Thursday, May 20, 2010

Bila hati sudah cinta.

Assalamualaikum..

fuuuuhh, lega aku dapat post entry ni, aku ingatkan dah tak dapat nak post untuk bulan ni sebab aku sibuk la sekarang.. Sibuk sangat ke?? ehh kalau setakat kerja tak de lah sibuk sangat tapi aku sibuk dengan persiapan nak exam dengan Niosh hujung bulan 6 ni.. Adeii pening pale aku dibuatnya.. Yelah mana tak peningnya, aku tak siap lagi report risk assessment yang nak kena hantar tak lama lagi. Jadinya, sekarang aku berkejar antara 2.. Pepatah ada mengatakan, yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran, alamak!! jangan la macam tu pulak.. Aku harap tak delah macam tu..

Aku kerja ni pun wat sementara waktu jek, nak cari duet.. Duet2.. Aku bukannya macam dulu lagi, nak ape2, men mintak duet jek, sekarang bila dah habis belajar, terus tak dapat dah wang ehsan ..adeii, pokai terus aku, tapi alhamdulillah la sebab mak ayah aku still bagi aku pakej makan minum dan penginapan percuma..hahahahaha..

Aku ada cite kat member aku yang aku kena kerja jugak tapi member aku cakap 'Ala ka mintak jek la duet kat mak ayah ka sebab ka kan dalam tanggungan dia." Aku dalam hati macam terasa siket la, yelah, ayah aku sekarang dan dikatogerikan dalam golongan pesara, mak aku still keje lagi sebagai cikgu.. Adik beradik aku ramai.. Pendapatan sebulan berapa jek, dah la sekarang cost of living tinggi, macam-macam benda naik harga sampai melantun-lantun, gaji takat tu jek.. fuhh something wrong with our economy..

Abang aku yang sulung dah kerja dah tapi cukup makan dia jek la.. "Bro adik-adik aku semua sekolah lagi semua, tak kan aku nak duk diam tengok bapak aku botak." adeii " Lu takde hal,mak ayah lu kerja lagi dan tanggungan tak ramai." Fuhhh.. sabar-sabar..
Jadi aku bedal jek la mana kerja yang ada walaupun bukan dengan bidang yang aku belajar dulu..hmmm

Haaa, time first interview, orang tu tanya aku, "awak boleh wat design tak??" Aku dengan penuh yakinnya men angguk jek.. Dalam hati aku ni, adoii mampus la aku kalau dia suruh wat design, tak aku yang mampus, company yang bungkus..hahahahahaha.. Jadi, disebabkan aku wat memandai, aku kena study la sorang2 pasal design ni, alhamdulillah setakat ni semuanya ok cuma aku tak cukup masa la.. nak wat report and study lagi nak exam, nak study design lagi.. fuhh kuatkan semangat..

Ok tamat cite pasal aku..

Aku sebenarnya nak highlight kan yang ni jek dalam post aku kali ni, tadi aku merapu jap.. hahahaha.. jap ape belambak jugak..hahahahahaa..adeii..

Bila Hati Sudah Cinta..

"Jika hati cintakan Allah, pasti ia tidak akan bersatu dengan pekara yang dilarang sama skali oleh Allah."
"Jika hati cintakan kebenaran pasti ia tidak akan bersatu dengan kesesatan."
"Jika hati cintakan kepada kedamaian, pasti ia tidak akan bersatu dengan kehancuran."
"jika hati cintakan kebaikan, pasti ia tidak akan bersatu dengan kejahatan."
"Jika hati cintakan ketenangan, pasti ia tidak akan bersatu dengan kecelaruan."

Mengapa aku bicara mengenai hati??
kerna bicara hati selalunya benar.

cinta itu bukan sekadar satu ungkapan, cinta itu terungkap didalam hati.

Teman , jika kita orang yang benar, ayuh kita ungkapkan cinta didalam hati kita dengan cinta kepada kebaikan dan bukan sekadar hanya satu ungkapan.

4 ulasan:

rabiatuladawiyah on May 20, 2010 at 10:27 AM said...

''cinta kepada kebaikan dan bukan sekadar hanya satu ungkapan.''

part nie paling menusuk.. yeah..

Unknown on May 23, 2010 at 2:03 AM said...

sedih plak aku baca cte ko bro? ape2pun smoga ko bersabar? ni ujian..

Unknown on May 24, 2010 at 9:54 PM said...

eh! aku nk copy le ayat bawah tentang cinta? nk kasi kat ehem2 aku... hehehe

Unknown on May 26, 2010 at 10:49 AM said...

eh! mne owner blog ni? xde entry bru ke? hehe

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers