:110 )




Kerna dunia ini adalah tempat mengotakan janji kepada Ilahi.

Wasalam.


Friday, August 3, 2012

Warna Kehidupan.

Assalamualaikum w.b.t.

Kembalinya sebuah penulisan ini seakan sesuatu yang baru bagi zikri, yelah mana taknya, sekian lama meninggalkan sesuatu yang selalu membisik di hati namun jari jemari ini sentiasa menjadi pena taipan kata-kata yang sudah menjadi bingkisan rindu mahupun kebiasaan. Harapan zikri agar Allah s.w.t. memberikan zikri kelapangan agar tingalan nota ini menjadi coretan kehidupan yang tidak usang.

Sekadar untuk sebuah permulaan yang baru,

Wahai temanku yang mulia,
Kehidupan yang adanya tanda-tanda sebuah cinta,
Saat bergelumang manusia dicerca,
Apakah cukup sekadar bersahaja?

Dan kemudian kita bertanya,
Apakah suratan maksud kehidupan?
Sedangkan duduk sekadar berdiam,
Apakah kefahaman itu akan datang?

Dan janganlah kau berputus asa.

Jiwa ini akan selalu penuh dengan coretan,
Pahit Manis sendiri yang padankan,
Biasanya penat tapi jangan keluhkan,
Semoga hakikatnya selalu berpadanan.

Biarlah berpadanan dengan apa yang kamu warnakan.

Semoga warna ini untuk kamu agar suatu hari nanti kamu mampu untuk memilikinya.


Tapi jika akhirnya warna itu bukan milik kamu , pasti ia akan menjadi sebuah hiasan dalam sebuah kehidupan.

Wasalam.







Saturday, June 4, 2011

mendalami sebuah perpecahan.

Hari ini kita masih mampu untuk membicarakan soal isi dan luaran kehidupan, malah pengolahan pra kata kita semakin lama bertambah baik dengan hujahan yang bersandarkan fakta dari suntingan pilihan sehaluan.
Hilangnya kesatuan diantara kita mewariskan perpecahan diantara manusia. Namun sejauh manakah usaha kita dalam mewarisi perjuangan umat terdahulu?
jika kemajuan beginilah yang diharapakan, maka sebenarnya kehancuranlah yang kita impikan.
bukanlah kemajuan yang memandu manusia jika meimplikasikan idealogi sesama manusia..
Namun kt terus di pandu ke arus moden dengan mengenepikan syariat yang paling utama.
Saban hari manusia yang mendatang begitu takjub dgn kehadiran arus perdana, idealogi barat yang kita kenal selalunya menjadi keutamaan di media manusia.
kita berpecah dan semakin punah..
Pasti dan pasti kehancuranlah yang akan menimpa jika kita terus berterusanya begini.
waktu kini kitab suci sekadar diwarisakan tanpa adanya pegangan.. ia sekadar dipertontonkan bagi menarik segenap rasa. Dan ia di perlaungkan dengan alunan yang menarik tanpa adanya rasa untuk kita membicarakan isinya.Dimanakah penghayatan sesama kita atau sekadar membetulkan bacaan tanpa mengambil isinya.
Percayalah kita akan hancur dan mundur dan generasi yang mendatang akan pudar dan luntur jika kita terus berterusan begini.
jika dunia yang kita utamakan maka bukan syurgalah yang kita idamkan..
Dimanakah pemuda negara sewaktu seruan mulia dilaungkan?
berbondong2 mengejar dunia dengan membekalkan bermacam-macam alasan dan kefasihan hujah bermazhabkan sendiri.
Dimankah adanya kedamaian jika usaha agama kita ditinggalkan?
Dimanakah adanya pemahaman keagamaan, jika pergorbanan kita ketepikan?
Dimanakan pemahaman agama yang kita harapkan pd generasi mendatang jika perubahan tidak kita laksanakan?
siapa lagi yang hendak kita harapkan jika tidak sendiri dalam melakukan?

"Kamu umat Muhammad adalah sebaik-baik umat dalam mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran."

Mengapa kita sebaik-baik umat?
Mengapa?
Mengapa umat terdahulu yang bribadat beribu tahun tidak di martabatkan sebagai sebaik-baik umat?
Sudah tentunya kerana kita diwarisakan perjuangan nabi dalam mencegah kemungkaran dan menegakan kebenaran.
Tapi hakikat realiti hari ini penegasan terhadap peringatan semakin hilang dibibir2 manusia, sehinggakan yang hak kita selimutkan dan yang batil diperhebahkan..
amat payah untuk kita menyuntikan kata2 untuk mengajak manusia mengesakan Allah dan begitu mudah untuk kita mengajak manusia untuk mengingati makhluk..
percakapan yang hak itu semakin kelu dilidah manusia, jesteru hari ini kemurkaan Allah jelas diperlihatkan kepada kita bagi orang2 yang memikirkannya.
Jika ditanya, Kita begitu mendambarkan syurga namun jika diperlihatkan dengan perbuatan, ianya tidak melandaskan kata2.

Friday, January 7, 2011

Terserah Untuk Melilih Kerana Kau Sudah Dewasa.

Assalamualaikum wbt..

Dia lah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
Surah Al-Mulk : 2


Ramai yang telah berkata jika ada yang bertanya : surgakah atau neraka?
Maka sudah pasti jawapannya : hanya orang yang bodoh ingin masuk neraka.


Dengan bersahaja kita mungkin pernah berkata-kata,
namun secara lisannya tidak pernah diterjemahkan melalui amalan kita,
apakah dusta atau hanya bersahaja,
teguhkan hati dan luhurkan kata.



Kini kau sudah dewasa dan mampu berfikir untuk memilih, jesteru aku juga mengerti bahawa pilihanmu adalah keinginanmu, maka pilihlah satu dan istiqamahlah selalu.

Islam atau kufur.
Pahala atau Dosa.
Halal atau Haram.
Taat atau Derhaka.
Waspada atau Lalai.
Kesenangan atau Siksa.

Firman Allah swt :
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah, apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
surah As-saf : 2-3




Sabda Baginda Nabi SAW, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah ra., “Seluruh umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan.” Para Sahabat hairan, bagaimana mungkin ada orang yang enggan masuk surga?Tentu tidak masuk akal! Karena itu, mereka kemudian bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah yang enggan masuk surga?” Baginda menjawab, “Mereka yang menaatiku pasti bakal masuk surga. Sebaliknya, mereka yang tidak mau mengikutiku, itulah yang enggan masuk surga.” (HR Bukhari dan Ahmad).


Nota : Janganlah bermimpi jika seseorang itu ingin memasuki syurga akan dibentangkan dengan permaidani merah ketika hidup di dunia (kesenangan yang berpanjangan).


.....................Pilihkah satu dan istiqamahlah selalu......................

Monday, January 3, 2011

Si pengembala kambing dan sabar.


Pada awal remaja, baginda nabi s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar).

baginda s.a.w. pernah bersabda :"semua nabi pernah mengembala kambing.
mereka bertanya : kamu juga ya Rasulullah?
baginda menjawab : Aku juga begitu.

Dalam riwayat lain mengatakan, baginda bersabda : Semua nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing.
Maka para sahabat bertanya kepadanya : kamu juga wahai Rasulullah?
Lantas baginda menjawab : Aku juga begitu, aku pernah mengembala kambing untuk penduduk makkah dengan upah beberapa qirat.

..........................................................hikmah........................................................

Allah s.w.t telah takdirkan nabi s.a.w. mengembala kambing sudah tentu untuk mendidik baginda s.a.w. untuk menjadi seorang yang sabar..
Bukan mudah untuk menyeberkan agama islam dan lantaran itu juga Allah telah mendidik baginda sejak dari kecil dengan mengembala kambing agar dapat menjadi seorang yang sabar untuk berhadapan dengan bermacam-macam ragam manusia pada masa yang mendatang.

............................Kesabaran, asas kehidupan.........................


Bersabarlah walaupun kamu terlentang mahupun ditentang,
Bersabarlah walupun kamu ditelan mahupun dihumban,
Bersabarlah walaupun kamu dihentam mahupun di ditikam,
Bersabarlah walaupun kamu kehilangan mahupun keletihan,
Bersabarlah walaupun kamu berasa susah, payah mahupun kalah,
kerana,
sabar itu asas kepada kehidupan.


Kehidupan ini adalah medanmu untuk bertempur!!
Bertempurlah dengan bersenjatakan sabar dan kibarkanlah warna-warna bendera kesabaranmu kerana sabar itu besar ertinya, besar ganjarannya dari Allah, meskipun kamu melihat ia sekadar debu-debu halus yang bertebangan diawangan.

Bersabarlah wahai teman kerana kesabaran itu adalah asas kehidupan.
&
Janganlah kamu memberontak, kecewa dan berasa marah lagi..:)









Sunday, January 2, 2011

Orang yang berusaha SELALUNYA berjaya..

Yakin..

Yakinlah bahawa orang yang berusaha itu SELALUNYA berjaya..

Kepada yang berjaya :Zikrie Ucapkan tahniah.
Tahniah!!



tetapi tidak SELALUNYA juga orang yang berusaha itu berjaya!!

Kepada yang kurang berjaya : Jangan bersedih
Janganlah bersedih!!

Janganlah kamu bersedih lagi, usap air matamu dan satukan hati dan jiwamu.
ingatlah!!
Kamu telah berusaha sedaya mampumu..
tetapi dihujungnya kejayaan bukan memihak kepadamu.
bersabarlah..

Bersabarlah kerana ini Dunia!!

Dunia medan kau bertempur!!
bertempur untuk sabar, ikhlas dan taat!!

Terusakanlah berusaha walupun kau pernah kecundang,
kerana orang yang berusaha SELALUNYA berjaya!!

...................................................................DUNIA........................................................

Tetapi yakinlah di akhirat kelak,
 walaupun kamu sudah berusaha sedaya mungkin didunia,
 tetapi masih tidak menampakan kejayaan didunia, 
yakinlah!!
bahawa,
Allah mengetahui usahamu itu!!
dan insyaAllah, Allah akan menghadiahkan taman2 surga buat kamu
kerana didunia adalah medan tempurmu
untuk kamu sabar, ikhlas dan taat!!


BERUSAHALAH SELALU..:)
&
BERsabarLAH, ikhlasLAH dan taatiLAH.

Thursday, December 30, 2010

aku ingin hidup bahagia..

Aku ingin hidup bahagia..
Aku inginkan kehidupan yang tenang..
Hidup yang tenang, tenteram , damai dan sejahtera..

Ramai manusia yang ingin hidup bahagia tetapi mungkin berbeza dari sudut idealoginya..

Ya!! aku ingin hidup bahagia..

Orang yang sakit menyangka kebahagiaan terletak pada kesihatan!!
Orang yang miskin menyangka kebahagiaan terletak pada kekayaan!!
Ada juga yang menyangka kebahagiaan terletak kepada kekuasaan!!

Adakah duit kesimpulan kebahagiaan atau bertuhankan wang semata-mata?

Aku ingin mencari kebahagiaan..
Kebahagiaan ku bukan sekadar sesaat!!
Bukan juga selagi mampu aku membuka mata..
Kebahagian yang aku inginkan kekal selamanya..

Kebahagiaan adalah kondisi hati yang dipenuhi dengan keyakinan (IMAN) dan perilaku yang sesuai dengan keyakinan.
Bilal bin Rabah merasa bahagia dapat mempertahankan keimannya walaupun disiksa.
Imam Abu Hanifah merasa bahagia walaupun dipenjara dan dipukul setiap hari demi menegakan kebenaran.

Menurut imam Al-Ghazali, kemuncak kebahagian pada manusia apabila dia berhasil mencapai "ma'rifatullah" (mengenali Allah).

Sudah lama aku memerhati..
dan semakin lama, semakin aku mengerti,
mengenali Allah adalah kemuncak kebahagian yang lebih hakiki,
tanpa jemu aku melihat mereka tidak pernah berhenti,
tidak pernah berhenti dari merasa jemu untuk mendekati Ilahi.

Aku melihat dan aku memerhatikannya lagi,
dan semakin itu juga mereka masih berdiri,
berdiri dengan haluan kehidpuannya yang tersendiri,
walaupun hanya kosong dimata duniawi tetapi mereka tetap teguh pada pendirian hati,
dan dari itu juga aku mengetahui,
mengetahui bahawa tidak ada yang lebih bahagia dari berpautkan hati yang selalu memuji kebesaran Ilahi.

Aku ingin hidup bahagia didunia,,
namun aku sedar bahawa akhirat bakal menyusul jua ,
siapakah yang mengetahui semua nasib disana,
sekadar berusaha mencapai taqwa

Aku ingin mencari bahagia,
walaupun berbeza jawapan atau pendapat diantara kita,
namun aku pasti janji Allah tidak akan dipersia.

Monday, November 15, 2010

Keyakinan kepada ketetapan yang Esa.

Assalamualaikum wbt.

Terdetik nak menaip entry ini hanyalah sekadar untuk perkongsian.
Sesuai dengan hadis ini yang biasa kita dengar : Dari Rasulullah saw., "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat. (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)

Kalau cakap omputeh pulak "sharing is caring".. haa hang ingat aku makan sambal belacan tak ley cakap omputeh ke?? hekhekhek.. fuuhh gurau jek.. :-)

Terjemahan hadith Soheh Muslim
Hadis ke 1814.
Tetaplah bersama jemaah.

Dari Huzaifah Ibnu Al-Yamani r.a. katanya: "Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku."

Lalu aku bertanya, "Ya Rasulullah! kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"

Jawab Rasulullah "Tentu!"

Tanyaku, "Sesudah itu mungkin pulakah datangnya kebaikan?"

Jawab Rasulullah, "Ya, tapi sudah cacat!"

Jawab Nabi saw., "suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (undang-undang) diluar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya."

Tanyaku, "Sesudah kebaikan itu timbul lagikah kejahatan?"

Jawab Baginda, "Ada. Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka , lalu siapa yang memenuhi panggilannyadilemparkannya ke dalam neraka itu."

Tanyaku, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kami ciri-ciri mereka."

Jawab Nabi saw., "baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami."

Tanyaku, "bagaimana petunjuk Anda seandainya kami menemui hal yang sedemikian?"

Jawab Nabi, "tetaplah kamu bersama jemaah kaum Muslimin dan Imam (pemimpin) mereka!"
Tanyaku, "Jika tiada jemaah dan Imam?"

Jawab Baginda, "Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu"



بسم الله الرحمن الرحيم


Maka demi Tuhanmu tidak mereka beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim terhadap apa yang berselisih diantara mereka kemudian tidak mereka mendapati di dalam diri-diri/hati-hati mereka keberatan/keraguan terhadap apa yang engkau putuskan dan mereka menerima (keputusan itu) dengan penerimaan yang sepenuhnya.


Sama-sama kita berpegang teguh pada Islam dengan mengamalkan keseluruhan aturan Allah, dan bukan mengamalkan sebahagiannya sahaja..
Janganlah kita masuk dikalangan orang yang ragu-ragu..
Jika kita merasai keraguan pada hukum Allah dan aturan Allah, maka check balik kalimah syahadah kita dan check balik diri kita..
Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah swt., untuk memartabatkan islam.


بسم الله الرحمن الرحيم



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Friday, November 5, 2010

Nikah Dengan Mahar Ayat-Ayat Suci Al-Quran.


Assalamualaikum wbt.
Saya ada terbaca 1 hadith yang di riwayatkan oleh imam Bukhari dalam kitab shahihnya, hadith itu begini,

Dari Shal bin Sa'd r.a., katanya : "Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya : "Ya Rasulullah! Aku menyerahkan diriku kepada anda." Maka berkata seorang lelaki : "kahwinkan aku dengannya."
sabda baginda, "Kami kahwinkan engkau akan dia dengan maharnya Quran yang telah kau pelajari."
hadith shahih bukhari.

Selepas saya membaca hadis itu tadi, saya membuat rujukan pula pada buku ringkasan kehidupan Rasulullah saw., dan kisah-kisah tauladan.
Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Pada zaman Rasulullah saw. masih hidup, ramai wanita yang ingin menjadi Ummul Mukminin (Ibu kaum muslimin). Ada juga di antaranya yang menyatakan keinginannya secara terus terang kepada baginda. Itu semua semata-mata kerana niat sucinya ingin dibangkitkan dalam kumpulan isteri-isteri baginda pada hari kiamat kelak.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw. dengan harapan agar baginda sudi menikahinya.

Kata perempuan itu : "Ya Rasul Allah! Aku telah sediakan diriku kepada engkau."
Rasulullah diam sahaja dengan tidak memberikan sebarang jawapan. Sementara perempuan itu menunggu dengan sabar dan penuh harapan semoga baginda menerima tawarannya.

Secara kebetulan seorang lelaki berada disitu tampil kehadapan baginda untuk menyatakan hasratnya.

"Ya Rasulullah." Kata lelaki itu. "Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu!"

Rasulullah bertanya : "Adakah padamu sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin?"

Lelaki itu tidak mempunyai apa-apa selain sebuah izar (kain selendang) yang dipakainya sahaja.
Lalu lelaki itu menjawab : "Aku tidak mempunyai apa-apa selain kain izar ini."

Rasulullah saw bersabda : "kalau izar itu engkau serahkan kepadanya, tentu kalau engkau duduk tidak berizar. Kalau begitu cuba cari sesuatu yang lain."

Lelaki itu segera menjawab : Tidak ada sesuatu apapun padaku."

Nabi masih menyuruh lelaki itu berusaha mencari sesuatu yang lain walau apapun bentuknya.

Kata baginda : "Cubalah cari walaupun sebentuk cincin dari besi."

Mendengar permintaan yang sangat senang itu, lelaki itupun segera beredar dari situ dan mencari-cari sesuatu untuk dijadikan mas kahwin. Walaupun Rasulullah hanya menyuruh mendapatkan cincin besi atau barang yang seharga dengannya, dia tidak berjaya mendapatkannya juga. Maka kembalilah lelaki itu kepada baginda dan mengatakan bahawa dia tetap tidak mendapat apa-apa.

Maka bersabdalah Nabi :"Adakah engkau menghafaz sesuatu ayat Al-Quran?"

Lelaki itu menjawab : "Kalau ayat-ayat Al-Quran memang ada pada saya. Saya hafaz surah itu dan ini."

Lalu lelaki itu membacakan beberapa surah dari Al-Quran yang dia hafaz.

Akhirnya Rasulullah saw. bersabda : "Aku kahwinkan engkau dengan dia, dengan mas kahwin surah-surah yang ada padamu."







Thursday, November 4, 2010

Taubat Sekumpulan Perompak!!

Assalamualaikum wbt.

Di ceritakan pada suatu hari sekumpulan perompak sedang mara ke sebuah gurun pasir untuk menjalankan kegiatan harian mereka untuk memeras ugut setiap orang yang lalu lalang dihadapan itu dan mengambil barang-barangnya. Kerana seronoknya merompak dan mencuri, mereka sehinggakan tidak balik ke markasnya sehingga malam. Merekapun mencari tempat untuk bermalam dan berjumpa dengan sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri dan anaknya. Mereka pun mengetuk pintu rumah itu.

"Tuk tuk tuk!!" 

Penghuni rumah keluar melihat gerangan siapakah yang mengetuk pintu dan ternyata sekumpulan orang yang bersenjata lengkap berdiri dihadapan pintu.

"Siapakah kalian ini?" Tanya tuan rumah.

Ketua perompak menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukan tentera yang sedang berperang. Oleh kerana waktu telah malam, perang dihentikan dan mereka terpaksa mencari tempat untuk bermalam.

"Bolehkah kami ini bermalam di rumah tuan?" Kata ketua perompak.

"Boleh." Kata tuan rumah.

Lalu mereka dijemput masuk. Tuan rumah sangat gembira menerima tetamu para pejuang itu. Dia melayan mereka dengan sebaik-baiknya kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah dan mendapatkan berkat para pejuang yang berperang di jalan Allah.

Tuan rumah itu mempunyai seorang anak yang lumpuh. Walaupun usianya telah bertahun-tahun, namun anaknya itu masih tidak dapat berdiri. Anaknya hanya mampu berjalan dengan hanya mengheret atau sambil duduk sahaja. Teringatlah tuan rumah bahawa orang yang berperang dijalan Allah doanya makbul dan sisa-sisa barang yang dipergunakannya mempunyai khasiat tinggi dengan izin Allah. Maka dengan keyakinan dan iktikad yang baik dan tulus ikhlas kerana Allah, tuan rumah mengambil sedikit sisa-sisa air yang dipergunakan oleh tetamunya itu.

Dia berkata kepada isterinya : "Sila lapkan air ini pada anggota tubuh anak kita! Mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan berkat para pejuang itu."
Si isteri mengikut apa yang diperintahkan oleh suaminya, dia pun mengelap badan dan kaki dengan air sisa itu sambil berdoa kepada Allah semoga anaknya dapat berjalan dengan berkat para pahlawan yang sedang berperang yang kini berada dirumahnya.

Pada pagi hari para tetamunya meminta izin untuk meneruskan 'perjuangannya'. Merekapun pergi ke suatu tempat yang ditentukan. Disanalah mereka beraksi merompak dan merampas setiap barang yang berharga yang dijumpainya, maka banyaklah harta yang diperolehinya. Apabila hari telah petang dan sekejap lagi malampun tiba, para peromapak itu balik ke semula kerumah tuan yang ditumpangi. Sebaik sahaja sampai dihadapan rumah itu, mereka ternampak anak tuan rumah yang lumpuh itu tiba-tiba tegak berdiri dan berjalan seperti tidak pernah sakit. Mereka sangat hairan kerana pagi tadi anak itu masih berjalan dengan mengheret tubuhnya dan sebelah petang keadaan berubah serta merta.

"Tuan, apakah ini anak yang lumpuh itu?" Tanya salah seorang perompak.

Tuan rumah menjawab : "Ya benar."


"Bukankah pagi tadi kami nampak dia berjalan mengheret tubuhnya? Tanyanya lagi.

Tuan rumah menjawab : "Ya benar."

Kemudian tuan rumah menerangkan : "kami mengambil sisa-sisa air yang dipakai oeh tuan sekalian, kemudian kami lapkan kepdanya dengan harapan semoga Allah menyembuhkannya dengan berkat tuan-tuan sekalian sebagai tentera yang berjuang dijalan Allah. Dan ternyata mujarab."


Mendengar keterangan itu, tiba-tiba para perompak itu menangis dan mencampakkan barang-barang yang ada di tangan mereka. Kemudian dengan terus terang mereka berkata : "Ketahuilah wahai tuan yang baik hati, sebenarnya kami bukanlah tentera yang berjuang dijalan Allah sebagaimana yang kami dakwakan itu. Bahkan kami ini adalah sekumpulan pencuri dan perompak yang merampas  barang-barang orang yang lalu lalang. Adapun kesembuhan anakmu itu tak lain hanyalah semata-mata kerana keyakinan dan iktikadmu yang tulus ikhlas kepada Allah."


Tuan rumah bersama isterinya sangat terkejut mendengar pengakuan tetamu yang dihormatinya itu. Walaubagaimanapun kedua-duanya sangat gembira kerana anaknya telah disembuhkan oleh Allah kerana keikhlasan dan keyakinannya dalam memberi ubat kepada anaknya.

Para perompak terus menangis dan sangat terharu terhadap keikhlasan tuan rumah yang melayani mereka. Kini mereka sedar akan kelakuan yang menyimpang selama ini. Kemudian mereka berkata : "Sekarang kami telah sedar dan kami bertaubat kepada Allah."


Sejak peristiwa itu, para perompak bersenjata itu telah mengubah corak kehidupan mereka daripada merompak dan mengugut kepada pejuang di jalan Allah. Mereka bergabung dengan pasukan islam menentang musuh. Senjata yang dulunya digunakannya untuk mengancam mangsa yang tidak berdosa, kini digunakannya untuk menentang orang kafir. Begitulah kehidupan mereka sehingga menemui ajal di medan perjuangan. 


Akhir kata : Allahu Akbar!!




Tuesday, November 2, 2010

seorang Pejuang Dunia!!

Assalamualaikum wbt.

Ramai Dikalangan Kita Adalah Pejuang Kehidupan..
Berjuang Untuk Terus Hidup Untuk Melengkapi KESEMPURNAAN Dalam Kehidupan Sedangkan Hakikatnya ianya sendiri Mengetahui Bahawa Perjuangannya Itu Adalah Sementara..Maka Apakah Erti Perjuangan Yang Sementara Ini?? Sudah Tentu Kau Akan Terkubur Sebelum Kau Sempat Mengecapi KESEMPURNAAN..
Hakikatnya Manusia Tidak pernah Cukup Dengan Apa Yang Telah Di Kurniakan Maka Manusia Tidak Akan Dapat Mengecapi Kesempurnaan Kerana Dasarnya Manusia Itu Tidak Pernah Cukup Kerana Cukup Itu Adalah Satu KESEMPURNAAN Bagi Manusia.




Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. Bersabda : “Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat kepada-Nya.


Dari Anas bin Malik r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya : “Andai kata anak adam itu memiliki emas satu lembah, nascaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu) nya melainkan tanah (Maut). Dan Allah menerima taubat bagi sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.
Shahih Muslim.


"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan keindahan hiasannya, nescaya akan Kami penuhi mereka dengan (balasan) amal perbuatan mereka di dunia. Dan di dunia itu mereka tidak direndahkan. Mereka itulah orang-orang yang diakhirat tidak akan mendapat apa-apa selain api neraka."
(Surah Hud : 15)

Sunday, September 26, 2010

Israel Membina 53 ribu unit rumah di atas tanah Palestin sementara Washington tidak mengecualikan diri??


Penyelesaian perundingan antara Israel dan Otoritas Palestin nampaknya kini menemui jalan mati sehinggakan wujudnya kempen baru oleh Isreal dalam meneruskan pembangun haram di bumi palestin sebagai KUASA PENJAJAH! Haluan angin pendamaian kini terhenti lalu berubah arah kepada kempen angin pembangunan lantas ia sekaligus mengingatkan kepada rakyat palestin bahawa bukan masanya lagi untuk berteriak dalam meraikan musim perayaan, kini tiba masanya mereka untuk mempersiapkan diri mereka untuk berteriak menentang kezaliman. Seperti yang mereka telah jangkakan bahawa bangsa kejam dan zalim ini tidak mengenal erti keamanan lalu mengapa mereka bertegas berteriak mengenai keamanan dan keadilan?? Merekalah bangsa yang zalim!!
Sejak perayaan terakhir, mereka kelihatan bising dan kalut meletakkan batu asas bagi membina sebuah sekolah agama Yahudi di lingkungannya dan unit perumahan baru untuk penempatan Yahudi di Hebron, dan pada saat ini Washington diikuti usaha intensif untuk mencapai suatu kompromi untuk mengelakkan jatuhnya seluruh proses perundingan.

Israel hanyut dalam persiapan untuk pembangunan rumah dan mencari asas kukuh dalam menangani kempen barunya untuk pembangunan unit pemukiman baru dan sejauh manakah misi pendamaian ini??

Tuesday, September 21, 2010

Austrian 'Kill Mosque' games: Far-right force gains ground in Europe



Far-right parties have been notching up impressive electoral gains across Europe in recent months. Anti-Islamic agendas and calls for immigration clampdowns are central to their campaigns - something which helped the Sweden Democrats claim their parliamentary debut. The next battleground is Austria, where RT's Igor Ogorodnev examines how right-wing politicians are gearing up for Saturday's poll

Tuesday, September 7, 2010

Pergi Tak Akan Kembali.


Assalamualaikum w.b.t.
Ramadhan..
Kau tiba umpama permata yang bercahaya..
Lalu kau sinari dengan memperhiaskan hati-hati insani dengan cahaya ketaqwaan.
Ramadhan..
Kau seruan Ilahi..
Kaulah seruan Ilahi tatkala hati ini alpa,
alpa kepada dunia.
Lihatlah dan hayatilah..
Sungguh indah aturan Ilahi..
Ya Allah, Kau jadikan ramadhan sebagai tanda kasih sayang Mu..
Kau memanggil hampa Mu supaya kembali kepada Mu.
Berapa ramai manusia sebelum ini berat mendirikan solat??
Tetapi apabila tibanya ramadhan, yang berat menjadi ringan,
dan yang ringan menjadi lebih mudah.
Untung bukan bermaksud mengira wang jualan atau mengunjungi bazar ramadhan, tetapi untunglah bagi sesiapa yang memakmurkan rumah-Mu dan memperoleh taqwa daripada Mu.
Untung bukan bermaksud mendapat tawaran yang terendah di pasar-pasar besar, tetapi untunglah bagi sesiapa yang menyahut seruan tawaran kasih sayang Mu.
Ramadhan, kaulah seruan Ilahi.
Ya Allah, tiada ungkapan yang lebih baik dari ucapan syukur kepada Mu.
Alhamdulillah..
Kau gerakan hati ini menuju kejalan hidayah Mu.
Ya Allah..
Ketika ini aku mengetahui bahawa bukan sihat yang mampu melangkahkan kaki ini mendekati Mu, kerana berapa ramai yang sihat tubuh badannya yang mampu menggerakan kaki mendekati Mu?
Ketika ini aku mengetahui hadiah yang paling bermakna dalam hidupku..
Bukanlah pangkat, wang mahupun harta..
Rupanya cukup sekadar melangkah ke bulan Ramadhan.
Ya Allah, sungguh berat hati ini bila aku menghitung hari..
Ramadhan seperti baru sahaja semalam, tetapi esok lusa bakal pergi meninggalkan aku..
Ramadhan 2010 pergi tak akan kembali..

Thursday, August 26, 2010

Himpunan hadis surah Al-Mulk




Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk”(Tabaarakal-Lazi).”

Daripada Annas Ibnu Malik berkata”Nabi s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada Kitab Allah kecuali “ Tabaarakal-Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat.Maka Surah itu telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata pada Surah itu. Sesungguhnya kamu daripada Kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia(si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadanya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T Dan berkata : “Wahai Tuhanku,sifulan ini(si mati),dia memilih saya dalam Kitab-Mu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyiksanya, walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian ,jadi padamlah saya dari Kitab-Mu. Dan Allah S.W.T berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah): Sesungguhnya saya marah. Allah S.W.T berfirman:”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”

Nabi s.a.w bersabda:”Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”

Annas berkata:”Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi)
(Hadis riwayat At Tabarani).

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Daripada Jabir r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkah!”

Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat Hari Kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah S.W.T menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi s.a.w bersabda: “Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Sunday, August 22, 2010

Iran Mempromosikan Pelancaran Nuklear Di Bushehr


kemarin, Sabtu 21hb 8 2010, Iran memperkenalkan pelancaran penghantaran bahan bakar nuklear ke reaktor Bushehr Alkahrodhiri.

Pada malam upacara pembukaan di Bushehr, dihadiri oleh Ketua Badan Tenaga Atom Iran iaitu "Ali Akbar Salehi", dan rakan Rusia-nya "Sergei Kiriyenko". Iran melancarkan pesawat bom pertama buatan sendiri.

Ahmadinejad menegaskan bahawa rakyat Iran saat ini mempunyai semua pilihan yang menunjukkan kemampuan pertahanan Iran yang berdaya upaya meneutralkan senjata musuh dalam pembangunan industri pertahanan.


Bushehr powers up as UN keeps a close eye

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers