Kita munkin pernah dengar tentang tembok yang dibina di berlin yang memisahkan Jerman timur dan barat yang akhirnya telah di robohkan dan kini yang tinggal hanyalah serpihan daripada catatan sejarah.
Robohnya tembok berlin disebabkan bersatunya masyarakat timur dan barat. Mereka yang dahulunya bertelingkahan, kini telah lama meninggalkan sengketa di antara mereka. Tapi tembok di berlin tidaklah sehebat seperti tembok di Palestin yang dibina oleh pemerintahan Mesir dan ianya tidaklah sehebat tembok besar China yang dibina oleh dinasti china ketika dahulu. Tembok di sempadan Mesir dan Palestin ini lebih gah sehingga ianya disebut-sebut sebagai tembok kematian..
Kejam!! Kejam!! Kejam!! pemerintahan Mesir!!
Engkau penindas kepada hak kemanusian.. Lalu bagaimana engkau ingin bersuara mengenai hak kemanusiaan??
Engkau tutup segala laluan bantuan rakyat Palestin. Lalu bagaimana engkau katakan bahawa engkau ingin menyalurkan bantuan kepada Palestin?? bukankah ia satu percanggahan??
Aku juga mungkin zalim pada diri sendiri, kerana ketika mereka (rakyat palestin) meminta bantuan atas nama saudara, aku tidak mampu menghulurkan bantuan kepada mereka.
Tapi aku tidaklah sezalim kamu yang membina tembok kematian atas nama persaudaraan.
Namun aku yakin, doa manusia yang dizalimi mampu menembusi segenap dimensi tembok yang kau bina dan tidak mustahil kau tenggelam diarus demokrasi.
Zionis, kau sememangnya kejam sejak dari azali lagi, tapi kau harus ingat!!
kekejaman yang engkau lakukan itu sebenarnya adalah atas dasar ketakutan..
kau takut akan Islam, kau takut Islam akan mendominasi dunia.
kemudian kau cuba memisahkan di antara kami apabila kau tahu kelemahan kami.
Tetapi kau harus ingat!! Jika sejarah membuktikan tembok berlin mampu hancur dan runtuh atas dasar perpaduan, maka ianya tidak mustahil bagi kami.
Im starting with the man in the mirror !
11 years ago
0 ulasan:
Post a Comment