Teheran telah memberi amaran kepada negara-negara Barat terhadap program nuklear Iran, dan mahu mereka untuk menerima kesepakatan, pertukaran bahan api nuklear yang ditandatangani antara Turki dan Brazil. Pada sidang Parlimen baru-baru ini mereka mempertimbangkan dan meninjau draft hubungan antara Teheran dan Badan Tenaga Atom Antarabangsa sebagai respons terhadap hukuman baru yang dikuatkuasakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu terhadap Iran.
Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Keselamatan dan Luar Negeri, Alaeddin Boroujerdi mengatakan draf semakan hubungan antara Iran dan IAEA sedang dipersiapkan namun tidak akan diajukan kepada Parlimen. Dia menambah bahawa projek masih dibawah pertimbangan dan ianya bukanlah satu keputusan yang akan dibuat pada hari ini.
Boroujerdi menegaskan bahawa Iran tidak memiliki rencana untuk memutuskan hubungan dengan China dan Rusia. Dia mengatakan bahawa hubungan antara Iran dan dua negara ini adalah baik.
Presiden parlimen Ali Larijani mengatakan resolusi sekatan baru telah mendedahkan penipuan AS dan rakyat Iran akan berdiri teguh dalam menghadapi plot A.S.
Larijani selama pertemuan di Parlimen mengatakan, dua surat yang dihantar oleh Presiden Barack Obama ke Brazil dan Turki adalah mengenai program nuklearnya. Dia menambah bahawa Amerika Syarikat menggunakan Majlis Keselamatan terhadap program damai nuklear Iran.
0 ulasan:
Post a Comment