Assalamualaikum.
Firman Allah swt :
"Bacalah Al-kitab (Al-Quran yang diwahyukan kepadamu dan dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah fakhsya' (kekejian) dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Ankabut : 45)Jika kita perhatikan ayat diatas, "sesungguhnya solat itu mencegah fakhsya (kekejian) dan mungkar," bayangkanlah betapa mulianya solat sehingga dapat kita mencegah daripada perbuatan yang bertentangan dengan islam.
Akan tetapi jika dilihat umat islam pada akhir-akhir ini, solatnya tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Inilah persoalannya, mengapa??
Sudah tentunya solat yang dikerjakannya tidak mencapai kesempurnaan seperti mana yang dituntut oleh Allah swt.
Renungkah bersama dan perbaikilah amalan kita supaya kita tidak tergolong dalam orang yang mengsia-siakan solat. Apabila kita dibangkitkan kelak di padang mahsyar, solat adalah timbangan yang pertama yang dinilai oleh Allah dan jika ianya tidak sempurna, maka sudah tentu ianya sia-sia.
Dengan itu, marilah kita sama-sama menambahkan kualiti dalam solat kita agar kita dapat menjauhi daripada perbuatan keji dan mungkar.
0 ulasan:
Post a Comment