Tuesday, April 27, 2010

Alif.


Assalamualaikum.
Aku masih ingat ketika pertama kali aku menjejakan kaki ke kelas mengajiku, waktu itu aku masih bingung kerna masih tidak puas bermain bersama kawan-kawan. haaahaaahaa, nakal betul aku dulu sampai nak mengaji pun malas, adeii. Hari tu aku belajar mengenali hufuf yang pertama iaitu alif. Aku membacanya dengan menyebut "alif diatas 'a, alif dibawah 'e, alif didepan 'u."
Apa yang aku mahu ceritakan bukanlah pasal aku tak reti mengaji ke atau aku kena rotan ke dengan tok guru aku tapi aku mahu bicara mengenai alif.
Sudah tentu huruf-huruf yang Allah ciptakan mempunyai maksud yang tersendiri dan sudah tentu Allah sahaja yang mengetahui, Allah Maha Mengetahui.

Apa yang aku tahu mengenai alif sudah tentu 'a,'e,'u.

Allah ssudah tentu yang pertama dan tiada yang lain melainkan-Nya. 'a , Allah.
Sudah tentu apabila kita mahu mengenali Allah dengan sempurna, kita juga mesti mempunyai iman yang sempurna. 'e , iman.
Iman adalah pendinding diri kita sesudah iman, tentu sekali agama. 'u, ugama.

Allah Maha Besar,
Sebagai seorang islam seharusnya 'a,'e,'u, menjadi asas yang perlu ada didalam jiwa kita dan diterapkan dalam kehidupan seharian agar kita lebih mengenali dan mencintai Allah.

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers