Thursday, August 26, 2010

Himpunan hadis surah Al-Mulk




Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda : “sesungguhnya di dalam Al-Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu Surah Al-Mulk”(Tabaarakal-Lazi).”

Daripada Annas Ibnu Malik berkata”Nabi s.a.w telah bersabda : “Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada Kitab Allah kecuali “ Tabaarakal-Lazi”. Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat.Maka Surah itu telah menahan wajahnya dan Malaikat berkata pada Surah itu. Sesungguhnya kamu daripada Kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu,sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan.Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia(si mati), jadi pergilah menemui Allah S.W.T. Dan mintalah syafaat daripadanya.Maka dia pun(surah) menemui Allah S.W.T Dan berkata : “Wahai Tuhanku,sifulan ini(si mati),dia memilih saya dalam Kitab-Mu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya, bolehkah wahai Allah,Engkau membakarnya dan menyiksanya, walhal saya di dalam dadanya.Maka jika Engkau ingin berbuat demikian ,jadi padamlah saya dari Kitab-Mu. Dan Allah S.W.T berfirman: “Aku nampak kamu marah.” Dia menjawab(surah): Sesungguhnya saya marah. Allah S.W.T berfirman:”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya.”

Nabi s.a.w bersabda:”Surah itu datang kepada Malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati.

Maka Surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya.Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka Surah itu bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian.”

Annas berkata:”Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan,kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah: Iaitu yang menyelamatkan.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Daripada Annas Ibnu Malik berkata: “Rasulullah s.a.w telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga.Iaitu (Tabaarakal-Lazi)
(Hadis riwayat At Tabarani).

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu itu kubur maka di dalam kubur itu terdengar suara bacaan Surah Al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda Rasulullah s.a.w dan berkata: “Wahai Rasulullah s.a.w saya dirikan satu khemah atas satu kubur dan saya tidak tahu itu kubur dan saya dengar seorang manusia sedang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam.”Nabi s.a.w. Itulah yang menahan yang menyelamatkan dia daripada siksaan kubur. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Daripada Jabir r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w tidak akan tidur hingga baginda membaca Alif Laam Mim, Al-Sajadah dan Al-Mulk. (Hadis riwayat At-Tarmizi)

Dan Lais berkata daripada Thawun bahawa kelebihan dua surah ini 70 kali lebih baik daripada tiap-tiap surah dalam Al-Quran.

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Adakah kamu mahu saya khabarkan kepada kamu satu hadis yang menggembirakan kamu,ia berkata bahkah!”

Beliau(Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh di rumahmu dan jiranmu, Sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat Hari Kiamat di depan Allah memohon kepada pembacanya supaya Allah S.W.T menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat daripada siksaan kubur.

Dan Nabi s.a.w bersabda: “Saya suka kalau surah ini dalam hati tiap insan dari umatku.” (Hadis riwayat Ibnu Katsir)

Sunday, August 22, 2010

Iran Mempromosikan Pelancaran Nuklear Di Bushehr


kemarin, Sabtu 21hb 8 2010, Iran memperkenalkan pelancaran penghantaran bahan bakar nuklear ke reaktor Bushehr Alkahrodhiri.

Pada malam upacara pembukaan di Bushehr, dihadiri oleh Ketua Badan Tenaga Atom Iran iaitu "Ali Akbar Salehi", dan rakan Rusia-nya "Sergei Kiriyenko". Iran melancarkan pesawat bom pertama buatan sendiri.

Ahmadinejad menegaskan bahawa rakyat Iran saat ini mempunyai semua pilihan yang menunjukkan kemampuan pertahanan Iran yang berdaya upaya meneutralkan senjata musuh dalam pembangunan industri pertahanan.


Bushehr powers up as UN keeps a close eye

Saturday, August 21, 2010

Nasihat Allah S.W.T Kepada Hamba-Nya.


Abu Dzar r.a, dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : "Wahai Hambaku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Kuharamkan pula kamu dari berlaku zalim."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua sesat, melalinkan orang yang dapat petunjuk daripadaKu. Oleh itu mohonlah petunjuk kepadaKu nascaya Aku tunjuki kamu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua lapar, melainkan kepada orang yang Kuberi makan. Oleh itu mintalah kepadaKu, nascaya Aku akan memberi kamu makan."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua telanjang, melainkan orang yang Kuberi pakaian. Oleh itu mintalah pakaian kepadaKu, nascaya Aku akan memberi pakaian."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua banyak berbuat dosa siang dan malam padaKu dan Aku pula bersedia mengampuni segala dosa kamu itu. Oleh itu mintalah ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampuni kamu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Kamu semua tidak akan dapat memberikan mudarat kepadaKu, seandainya kamu dapat sudah pasti kamu akan memudaratkanKu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu tidak dapat memanfaatkanKu, seandainya kamu dapat sudah tentu kamu memanfaatiKu (mempergunakan)."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang-orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu, baik dari  dari manusia atau jin lebih durhaka daripada orang yang paling durhaka di antara kamu semua, maka hal yang demikian itu tidaklah akan mengurangkan sesuatu apapun bagi kekuasaanKu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang-orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu yang terdiri dari manusia atau jin lebih taqwa daripada orang yang paling taqwa di antara kamu, maka hal itu tidak akan menambahkan sesuatu kekuasaanKu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu baik dianya dari manusia ataupun jin, berkumpul mereka semua disuatu tempat yang luas. Lalu mereka meminta kepadaKu dan Aku penuhi permintaan mereka itu kesemuanya. Hal yang demikian itu tidak akan mengurangi sesuatu apa-apa pun dalam perbendaharaanKu."

Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Hanya amalmu sahaja yang akan Aku perhitungkan terhadap kamu dan memberinya dengan pahala."

Oleh itu sesiapa yang beroleh kebaikan hendaklah dia memuji Allah s.w.t.
Dan sesiapa yang beroleh lain dari kebaikan, janganlah dia mencela sesiapa kecuali akan dirinya sendiri (Kerana dia yang bersalah)."

Wednesday, August 18, 2010

Tiada Yang Mustahil Bagi Allah s.w.t.

Assalamualaikum..

Cubalah kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ini satu pekara yang mustahil bagi manusia untuk membuatnya?? Tetapi kita perlu ingat bahawa bagi Allah tidak ada yang mustahil. Jika Allah ingin menjadikan sesuatu, maka nascaya akan berlaku dan semua pekara adalah mudah bagi Allah.

Kalau manusia berkata mereka itu telah pandai dan berjaya mencipta itu dan ini, misalnya manusia telah berjaya mencipta computer, tv warna dan sebagainya. Ini telah membuat manusia itu megah dengan kejayaannya. Tetapi jika manusia itu betul dan berakal maka dia akan sujud dan menyembah Allah, ini adalah jika dia melihat pada dirinya yang diciptakan oleh Allah s.w.t.

Teman, cuba kita perhatikan pada diri kita sejak bermulanya manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t. yang digelar dengan nama Adam a.s. Allah s.w.t. telah menciptakan komputer pada setiap manusia yang diciptakannya, ianya dikenali dengan otak. Otak dapat menyimpan segala-galanya dan ianya lebih baik dari computer ciptaan manusia. Computer ciptaan manusia hanya akan berfungsi apabila ianya dimasukan dengan maklumat, tetapi otak ciptaan Allah s.w.t. berfungsi dengan automatik tanpa diarah. Dan ianya juga boleh mengingati sesuatu peristiwa yang telah berlaku berpuluh-puluh tahun yang lalu dengan sekelip mata. Hebatnya ciptaan Allah.

Cuba kita lihat mata kita yang Allah s.w.t telah ciptakan yang dapat membezakan warna-warna, jadi mata ialah salah satu tv warna yang diciptakan oleh Allah s.w.t sejak mula manusia dijadikan. Jadi kalaulah semua kurnian Allah itu lebih tinggi nilainya dari segala ciptaan manusia maka kepada siapakah kita harus bersujud? Tentu sekali pada Allah s.w.t.

Kalau Allah s.w.t tidak memberikan seseorang itu mata, kaki, tangan, telinga, mulut, hidung, dan sebagainya maka manusia itu tidak akan dapat berbuat apa-apa melainkan seperti batu di tepi jalan. Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah s.w.t kepad kita dan dengan rasa syukur itu, kita taat dan patuh pada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Janganlah kita sekali-kali mengagungkan manusia dari Allah s.w.t. Yang Maha agung hanyalah Allah s.w.t. dan Maha berkuasa atas setiap sesuatu.

Dalam suran Ar-Rahman, sebanyak 31 kali Allah s.w.t bertanya kepada insan yang bergelar manusia dan jin dengan pertanyaan : “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dusdakan, hai manusia dan jin?” Tidakkah kita berasa malu kalau kita masih ingkar pada perintah Allah dan apakah kita mahu siksanya turun baru kita hendak beriman kepada Allah s.w.t.

Tuesday, August 17, 2010

Kisah Muwiah Memilih Calon Suami.

Walaupun pada zaman jahiliah ada wanita yang dikuburkan hidup-hidup sebaik sahaja mereka lahir ke dunia namun bukan bererti wanita yang sempat hidup terkurung dan berfikiran cetek. Bahkan sebaiknya, di zaman itu kaum wanita telah mencapai tahap yang tinggi dalam hal-hal potilik dan sosial. Maka terdapatlah diantara mereka yang dapat mengendalikan pemerintahan dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Demikian juga dalam hal perkahwinan, mereka diberi kebebasan penuh untuk menentukan lelaki yang hendak dijadikan calon suaminya. Biasanya wanita yang cerdas dan mempunyai rupa paras yang cantik akan didatangi oleh ramai lelaki untuk meminang. Maka wanita yang menjadi rebutan itu mengadakan uji bakat terhadap lelaki-lelaki yang datang kepadanya.

Mawiah Binti Azhar adalah calon wanita pilihan yang mempunyai banyak keistimewaan pada zaman tersebut. Kecantikan, kecerdasan dan kemuliaan menjadikan dia diminati oleh ramai lelaki ternama. Hingga pada suatu masa terdapat tiga lelaki yang datang untuk memikat hatinya. Mereka itu ialah An-Nabighah, Hatim At-Ta’i dan seorang lagi dari suku kaum Nabit. Ketiga-tiganya merupakan orang yang kaya, terkenal dan jaguh bersyair.

Sebagai wanita yang cerdas, Mawiah tidak jatuh cinta hanya dengan melalui senyuman dan lirikan mata dalam sekilas pandang.
Berkatalah Mawiah : “Sila Tuan-tuan balik ke rumah masing-masing dan gubahlah sebuah syair yang berkenaan dengan kedudukan tuan-tuan. Aku hanya akan berkahwin dengan lelaki yang termulia dan pandai bersyair diantara tuan-tuan.”
Jadi ketiga-tiga lelaki itupun balik ke rumah masing-masing dan mereka terus mengubah syair yang mengambarkan keadaan diri masing-masing seindah-indahnya. Disamping itu mereka menyembelih unta untuk mengadakan pesta.

Pada saat mereka sedang sibuk membuat persediaan, Mawiahkeluar menyamar dengan berbaju buruk menyerupai seorang peminta sedekah. Tidak ada sesiapapun yang mengenali wajahnya yang dibuat hodoh itu.

Mula-mula Mawiah pergi pada lelaki dari suku kaum Nabit. Disana dia meminta sedikit makanan dari unta yang disembelih untuk dijadikan pengalas perut. Dengan tidak berfikir panjang, lelaki itu terus mengambil beberapa ketul tulang dan diberikan kepada Mawiah. Mawiah menerima tulang itu sambil mengucapkan terima kasih.
Kemudian Muwiah pergi pula ke rumah lelaki yang bernama Nabighah dan meminta sedikit makanan daripadanya. Melihat ada pengemis datang meminta-minta, Nabighah terus memotong buntut unta yang sudah disembelihnya dan diberikan kepada peminta sedekah.

“Terima kasih tuan.” Kata mawiah setelah menerima pemberian Nabighah, kemudian dia pergi tanpa berkata apa-apa lagi.
Selepas itu Muwiah pergi ke rumah Hatim At-Ta’i untuk melakukan pekara yang serupa seperti yang dilakukan terhadap dua lelaki yang sebelumnya. Sampai disana, Muwiah menadahkan tangannya sebagai tanda meminta sedekah sambil berkata : “Berilah aku sedikit makanan!”

Hatim menoleh kepadanya dan berkata : “dari mana engkau ini?”
“Saya seorang jariah yang tidak punya makanan, bagilah saya sedikit daging.” Kata Muwiah

Kata Hatim : “Baiklah! Aku akan ambilkan daging yang baik untukmu.”
Hatim memilih daging yang baik kemudian diberikan kepada jariah yang datang meminta-minta.

Setelah selesai mengadakan penyiasatan itu, Mawiah pun balik ke rumahnya. Daging, tulang dan ekor yang didapatinya dimasakan kemudian disimpan.
Keesokan harinya, ketiga-tiga lelaki yang ingin meminang Muwiah pun datang dengan membawa syair yang hendak dibacakannya dihadapan wanita idaman mereka itu.
“Silakan Engkau!” kata Muwiah yang menyuruh lelaki dari suku kaum Nabit membacakan syairnya.

Lelaki itu maju kehadapan dan membacakan syairnya :
“Sudahkah kau bertanya kepada kaumku,
Siapa aku dan siapa keturunanku.
Sudah kau bertanya kepada Manusia,
Apa yang telah aku buat dan apa yang telah aku lakukan.
Jika musim sejuk datang dan anginpun bertiup,
Manusia lagi kesejukan dengan perut yang kosong.
Ketika itulah kau akan mengenaliku,
Iaitu ketika mengangih-agih makanan.
Tiada yang tidak kebahagiaan,
Walaupun manusia datang mencurah-curah.”

“Ah itu dusta belaka!” Kata Muwiah setelah mendengar syair yang dibaca oleh lelaki itu.

Kini giliran Nabighah pula memperdengarkan syairnya :
“Sudahkah anda bertanya kepada suku Zibyan tentang siapa aku dan keturunanku.
Apalagi ketika awan musim sejuk turun menyelubungi kaumku.
Angin sejukpun menerpa dari puncak gunung ganang Mengkabusi malam gelita,
Menyucuk setiap tulang teman dan musuh,
Ketika itu....
Kuhembur semua harta bendak,
Kubuka kedua belah tanganku,
Kuhidangkan makanan berlauk sedap kepada setiap yang datang bertamu.”

Kata Muwiah : “Kau memang baik hati. Manusia akan sentiasa senang bersamamu selama mereka kau umpan dengan makanan yang berlauk sedap.”

Kemudian Muwiah mempersilakan Hatim At-Ta’i membacakan syairnya. Dengan keadaan sederhana Hatim tampil kehadapan :
“Aduhai Muwiah!
Aku rindukan engkau sejak lama
Kucuba menemuimu tetapi terhalang kerana uzur.
Wahai Muwiah!
Yang namanya harta, hari ini ada dan esok lenyap.
Yang tinggal dari harta hanyalah sekalung budi dan sebuatannya sahaja.
Wahai Muwiah!
Adakah anak muda dapat berbangga dengan timbunan harta benda?
Apabila ajal tiba,
Atau nyawa telah mencucuk dalam dada?”

Mawiah belum memberikan apa-apa komen terhadap syair Hatim. Ia hanya menyuruhkan jariahnya menghidagkan makanan yang telah disiapkan dan diatur kepada ketiga-tiga tetamu yang ingin meminangnya.

Makanan itu berupa daging, tulang dan buntut yang didapatinya daripada ketiga-tiga lelaki itu semalam. Maka jariahpun menghidangkan tulang-tulang unta kepada lelaki dari Nabit, Si Nabighah diberi buntut unta dan Hatim At-Ta’i mendapat hidangan daging pilihan yang baik.

Alangkah terperanjatnya ketiga-tiga lelaki itu apabila mengetahui bahawa makanan yang dihidangkan itu adalah hasil pemberian mereka semalam. Kini mereka mengetahui yang datang meminta-minta itu adalah Muwiah.

Menyesalah lelaki dari suku kaum Nabit dan Nabighah atas pemberiannya.
Apabila Hatim melihat makanan yang dihidangkan kepada kedua-dua lelaki itu, maka Hatim mencampakannya keluar rumah. Kemudian, Hatim sendiri yang menghidangkan makanannya sendiri kepada kedua lelaki itu.

Setelah menyedari keadaan dirinya, Mawiah keluar dengan tersenyum. Kedua-dua lelaki itu tertunduk malu dan sedar bahawa dirinya tidak akan mendapat wanita yang diidamkannya.

Kata Mawiah : “Sungguh Hatim lebih murah hati, lebih baik syairnya. Kata-katanya lebih beralasan daripada kata-kata kamu sekalian.”

Dengan yang demikian, Muwiah bersetuju bersuamikan Hatim At-Ta’i

Tetapi perkahwinnan itu terbantut dan tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana Muwiah masih mengemukakan syarat yang lain, iaitu agar Hatim menceraikan isterinya yang telah ada.
Bagaimanapun Hatim tidak mahu menceraikannya. Mawiah berkali-kali mendesak Hatim agar menceraikan isterinya. Berbagai hadiah telah Muwiah berikan kepada Hatim untuk menurutkan kehendaknya namum Hatim tidak mahu juga.

Maka Muwiah tetaplah duduk kesorangan tanpa berkahwin.

Apabila Isterinya meninggal dunia, barulah hatim bersetuju untuk berkahwin dengan Mawiah. Dari perkahwinan itu, lahirlah seorang putera yang bernama Adiy bin Hatim At-Ta’i.
Putera itu mewarisi kepinpinan dan keagungan ayahnya. Apabila Islam telah berkembang luas, Adiy juga memeluk Islam dan menjadi seorang pahlawan yang terkenal dan gagah berani.

Pic kesombongan tentera Israel.


 Wanita ini bernama Aberguil Eden yang merupakan tentera Israel.
 Ini jelas dapat menunjukan kesombongan mereka bersama dengan para tahanan Palestin yang ditutup matanya dan di ikat kaki dan tangan.

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan

Allah memberi manusia pertemuan agar takdir tercipta.
Allah mewujudkan kasih sayang agar manusia bisa mengenali.
Allah titipkan rindu agar manusia saling mengingati..
Allah memberikan perpisahan agar manusia saling menghargai..

Ukhwah itu lahir dari Ilahi, ianya berputik dan akan terus berbunga dan bersemi untuk selamanya..
Dari Allah, ianya datang dan kepada Allah, ianya akan kembali..

Semuanya adalah satu pinjaman yang sementara dalam kita menjalani kehidupan agar kita bisa memikirkan bahawa hakikat kehidupan yang sebenarnya adalah seketika.

Tetapi hakikatnya hari ini, kita lebih mencintai dunia..

Ini jelas sepertimana yang terkandung dalam surah Al-a'la.




"Sungguh beruntung orang yang menyucikan diri (beriman), dan dia mengingat nama Tuhan-nya lalu dia solat (lima waktu), tetapi kalian lebih mengutamakan kehidupan dunia (dari kehidupan akhirat).
ayat 14-16.


Dunia..Dunia..Dunia..
Akhirat..Akhirat..Akhirat, bila pulak??


Ramadhan tiba lagi dalam dairy kehidupan..
Tibanya masa semua berkejaran untuk ketepikan dunia dan dekatkan dengan agama..
Dengan Ramadhan, hati-hati ini mengharap..
Mengharapkan cinta dari Ilahi..
Mengharapkan pengampunan dari Ilahi..


Sempena bulan Ramadhan ini, sy memohon maaf jika sepanjang penerbitan blog ini, sy ada menyinggung hati kalian semua.
Puasa baik-baik ya..
Banyakan ibadat ya..
salam..x)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers