Tuesday, June 1, 2010

kata hati..

Dunia pada masa ini bergetar dengan laungan suara keras manusia yang bersatu tanpa mengira bangsa dan agama yang mengutuk kekejaman Israel. Laungan demi laungan terus kedengaran bagi membangkitkan semangat manusia yang selama ini hidup tanpa mengenal erti derita. Suara yang sudah lama menderita kini seakan bangkit satu semangat baru, "dunia memerhatikan aku, dunia akhirnya bersatu" lalu jiwanya makin pulih dari derita. Api semangat yang dulunya menyala, kian marak menyala apabila bertahun tanpa dibela masyarakat dunia. Hidup bagaikan satu penyeksaan bagi mereka yang terus hidup dalam ketakutan.. Dalam hatinya penuh dengan rasa benci, benci sehingga ianya hilang, hilang akan rasa ketakutan dalam jiwa mereka sehingga lahir satu semangat baru berjuang demi memartabatkan agama, tanah air dan hak mereka.

Wajah-wajah mereka putih dan bersih, hatinya cekal tiada rapuh lalu cahaya meneranggi jiwa. Mereka jarang berbicara mengenai dunia yang baginya tiada erti bagi mereka. Dibibir mereka terungkap satu kalimah agung yang kemudiannya dilaungkan dengan hati yang penuh yakin, Allahuakbar!! Allahuakbar!! mereka berjihat kejalan Allah tanpa mengenal erti kecewa. Tangisan mereka bukanlah pemadam semangat tapi tangisan mereka adalah pembakar semangat.
Merekalah yang terpilih!! Merekalah yang terpilih!! Terpilih dari kalangan kita untuk menerima derita dunia dan mereka terpilih menerima syurga. Syurga seakan terbuka luas untuk mereka seperti mengalukan kedatangan mereka dan disambut baik oleh para syuhada.

Lahirnya misi keamanan (Free Gaza) sedikit sebanyak mengubat luka didada yang dulunya mereka rasakan suara mereka seakan tidak kedengaran di jiwa manusia. Tetapi peristiwa dahulu apabila Mesir menutup pintu sempadan yang seakan ingin bermusuhan, mereka lenyapkan di jiwa mereka dengan memberi peluang kedua dengan lapang dada untuk mereka terus memegang tangan memimpin panji perjuangan sambil melaungkan "Free Gaza!! Free Gaza!!

Bagi segelintir golongan munafik, mereka seakan menyanyi melaungkan "Free Gaza!! Free Gaza!! lalu menyembunyikan hati-hati mereka di tembok keamanan. Golongan ini juga mampu menangis dengan bergelumang air mata dan kemudian, mereka mula berbisik-bisik antara mereka akan agenda mereka selepas ini. Mereka terlalu cinta pada dunia sehinggakan taksub akan politik semasa bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.

Yang mana kini sedar dari lamunan nyata, mereka (penduduk palestin) mengalu-alukan kedatangan mereka dan kemudiannya berpelukan diantara mereka seakan satu saudara. "Aku telah lama menantikan saat ini, Aku telah lama bermimpi peristiwa ini akan terjadi." Diwajah mereka terukir satu senyuman dengan penuh rasa syukur kepada Ilahi. Terlalu banyak mereka bermandi dengan air mata tapi ketika ini mereka menangis kerana gembira, gembira akan masyarakat dunia setelah Allah membuka hati-hati mereka.

Israel pasti tidak akan berdiam diri, mereka terus bersidang dimeja bulat bagi membincangkan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka. Kemudian mereka tersenyum apabila teringat akan sekutunya dan kemudiannya mereka berkata dengan suara lantang mereka, "Aku yang mengawal dunia." . Suara lantang itu terus dibisik-bisikan antara mereka dan akhirnya mereka ketawa memperdayakan dunia yang kononnya hanya satu percaturan kecil bagi mereka sehinggakan mereka sanggup menipu diri mereka sendiri.

Disebelah sekutunya pula kini berdebar-debar untuk berhadapan dengan masyarakat dunia. Mereka senyap tanpa berbicara kemudian mereka memintakan pandangan demi pandangan untuk menutup tindakan terkutuk mereka. Mereka malu sebenarnya tetapi jangan disangka mereka tidak pandai berlakon seperti pelakon di hollywood. Mereka lebih pandai menggunakan pentas sekaligus menyembunyikan perasaan malu mereka di meja rundingan damai.

Apa yang bakal terjadi selepas ini??
Sama-sama kita saksikan percaturan merebut dunia yang bakal berlangsung tidak lama lagi..

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers