Friday, November 5, 2010

Nikah Dengan Mahar Ayat-Ayat Suci Al-Quran.


Assalamualaikum wbt.
Saya ada terbaca 1 hadith yang di riwayatkan oleh imam Bukhari dalam kitab shahihnya, hadith itu begini,

Dari Shal bin Sa'd r.a., katanya : "Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya : "Ya Rasulullah! Aku menyerahkan diriku kepada anda." Maka berkata seorang lelaki : "kahwinkan aku dengannya."
sabda baginda, "Kami kahwinkan engkau akan dia dengan maharnya Quran yang telah kau pelajari."
hadith shahih bukhari.

Selepas saya membaca hadis itu tadi, saya membuat rujukan pula pada buku ringkasan kehidupan Rasulullah saw., dan kisah-kisah tauladan.
Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Pada zaman Rasulullah saw. masih hidup, ramai wanita yang ingin menjadi Ummul Mukminin (Ibu kaum muslimin). Ada juga di antaranya yang menyatakan keinginannya secara terus terang kepada baginda. Itu semua semata-mata kerana niat sucinya ingin dibangkitkan dalam kumpulan isteri-isteri baginda pada hari kiamat kelak.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw. dengan harapan agar baginda sudi menikahinya.

Kata perempuan itu : "Ya Rasul Allah! Aku telah sediakan diriku kepada engkau."
Rasulullah diam sahaja dengan tidak memberikan sebarang jawapan. Sementara perempuan itu menunggu dengan sabar dan penuh harapan semoga baginda menerima tawarannya.

Secara kebetulan seorang lelaki berada disitu tampil kehadapan baginda untuk menyatakan hasratnya.

"Ya Rasulullah." Kata lelaki itu. "Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu!"

Rasulullah bertanya : "Adakah padamu sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin?"

Lelaki itu tidak mempunyai apa-apa selain sebuah izar (kain selendang) yang dipakainya sahaja.
Lalu lelaki itu menjawab : "Aku tidak mempunyai apa-apa selain kain izar ini."

Rasulullah saw bersabda : "kalau izar itu engkau serahkan kepadanya, tentu kalau engkau duduk tidak berizar. Kalau begitu cuba cari sesuatu yang lain."

Lelaki itu segera menjawab : Tidak ada sesuatu apapun padaku."

Nabi masih menyuruh lelaki itu berusaha mencari sesuatu yang lain walau apapun bentuknya.

Kata baginda : "Cubalah cari walaupun sebentuk cincin dari besi."

Mendengar permintaan yang sangat senang itu, lelaki itupun segera beredar dari situ dan mencari-cari sesuatu untuk dijadikan mas kahwin. Walaupun Rasulullah hanya menyuruh mendapatkan cincin besi atau barang yang seharga dengannya, dia tidak berjaya mendapatkannya juga. Maka kembalilah lelaki itu kepada baginda dan mengatakan bahawa dia tetap tidak mendapat apa-apa.

Maka bersabdalah Nabi :"Adakah engkau menghafaz sesuatu ayat Al-Quran?"

Lelaki itu menjawab : "Kalau ayat-ayat Al-Quran memang ada pada saya. Saya hafaz surah itu dan ini."

Lalu lelaki itu membacakan beberapa surah dari Al-Quran yang dia hafaz.

Akhirnya Rasulullah saw. bersabda : "Aku kahwinkan engkau dengan dia, dengan mas kahwin surah-surah yang ada padamu."







2 ulasan:

Zikri Husaini on November 5, 2010 at 11:23 PM said...

subhanallah... sungguh hebat orang ini.... memang patut pun boleh guna ayat2 al-quran.... ia lebih bernilai dari duit/wang ringgit..

aima on November 6, 2010 at 1:06 AM said...

harga mas kawin.....

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers