Wednesday, July 7, 2010

Kesan Perubatan Solat..

Assalamualaikum.
Semoga ada kebaikkan buat kita semua. Amin.

Solat adalah ibadah yang paling sesuai bagi seluruh tubuh badan manusia. Gerakan-gerakannya berpatutan dengan gerak khas tubuh seseorang muslim. Namun, pernahkah kita terfikir mengenai manafaat-manafaat yang dihasilkan oleh setiap gerakan ini?
Sudut pandang ilmiah menjadikan solat sebagai sebuah kilang ubat bagi pelbagai jenis penyakit! Semasa seseorang hamba cukup syarat mendirikan solat, semenjak itulah dia mula mencari makna dan manafaatnya, kerana solat diturunkan bagi menyempurnakan kemudahannya dalam kehidupan. Selepas sekian lama kita menjalankan solat, sampai dimana fahaman kita mengenainya?

Aku mencari pelbagai sumber dan hasilnya, mari kita kongsikan bersama..

1. Takbiratul Ihram, menguatkan otot lengan dan melancarkan pengaliran darah.
Gerakan : Berdiri tergak, mengangkat kedua tangan sejajar dengan telinga, lalu meletakkannya dihadapan perut ataupun di dada bahagian bawah.
Manafaaf : Gerakkan ini melancarkan oengaliran darah dan limfa dan menguatkan otot lengan. Kedudukan jantung dibawah otak menungkinkan darah mengalir lancar ke seluruh tubuh. Semasa mengangkat kedua tangan, otot bahu menegang hingga darah yang kaya dengan oksigen mengalir dengan lancar. Kemudian, kedua-dua tangan dirapatkan ke depan perut ataupun dada bahagian bawah. Gerakan ini menjauhkan kita daripada pelbagai ganguan penyakit-penyakit sendi, khususnya pada tubuh bahagian atas.

2. Rukuk, mengembalikan fungsi tulang belakang.
Garakan : Rukuk yang sempurna adalah apabila tulang belakang menjadi lurus, hingga apabila meletakkan segelas air di atas belakang, ai tidak tumpah. Kedudukan kepala sama lurus dengan tulang belakang.
Manafaat : Gerakan ini menjaga kesempurnaan kedudukan dan fungsi tulang belakang (curpus vertabrae) sebagai penyangga tubuh dan pusat saraf, Kedudukan jantung sejajar dengan otak, maka pengaliran darah menjadi maksimum pada tubuh bahagian tengah. Tangan yang diletakkan pada lutut merelakskan otot-otot bahu hingga kebawah. Selain daripada itu, rkuk juga adalah latihan kemih (latihan mengawal pundi kencing) bagi mencegah gangguan prostat.



3. Iktidal, Mencegah pencernaan.
Gerakan bangun dan rukuk, tubuh kembali tegak selepas mengangkat kedua belah tangan sama tinggi dengan telinga.
Manafaat : Iktidal adalah gerakan yang dilakukan selepas rukuk dan sebelum sujud. Gerakan berdiri, membongkok dan berdiri semula adalah latihan pencernaan yang baik. Organ-organ pencernaan dalam perut mengalami pengecutan dan pelonggaran secara berganti. Kesannya, pencernaan menjadi lebih lancar.




4. Sujud : mengalirkan oksigen, menguatkan daya berfikir, memudahkan proses bersalin dan meningkatkan kesuburan.
Gerakan : Menonggeng dengan meletakkan kedua-dua belah tangan, lutut, hujung kaki dan dahi di atas lantai. Falsafahnya adalah manusia menundukan diri serendah rendahnya, malah lebih rendah dari pinggulnya sendiri.
Manafaat : Aliran limfa dipamkan ke bahagian leher dan ketiak. Kedudukan jantung diatas otak menyebabkan darah yang kaya dengan oksigen mengalir dengan maksimum ke otak. Pengaliran ini memberi pengaruh kepada daya fikir kita. Oleh itu, lakukan sujud tamakninah, jangan tergesa-gesa supaya darah mengalir sebanyak munkin ke dalam otak. Gerakan ini juga menghindar gangguan penyakit buasir. Khususnya bagi wanita, gerakan rukuk dan juga sujud mempunyai manafaat yang luar biasa bagi kesuburan dan kesihatan organ kewanitaan.
Sujud adalah latihan kekuatan bagi otot tertentu, termasuk otot dada. Semasa sujud, beban tubuh bahagian atas ditumpukan pada lengan hingga tapak tangan. Pada masa inilah pengecutan terjadi pada otot dada, bahagian tubuh yang menjadi kebanggaan wanita. Payudara bukan hanya menjadi lebih menarik, tetapi juga memperbaiki fungsi kelenjar air susu didalamnya.
Semasa pinggul dan pinggang diangkat melampaui kepada dan dada, otot-otot perut (rectus abdominis dan obliquus abdominis externuus) mengecut sepenuhnya. Gerakan ini melatih organ di sekitar perut bagi meneran dengan lebih lama. Ini memberi manafaat kepada kaum wanita kerana dalam proses bersalin, mereka memerlukan pernafasan yang baik dan kemampuan meneran yang mengcukupi.
Apabila otot perut berkembang lebih besar dan lebih kuat, secara automatic, ia menjadi lebih elastik. Biasanya, sujud menyebabkan tubuh dapat mengembalikan dan mempertahankan organ-organ perut pada tempatnya semula.

5. Duduk antara dua sujud : Menghindari penyakit lumpuh dan mencegah masalah mati pucuk.
Gerakan : Duduk antara dua sujud ada dua jenis, iftirasy (tahayat awal) dan tawarruk (tahayat akhir).
Perbezaanya terletak pada kedudukan tapak kaki.
Manafaat : Semasa melakukan iftirasy, kita bertumpu pada pangkal peha yang terhubung dengan saraf nervus ishiadius. Kedudukan ini mengelakan sakit pada pangkal peha yang sering menyebabkan seseorang itu tidak dapat berjalan. Duduk tawarruk pula baik baik bagi kaum lelaki kerana tumit menekan aliran limfa (urethra), kelenjar kelamin lelaki (prostata) dan saluran vas deferens. Sekiranya dilakukan dengan betul, gerakan ini mampu mencegah dari masalah mati pucuk.
Kedudukan tapak kaki yang berbeza semasa kita melakukan iftirasy dan tawarruk menyebabkan seluruh otot kaki turut meregang dan relaks kembali. Gerakan lenturan dan kekuatan organ-organ gerak kita.




6. Salam : Merelakskan otot leher dan menegangkan kulit muka.

Gerakan : Memusing kepala ke kanan dan ke kiri, secara maksimum.
Manafaat : Merelakskan otot disekeliling leher dan kepala dan ini dapat menyempurnakan aliran darah di kepala. Gerakan ini mencegah sakit kepala dan menjaga ketegangan kulit muka.

Beribadat secara istiqamah bukan sahaja menyuburkan iman tetapi mencantikan diri luar dan dalam..

Semoga ada kebaikan buat semua,
sekian terima kasih
.

Tuesday, July 6, 2010

Dana Amerika ke Israel

Prinsip Amerika :
1.menyeru agar Israel menghentikan penempatan.
2. Atau membeku buat seketika untuk membuka jalan bagi sebuah negara Palestin sebagai jalan pendamaian di kawasan itu.

Surat khabar New York Times mengatakan bahawa empat puluh Persatuan Amerika mampu mengumpulkan lebih dari 200 juta dolar dalam bentuk geran untuk pemukiman Yahudi di Tebing Barat dan Jerusalem Timur, selama sepuluh tahun terakhir. Program dana tersebut telah diketahui dengan nota yang disampaikan oleh kerajaan Amerika ke Israel.

Nota itu menunjukan bahawa sebahagian besar dana tersebut akan disalurkan ke sekolah, rumah ibadat, pusat hiburan dan projek lain. Tetapi sebagaian dana tersebut digunakan untuk membeli peralatan yang meragukan seperti anjing penjaga, peralatan senjata dan insurans kereta untuk penempatan jauh di dalam wilayah pendudukan.

Persatuan ini di Amerika Syarikat menggunakan dana dari sumbangan bebas cukai untuk membantu orang-orang Yahudi untuk mendedikasikan kehadiran kekal di wilayah yang diduduki oleh Israel.


Kelebihan Kalimat-Kalimat Yang Kita Baca.

 Assalamualaikum.
semoga ada kebaikannya buat kita semua. Amin.

La ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir (Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya. Miliknyalah kekuasaan dan kepujian, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.) Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala pujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar) adalah bacaan kesukaan Rasulullah s.a.w., yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim.) Bacaan itu juga adalah tanaman syurga Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, : "Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu mereka syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

Subhanallah wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan segala pujian untuknya.) Rasulullah s.a.w. berpesan, : "Sesiapa yang pada sebelah pagi dan petang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.) Jabri meriwayatkan Rasulullah s.a.w.berpesan, : "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi, ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.

Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim. Rasulullah s.a.w. berkata. :"Dua kalimat yang mudah diucapkan, berat di timbangan, dan di cintai oleh Ar-Rahman adalah subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim.

Al-Fatihah. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaannya. Dalam Taurat, Injil, Zabur dan Quran, tiada ada surah yang diturunkan sepertinya. Ia berisi tujuh ayat yang sering dibaca berulang-ulang," (Hadith Riwayat Tirmizi.) Abu Hurairah juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Ibu Quran adalah surah al-fatihah, yang disebut sab'ul matsani."
(Hadith Riwayat Bukhari.)

Sedekah

Assalamualaikum.


Hadith yang bersumber dari Abu Hurairah RA daripada Rasulullah s.a.w. berkata :
"Seorang lelaki berkata : "Aku akan memberikan sedekah pada malam ini." Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkan ditangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang diberikan sedekah pada malam itu. Lelaki itu berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya padaMu segala puji-pujian! Sedekah telah aku beri kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi," lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakan ditangan orang kaya. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai orang kaya  yang telah diberi sedekah. Lelaki itu berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya padaMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi," lantas dia keluar dengan membawa sedekahnya dan meletakkan di tangan seorang pencuri. Keesokannya orang ramai mula bercakap mengenai seorang pencuri telah diberi sedekah. Dia berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya untukMu segala puji-pujian! sedekahku telah aku berikah kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pencuri." Lalu dia didatangi seseorang dan berkata kepadanya : "Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan itu berhenti dari zina, kerana sedekahmu, Orang kaya itu dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan harta yang telah dianugerahkan Allah kepadanya dan munkin juga  pencuri itu akan berhenti  dari mencuri kerana sedekahmu itu."

(HR.Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 4, 2010

BERJUANG HANYA KERANA ALLAH.

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan 1 cerita yang mengisahkan tentang perjuangan, semoga ada kebaikan buat kita semua dalam menghayati erti perjuangan dalam merealisasikan perjuangan dalam kehidupan kita, semoga Allah memberkati usaha perjuangan kita, amin.
Aku harap semua dapat membacanya.

Sudah menjadi sifat daripada orang yang tinggi takwanya terutamanya para sahabat Rasulullah, perjuangan mereka semata-mata hanya kerana Allah. Mereka tidak begitu mengambil perhatian kalau masalah peribadi mereka dicabar oleh orang, tetapi sebaliknya mereka akan berjuang habis-habisan kalau agamanya dipermainkan oleh musuh. Sifat demikian memang mereka warisi dari Rasulullah s.a.w.

Dikisahkan bahawa, pada suatu hari seorang yahudi telah mempermainkan-mainkan agama islam dengan angkuhnya dihadapan saiyidina Ali karramahullahuwajhah. Akibatnya, Ali yang terkenal dengan keberanian dan tegas, telah marah dan mencabar orang yahudi itu. Maka terjadilah pergaduhan antara kedua-duanya. Perang satu lawan satu itu semakin lama semakin hebat. Si yahudi itu berjuang kerana angkuh dan sombongnya sedangkan Ali berjuang semata-mata kerana Allah bagi mempertahankan kesucian dan maruah Islam. Kerana hebatnya gerakan dan pukulan Ali, maka terpelantinglah tubuh si yahudi dan tergolek di atas tanah. Dengan cepat Ali menindih tubuh musuh Allah itu dengan duduk diatas perutnya. Lalu kedua-dua tangan dipegangnya dan dimatikannya gerakannya. Kini si yahudi sudah tidak bergerak lagi. Sementara Ali menatap tajam wajahnya sebagai tanda bahawa nyawa lawannya sedang terancam dan hanya menunggu saat untuk ditikam.

Dalam keadaan yang tidak terdaya si yahudi masih mencari-cari akal untuk melepaskan diri,namun tidak terhasil juga. Tiba-tiba dia melepaskan murkanya dengan meludahi wajah Ali. Maka basahlah wajah Ali yang mulia itu oleh air ludah si yahudi. Setelah wajahnya merlumuran ludah, Ali terdiam. Tidak lama kemudian beliau melepaskan genggaman tangannya dari memegang tangan si yahudi dan berdiri tegak. Dibuka serbannya dan dilapkan ludah yang melekat diwajahnya.

Melihat dirinya sudah tidak ditindih dan tidak diperhatikan lagi, si yahudi bangun dan berdiri tegak dihadapan Ali.

Dengan kegairahan dia bertanya : "Mengapa engkau tidak membunuh aku?? Padahal itu merupakan kesempatan yang baik buatmu untuk melakukan itu??"

Kemudian dia berkata lagi : "Aku meludahi wajahmu itu kerana sebenarnya aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi."

Saiyidina ALi menjawab : "Tadi saya bergaduh dan menyerang kamu kerana mempertahankan agama Allah. Saya akan membunuh engkau selama mana engkau menentang Allah."

Sambil membetulkan serbanya, beliau berkata lagi : "Tatapi setelah engkau meludahi wajahku, masalahya sudah bukan lagi mempertahankan agama Allah. Ia telah menjadi masalah peribadi . Aku sangat murka kepada engkau kerana meludahiku. Kalau sekiranya aku membunuh engkau kerana kemurkaan berkenaan dengan urusan peribadi, maka perjuanganku sudah tidak ada erti lagi. Sebab bukan lagi kerana mempertahankan agama Allah, melainkan mempertahankan harga diri."

Mendengar penjelasan itu, si yahudi sangat kagum dengan ketinggian akhlak dan keperibadian Ali. Dari pengajaran itu, tahulah dia bahawa perjuangan Rasulullah dan orang islam bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi semata-mata demi kepentingan agama Allah.


Dengan kisah ini marilah sama-sama kita memikirkannya, semoga ada kebaikannya buat kita semua..

Saturday, July 3, 2010

Sebuah kajian tragedi di Gaza.


Jeritan anak-anak palestin dalam menghadapi penjajahan.

Sebuah laporan dalam jurnal "Lancet" yang berbahasa Inggeris telah diterbitkan mengenai pengepungan Israel yang dikenakan pada Jaluran Gaza dan kerosakan yang ditimbulkan yang mengakibatkan kesan kesihatan dalam jangka masa panjang di Palestin, khususnya pada anak-anak.


Penyelidik Institut Masyarakat dan Kesihatan Awam dari Universiti Birzeit di Tebing Barat, "Nevin Abu ramila", kepungan dikenakan pada daerah tetap
merupakan hambatan utama untuk meningkatkan keadaan kehidupan dan kehidupan penduduk.

Dalam sebuah kajian tentang implikasi kesihatan serangan Israel di Jalur
Gaza yang dilakukan sebelum pengurangan sekatan, Kumpulan analisis ramila Abu telah melakukan kajian terhadap keadaan kesihatan penduduk dengan menggunakan data dari sampel rawak daripada tiga ribu warga palestin dan kira-kira satu pertiga daripada sampel kajian selama perang dan menghancurkan 39 peratus rumah sama sekali atau sebahagian.

Setelah menyelesaikan penyelidikan pada bulan Ogos 2009, menunjukan satu perempat dari rumah yang terkena kesan. Kajian ini juga mendapati bahawa lebih daripada 70 peratus daripada KELUARGA yang bergantung pada bantuan dan menjelaskan 57 peratus daripada peserta hidup dalam keadaan kehidupan yang kurang baik.

Menurut kajian daripada 85 peratus orang di Gaza mengungkapkan perasaan ketidakamanan dan ketakutan yang tinggi dan 49 peratus merasa tekanan, kegelisahan yang tinggi.

Melakukan kajian secara wawancara terhadap 5 orang bidan dan 11 orang perempuan yang ingin melahirkan anak , mereka menyatakan/menggambarkan rasa takut, kekerasan dan ketidakpastian disekitar mereka.
"saya
tidak berfikir seperti yang lain untuk menghadapi kematian atau pengeboman, tapi saya hanya memikirkan dalam kes saya ini, apakah yang akan terjadi jika anda mulai rasa sakit ketika saat kelahiran semakin hampir di malam hari? Bagaimanakah saya ingin mengatasinya? bahkan mereka membakar kereta dan ambulans."

Doktor pakar daripada Jabatan Pendidikan di Ramallah dalam diet kanak-kanak Palestin dan kesannya terhadap kesihatan dan pendidikan.
Menurut kajian daripada dua ribu anak-anak dan remaja mendapati bahawa satu daripada setiap empat mereka tidak mendapat makanan yang secukupnya (sarapan), penunjuk utama masalah ini ialah, 1 dari setiap 10 dari mereka menderita akibat penyakit anemia.

Dan juga mendapati bahawa 1 daripada setiap 17 daripada mereka mempunyai masalah pertumbuhan yang lemah. Dia menyatakan bahawa sekitar dua peratus daripada mereka yang kekurangan berat badan.

Thursday, July 1, 2010

Mereka Yang Berdusta.

Assalamualaikum..

Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku sangat takut kepada neraka." Tetapi orang itu tidak berhenti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah, dia bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku rindu kepada syurga." Tetapi dia tidak membuat sesuatu yang membolehkan dia masuk ke syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukannya orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Nabi s.a.w." Tetapi orang itu tidak mengikut sunnah Nabi, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukan orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya saya ingin benar memiliki bidadari." Tetapi dia sendiri tidak memberikan mahar kepada isterinya, maka orang itu adalah pendusta dan bukan orang yang bertaubat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan Rasulnya.

Mari Kita memikirkan bersama.

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers