Monday, May 31, 2010

disudut pemikiran kekejaman Israel..

Assalamualaikum..


Dunia kini telah membuka mata terhadap kekejaman Israel apabila misi konvoi keamanan telah diserang oleh pihak ketenteraan Israel..
Kini turkei telah memutuskan hubungan diplomatik dengan israel.. Turkei kini telah membuka mata kerana sebilangan besar yang terbunuh didalam konvoi ini adalah dari kalangan rakyat turkei namun begitu Sweden dan Denmark juga telah mengambil beberapa tindakan awal..
Turkei juga mengatakan bahawa ingin campur tangan dalam ketenteraan..
Kekejaman ini memang tidak boleh dimaafkan kerana inilah satu rampasan kuasa kejam Israel..

Dunia Mari bersatu!!

Konvoi pertama yang kini telah ditunda ke Haifa ( pelabuhan Israel).. Apa motifnya??
Dan konvoi kedua yang menyusul telah mematahkan perjalanannya ke Gaza dan kini sedang menuju ke Cyprus..Ada juga yang mengatakan, bahawa 2 lagi kapal masih menuju ke Gaza atas alasan "Israel munkin belajar melalui kesilapan".. Percaya ke pada Israel???

Bagi aku, peristiwa ini tersirat seribu hikmahnya.. Kenapa aku cakap macam tu??
Seperti yang kita tahu, konvoi ini telah disertai oleh kesatuan Eropah dan juga Negara-Negara lain.. Ini adalah titik pertemuan yang Allah aturkan supaya dunia bersatu menentang kekejaman.. Inilah masanya Dunia membuka mata yang selama ini buta dengan tindakan kejam Israel..
Kita tidak tahu disebalik peristiwa ini.. Hanya Allah yang mengetahuinya..

setakat ini bilangan yang terbunuh masih kabur kerana berita-berita seluruh dunia menyatakan bilangan yang berbeza namun begitu yang penting marilah kita berdoa agar semuanya selamat..


Dunia mari kita bersatu dengan membuang kepentingan masing-masing!!

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers