Para menteri luar negeri Perancis (Bernard Kouchner), Itali (Franco Frattini), Sepanyol (Miguel Angel Moratinos), dalam sebuah rencana yang diterbitkan di Herald Tribune US, mengatakan agar Israel dapat meninggalkan penggunaan kuasa dalam membela kepentingan mereka di Timur Tengah, dan meninggalkan kepungan mereka di Gaza.
Dalam rencana itu mengatakan, tiga menteri itu (Perancis,Itali,Sepanyol) terkejut dengan konsekuensi yang tragis dari operasi ketenteraan Israel yang dilakukan terhadap armada kebebasan dalam perairan antarabangsa yang melibatkan kehilangan nyawa manusia yang tidak boleh diterima oleh semua dan tidak membenarkan menggunakan kekerasan begitu banyak dilakukan.
Mereka memperingatkan Israel bahawa, penggunaan kekuatan untuk mencapai tujuan politik dan tentera, pasti akan mengakibatkan tragedi yang lebih kerana ianya hanya akan memimpin untuk menguatkan kedudukan Hamas dan musuh Israel di wilayah berkenaan.
Untuk mengelakkan berlakunya lebih tragedi pada masa akan datang, para menteri berkenaan menganggap, untuk mencapai matlamat bersama dalam serangan keatas armada, adalah suatu kemestian, dan harus tidak memihak kepada sesiapa, telus dan serasi dengan standard antarabangsa, untuk memastikan tidak mengulangi kesilapan yang dibuat selepas daripada ini.
Ketiga-tiga menteri itu juga menyebut(Kouchner,Frattini dan Moratinos) agar Israel mengangkat pengepungan di Gaza di mana situasi sekarang tidak lagi seperti dahulu. Mereka menegaskan bahawa pasukan inspeksi milik Kesatuan Eropah boleh melakukan inspeksi bantuan untuk menghantar bantuan ke Gaza melalui jalan darat ataupun laut.
Mereka juga menggesa agar pihak berkuasa palestine kembali sepenuhnya ke Gaza bagi memastikan kehidupan kembali pulih dalam proses pendamaian.
0 ulasan:
Post a Comment