Thursday, July 1, 2010

Mereka Yang Berdusta.

Assalamualaikum..

Dalam sebuah kitab ada menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku sangat takut kepada neraka." Tetapi orang itu tidak berhenti-henti melakukan dosa, adalah dia seorang pendusta. Di sisi Allah, dia bukanlah orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku rindu kepada syurga." Tetapi dia tidak membuat sesuatu yang membolehkan dia masuk ke syurga, maka orang itu adalah pendusta dan bukannya orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya aku cintakan kepada Nabi s.a.w." Tetapi orang itu tidak mengikut sunnah Nabi, sesungguhnya orang itu adalah pendusta dan bukan orang yang bertaubat.

Apabila seseorang hamba itu berkata : "Sesungguhnya saya ingin benar memiliki bidadari." Tetapi dia sendiri tidak memberikan mahar kepada isterinya, maka orang itu adalah pendusta dan bukan orang yang bertaubat.

Sesungguhnya orang yang bertaubat itu adalah kekasih Allah dan Rasulnya.

Mari Kita memikirkan bersama.

Tuesday, June 29, 2010

Harta Yang Mengutuk Tuannya Didepan Malaikat Maut.

Assalamualaikum semua..
Saya sediakan Kisah Teladan ini untuk kita memikirkan bersama..
Semoga ada kebaikan buat kita semua.

Di dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa ada seorang lelaki yang banyak sekali mengumpulkan hartanya, dia membina sebuah istana yang istananya dilengkapi dengan para pengawal dan pintu istananya dibuat dari besi yang cukup kukuh, (pendek kata memang kayo lee.)

Pada suatu hari, lelaki itu mengumpulkan keluarganya dan menyediakan makanan untuk mereka, kemudian dia duduk diatas tempat tidur sambil dia mengangkat salah satu kakinya keatas kaki yang lain, kemudian dia pun turun makan bersama.

Apabila mereka selesai makan, lelaki itupun berkata : "Wahai saudara-saudaraku berdirilah, nikmatilah makanan untuk beberapa tahun yang telah aku kumpulkan untuk kamu semua."

Selepas selesai lelaki itu berkata-kata, tiba-tiba datanglah Malaikat maut dalam bentuk seorang lelaki yang membawa dua kain buruk dan dilehernya digantungkan dengan karung makanan kuda, keadaannya seperti orang miskin.

Kemudian Malaikat maut itu mengetuk pintu dengan keras sehingga menakutkan  lelaki yang sedang tidur diatas tempat tidurnya, oleh kerana ketakutan kerana ketukan yang kuat, maka berlarilah para pengawal ke pintu tanpa membuka pintu sambil melihat dari lubang pintu.

Maka pengawal berkata : "Siapakah kamu, apa yang kamu mahu?"

Kata Malaikat maut :" Panggil tuanmu ke sini."

Pengawal itu berkata :" Tuan kami tidak akan melayan orang seperti kamu."

Setelah berkata demikian maka pengawal itupun pergi memberitahu tentang orang yang mengetuk pintu itu.

Maka Malaikat maut itu mengetuk pintu dengan kuat lagi sehingga menyebabkan pengawal tidak tahan sabar lalu meluru ke pintu. Apabila Malaikat maut melihat pengawal menghampiri pintu maka dia berkata : "Wahai pengawal, beritahu tuanmu bahawa aku adalah Malaikat maut!!"

Para pengawal berasa takut, lelaki kaya itu bertaka kepada pengawalnya : "Wahai pengawal! Katakan dengan lemah lembut kepada Malaikat maut, tanyakan samada dia hendak mengambil nyawa seseorang"

Kemudia Malaikat maut masuk kedalam istana lalu berkata kepada lelaki itu :"Buatlah apa yang kamu hendak buat dengan hartamu itu, aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum aku mengeluarkan nyawa kamu."

Lelaki itupun memandang kepada hartanya sambil berkata :" Wahai harta, engkaulah ini telah dikutuk oleh Allah, engkau telah menyibukkan aku dan engkau telah membuat aku lupa beribadat kepada Allah. Engkau telah mencegah aku dari mengingati Allah."

Setelah lelaki itu memarahi hartanya itu, maka dengan kekuasaan Allah s.w.t. mengizinkan hartanya berkata-kata.

Lalu harta itu pun berkata : "Mengapa kamu memaki aku? Kamu dapat bertemu dengan raja-raja adalah dengan sebab aku, orang yang bertakwa semua kamu tolak, kamu mengahwini wanita-wanita yang penuh kenikmatan adalah kerna aku, kamu duduk didalam majlis raja-raja adalah kerana aku, kamu membelanjakan aku kejalan yang jahat tetapi aku tidak memarahi kamu. Kalaulah kamu membelanjakan aku ke jalan kebaikkan nescaya aku akan mendatangkan manafaat bagi kamu, kamu dan anak adam itu dijadikan dari tanah maka berjalanlah dia dengan kebajikan dan berjalanlah dia dengan dosa.."

Banyak sekali manusia tidak sedar bahawa harta yang mereka usahakan siang dan malam tanpa menunaikan kewajipan mereka terhadap Allah, sebenarnya mereka itu menghimpukan dirinya untuk mendapatkan dosa yang paling banyak. Islam tidak melarang seseorang itu mencari harta kekayaan, Islam menyuruh kita mencari harta dengan menunaikan segala tanggungjawab kita terhadap Allah s.w.t.

Cuba kita lihat berapa ramai manusia yang tidak menunaikan solat, mereka fikir dunia ini adalah tempat mengumpulkan harta sahaja. Tetapi mereka tidak ingat bahawa harta yang mereka kumpulkan itu tidak akan berguna apabila Malaikat maut sudah tiba. Apa yang mereka akan dapat hanyalah kepedihan.

Orang yang mengumpulkan harta dengan cara mencabar perintah Allah, adalah mereka itu orang yang menanti-nanti bilakah agaknya akan datang siksaan Allah. Sebenarnya orang yang mengumpulkan harta dengan tidak menunaikan perintah Allah, adalah mereka ini orang yang akan mendapat banyak siksa dan dikala itu barulah mereka tahu kenapa mereka dihidupkan didunia.

Marilah kita sama-sama memikirkannya, janganlah kita menjadi manusia yang sombong dimuka bumi ini.
Kita tidak akan kekal didunia ini, maut tetap akan mencari kita, sebelum maut mencari kita hendaklah kita kembali menyembah Allah s.w.t.
Allah adalah Tuhan kita dan Dialah Raja yang patut disembah.
sekian terima kasih.

Sunday, June 27, 2010

Iran Membatalkan Rancangan menghantar kapal ke Gaza.


Iran tidak akan menghantar kapal ke Gaza untuk memecahkan kepungan kerana telah diberi amaran yang keras terhadap seorang ahli parlimen Israel yang mengatakan "Larangan."


Mahmoud Ahmadi Bighash berkata kepada agensi berita Isna yang secara keseluruhannya berita "setengah rasmi" bahawa delegasi ahli parlimen Iran akan pergi ke Lubnan dan belayar di salah satu kapal bantuan yang diharapkan menghala ke Gaza. Kapal Iran tersebut yang dinamakan sebagai "Bayi dari Gaza" telah diharapkan untuk belayar pada hari Ahad ini untuk pergi ke Gaza yang membawa 1,100 tan bekalan bantuan dan 10 aktivis pro-Palestin tetapi rancangan dibatalkan "kerana sekatan yang dikuatkuasakan oleh rejim Zionis. " kata Bighash, Iran membuat pengumuman itu hari Selasa lalu. Rancangan ini juga pasti akan mendorong Israel untuk memperingatkan musuh untuk menjatuhkan rancangan tersebut. Israel menganggap Iran adalah sebuah ancaman kerana program nuklearnya, yang peluru berpandunya boleh pergi ke jarak yang jauh dan sokongannya terhadap militan Lubnan dan Gaza. Pegawai keselamatan Israel berkata prospek laporan terdahulu yang mengatakan bahawa kapal Iran akan menuju Gaza adalah sangat membimbangkan bagi Israel dan Israel terpaksa bahawa pasukan tenteranya ke laut untuk latihan yang kemungkinan mengambil sebuah kapal dengan seorang pembom berani mati di kapal.


Sumber Berita dari Turki/berita dunia/AP Tehran

Kisah Surah Al-Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Ketika saya (Rasulullah s.a.w) berisrak ke langit, maka saya telah melihat Arsy diatas 360,000 sendi dan jarak jauh dari satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luas setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana semuanya membawa surah Al-Ikhlas (Qul huwallaahuahad)."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi : "Setelah mereka (Malaikat) selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata :"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik dianya lelaki ataupun perempuan.

Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w. maka mereka sangat kagum.

Kemudian Rasullullah bersabda lagi :" Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat : "Ya kami sungguh kagum Ya Rasulullah s.a.w."

Rasulullah s.a.w bersabda : "Demi Allah yang jiwaku ditangannya, sesungguhnya "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis disayap Malaikat Jibril a.s. "Allahush Shomad" itu tertulis disayap Malaikat Mikail a.s. , "Lamyalid walam yuulad" tertulis pada sayap Malaikat Izrail a.s."walam yakun lahu kufuwan ahadun" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barang siapa dari umatku membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran ynag agung."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian maka baginda bersabda lagi : "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Maka berkatalah para sahabat : "Ya Rasulullah s.a.w. , kami semua kagum."

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Demi Allah yang jiwaku di tangannya, sungguh Qul huwallahu ahadun itu tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Sidiq, Allahush Shomad itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, Lamyalid walam yuulad itu tertulis di dahi Utsman Dzan Nuuraini dan Walan yakun lahu kufuwan Ahadun itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberikan oleh Allah s.w.t.. pahala Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali r.a."

Friday, June 25, 2010

Alasan Yang Di Tolak Oleh Allah Pada Hari Kiamat Kelak.

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, hari ini kita masih lagi bernyawa dan pada masa yang sama juga kita dapat merasakan kenikmatan yang Allah berikan dalam kehidupan kita untuk kita terus melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah di muka bumi ini.

Hari ini entry aku mengenai "Alasan Yang Di Tolak Oleh Allah Pada Hari Kiamat Kelak."

Pada hari kiamat Allah s.w.t akan menolak alasan empat orang dengan empat contoh ini :

1. Menolak alasan orang kaya dengan contoh Sulaiman a.s jika si kaya berkata : "Kekayaanlah yang menyebabkan aku sibuk sihingga tidak sempat beribadat." Maka dijawab : "Engkau tidaklah lebih kaya dari Sulaiman, tetapi dengan kekayaan tidak melupakannya dari beribadat."

2. Jika hamba berkata : "Kerana saya hambalah maka saya tidak bebas untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t menjawab : "Yusuf a.s menjadi hamba tetapi kehambaannya tidak menghalangnya untuk melakukan ibadat.

3. Jika si miskin berkata : "Dengan kemiskinan akulah yang menghalang aku untuk beribadat kepadaMu." Maka Allah s.w.t menjawab :"Engkau tidaklah semiskin dari Isa a.s tetapi Isa tidak terhalang dari melakukan ibadat."

4. Jika orang yang sakit berkata : "Penyakitkulah yang menghalang aku untuk beribadat." Maka Allah s.w.t menjawab : "Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s tetapi dia tidak terhalang untuk beribadat kepadaKu."

Sehinggalah tidak ada alasan lagi bagi orang yang memberi alasan di sisi Allah s.w.t pada hari kiamat.

Tiada alasan bagi KITA.
Marilah sama-sama KITA memikirkannya.

Gazans unhappy with 'eased' blockade

Wednesday, June 23, 2010

Erdogan "usaha Turki untuk perdamaian tidak boleh disalah ertikan"

Terbaru, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan berkata bahawa, kedudukan negaranya terkini tentang perkembangan di Palestin dan Iran tidak perubahan tentang fokus dasar luar negerinya. Dia menekankan bahawa Turki tidak boleh menjauhkan diri dari masalah. Erdogan menyalahkan beberapa negara Eropah yang tidak memberikan cukup bantuan untuk negaranya dalam memperjuangkan keganasan.
Erdogan berkata, kepada 12 pemimpin Eropah Timur Selatan yang menyertai Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Ekonomi antara Eropah Timur Selatan dan mereka turut memberi reaksi menentang pengepungan atas Gaza, dan masalah pengantaraan ke Iran dengan komuniti antarabangsa yang tidak penunjuk perubahan tumpuan dasar Turki dan ini menunjukan bahawa Turki mahukan keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Kita tidak boleh memisahkan diri dari tragedi di Afghanistan, Somalia, Iraq, Georgia dan Palestin. Banyak masalah yang nampaknya merupakan ancaman global dan layak mendapat perjuangan bersama, menekankan bahawa usaha Turki untuk perdamaian tidak boleh disalah ertikan.

Di sisi lain, Erdogan mengatakan bahawa negara-negara Eropah tidak memberikan sokongan yang diperlukan untuk Turki dalam memerangi keganasan, sokongan kewangan (PKK) yang belum berakhir, dan ada negara yang menutup mata dengan aktiviti organisasi dan propaganda, dan tidak mengulangi pelaku seperti Turki.

Erdogan menyeru agar pembentukan pertubuhan bersama anti-keganasan. Dia mengatakan bahawa pertubuhan pengganas ini merupakan ancaman besar bagi negara-negara Balkan dan negara-negara Eropah, kerana mereka menyakiti Turki.
Sementara itu Abdullah Gul menyeru pada saat pembukaan Sidang Kemuncak, untuk bekerja sama dalam perang melawan keganasan, menambah bahawa, semua bangsa perlu bekerjasama dan bersatu menentang ancaman ini, dan masyarakat antarabangsa perlu bersatu menentang keganasan.

Para pemimpin mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan di mana serangan terbaru dari serangan pengganas PKK kepada orang-orang Turki, dan menyeru kepada semua ahli komuniti antarabangsa untuk mengutuk kegiatan pengganas, tegas, dan terus menyokong Turki dalam memerangi keganasan.


Sementara itu, pemimpin negara-negara Balkan menyesali serangan Israel pada armada konvoi kebebasan, menekankan perlunya untuk independen, objektif dan hal yang boleh percayai diperinggat antarabangsa. Mereka juga menyeru untuk memperbaiki situasi kemanusiaan di Gaza.

Mereka mengakhiri dengan kenyataan bersama menekankan perlunya Balkan untuk bergabung dengan Kesatuan Eropah. Kenyataan itu mengatakan: Kami menyatakan komitmen kami untuk prospek Eropah, Atlantik Selatan Eropah dan Eropah Timur, dan yang kita mempertimbangkan cara terbaik untuk membina keamanan dan kestabilan dan pembangunan ekonomi daerah kami.

Di antara negara-negara dalam kumpulan ini ada empat ahli Kesatuan Eropah (Bulgaria, Greece, Romania dan Slovenia). Sementara perundingan pada pencapaian Croatia dan Turki. Negara-negara yang tersisa adalah Albania, Bosnia, Macedonia, Moldova, Montenegro dan Serbia.

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers