Assalamualaikum.
Semoga ada kebaikan untuk semua.
Nyanyian menimbulkan nifak di dalam hati dan membesar-besarkan orang-orang yang dikasihi di dalam lagu-lagu. Seumpamanya seseorang yang cintakan seorang kekasih lalu memuji-mujinya dengan mengangap bahawa dia adalah segala-galanya. Ataupun seseorang yang baru putus cinta lalu berputus asa untuk hidup selepas mengangap bahawa hidupnya adalah semata-mata untuk kekasihnya. Oleh yang demikian kesemuanya ini adalah merupakan perbuatan membesar-besarkan makhluk melebihi dari Allah s.w.t., sedangkan hak cinta yang sebenarnya adalah untuk Allah s.w.t. dan hidup serta mati hanyalah kerana Allah s.w.t. sahaja.
Apabila seseorang itu sampai keperingkat tersebut maka ia telah membesar-besarkan makhluk dan mencintainya melebihi dari Allah s.w.t.
Nyanyian mendorong seseorang itu untuk menyambut panggilan atau seruan syahwat dan keinginan-keinginan jasad.
Mari sama-sama kita memikirkannya..
Im starting with the man in the mirror !
11 years ago
2 ulasan:
Kan..
Skrg mmg cmtu la..
Leka je manusia ni..
T'lalu m'agungkan bf/gf dorang..
Seimbangkan lah dunia dan akhirat..
B'ckp utk diri sendiri jg ni..
dulu biasa lah gak nasyid2 nie.. sekarang dah tak rajin ..tapi tulah kalau menyanyi tak ingat dunia..dah salah tuh...
Post a Comment