Monday, August 27, 2012

Akan ku pujuk hati ku selalu.

Memujuk Hati..
Berlapang Dada,
Kehidupan Dihayati,
Akhirat Sejahtera.


Hampir selalunya memujuk hati.
Tinggal hanya selangkah sahaja lagi yang tinggal,
 ianya terlalu hampir dan mudah untuk dicapai,
alangkah kecewanya jika membiarkan ia berlalu pergi.
Entah kemanakah angin akan membawa pergi,
namun pasti dan pasti akan sampai juga ketangan nurani.
Perumpamaan demi perumpamaan heboh di perkatakan dengan hujahan yang tersendiri berdasarkan kefahaman sendiri,
namun siapakah yang mampu menerpa selari dengan kehendak Ilahi.
Mengapa tidak kita biarkan sahaja hati sendiri berbicara,
kita sangat mudah mempercayai hawa nafsu dari mempercayaai kepada Janji.
Ianya janji yang besar.
Jika begitu katakan sahaja ikatan ini terlerai dek tidak tertahan.
Bukanlah kata-kata ini yang terbaik untuk aku dan kamu,
Tetapi aku selalu membayangkan alangkah indahnya jika kita memahami satu hakikat.
Ianya tidaklah terlalu tinggi untuk dicapai,
Sekadar memetik di dahan yang rendang seperti susunan yang cantik Maha Pencipta.
Ianya sebuah susunan dan tidaklah kamu tahu?
Seperti barisan pintu-pintu untuk kita membuat pilihan mengikut kehendak ketetapan.
Namun sejauh manakah kita mampu untuk pergi,
Sekadar aku katakan sahaja di akhirnya sebuah aturan ketetapan.
Berlapanglah dada selalu,
pujuklah hati mu selalu.

Thursday, August 16, 2012

Wahai Rasa.


Wahai Rasa, 
Janganlah tenggelamkan aku,
Diri ini hanya biasa yang rapuh,
Tidak sama seperti ungkapan,
Walaupun kebanyakannya menikam hati,
Jelas kali ini ruangnya terbuka.

Wahai Rasa,
Tahukah kamu aku sedang menunggu,
Janganlah dikenang derita dahulu,
Pandanglah dia dengan hatimu,
Bicaralah jujur seikhlas hatimu.

Wahai Rasa,
Aku sekan tahu bicara mu,
Adakah sekadar ini kefahaman mu,
Walaupun Seindah permata di persisiran,
Adakah sama sebuah kemahuan dan ketentuan.

Wahai Rasa,
Diamnya itu sekadar sahaja,
Kejutkan jiwa bukakan mata.
Janganlah kau banyak menyangka,
Hatinya yang rapuh sentiasa dijaga.

Wahai Rasa,
ikatlah ia dengan ikatan,
Kembalikan diri kepada ketentuan.

Wassalam...

















Monday, August 6, 2012

Ketika Ini Adanya Derita.


Ketika ini adanya derita,
Bumi telah berhujankan darah saudara,
Tirai ini telah lama terbuka,
Angin pepasir darahnya Sahara.

Ketika ini adanya derita,
Dahulunya daratan menjadi lautan,
Keadilan hilang menjadi kezaliman,
Hilangnya ehsan tiada keprimanusiaan,

Ketika ini adanya derita,
Hilangnya mesra sebuah suasana,
Rebahnya Sahara di bumi syria,
lambaian kejayaan para shuhada,

Aku ingin beritahu mereka,
Bahawa aku telah  lama kecewa,
Pancaran suria tiada lagi ketawa
Hanya derita mencengkam jiwa.

Wahai mentari yang menancar terik,
Wajah ini berubah sesudah bangkitnya rasa,
Benarlah kehidupan kebanyakannya penipuan.
Kerana dunia bukanlah medan keadilan.

Doaku Untukmu Sejahtera.








Sunday, August 5, 2012

Keagungan Suhuf Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t..

Ini adalah bulan Ramadhan,
Penghulu segala bulan.
Yang tersimpan kazanah-kazahan Ilahi,
Sinaran kemuncak kebahagiaan.
Ramadhan,
ianya adalah penghubung,
kesinambungannya tinggi dengan Kalamullah.
Yang segala kitab terbit dari dalamnya.
Agungnya suhuf-suhuf Ilahi,
Yang telah menurunkan panduan supaya ianya (kalamullah) menjadi ketetapan.

Note : Al-Quran ul-Karim diturunkan dari Luh Mahfuz kelangit dunia pada bulan ini dan kemudian diturunkan sedikit demi sedikit ke dunia bersesuaian dengan peristiwa dalam tempoh dua puluh tiga tahun.
Selain itu, suhuf-suhuf telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s. sama ada pada satu atau tiga haribulan Ramadhan. 
Nabi Daud a.s. telah menerima Zabur pada lapan belas haribulan Ramadhan.
Nabi Musa a.s. telah dikurniakan Taurat pada enam Ramadhan dan 
Nabi Isa a.s. menerima Injil pada dua belas ataupun tiga belas Ramadhan.



Ianya kurniaan Ilahi.
Terangkan diri ini dengan sinaran RabaniMu yang tidak kunjung malap,
Semoga ianya menjadi pelindung dan bukan sebaliknya.
Ya Allah, semoga diri ini mampu menyentuh dan menghayati sebuah kazanah yang Agung.

Wasalam.....






Saturday, August 4, 2012

Bukan kiasan ini untuk kamu..

Assalamualaikum w..b.t..

Wahai teman yang mulia,
Dalamilah sebuah hakikat dakwah kerna ia merupakan tarbiah.
Percakapan walau sekadar sepatah tapi perhitungannya murni.
Aku selami diriku dan aku perkatakannya untuk diriku kerna ia adalah tarbiah.
Bukan lontaran ini untuk kamu..
Bukan kiasan ini untuk kamu..
Memadailah dakwah ini untuk aku kerna aku ingin ditarbiah.
Mulianya kamu di sisi Ilahi,
Aku rebah berhujankan suasana..
Hakikatnya tinggi hanya pilihan Ilahi.

la ilaha illallah.
Satu kalimah yang tinggi dan membentuk nilai diri,
Bersyukurlah dan gengamlah ikatan ini.
Aku membayangkan detik nyata di alam sana.
Bukanlah sudah berjanji setia?
Dalam masa yang singkat, tiada pernah di berikan pilihan,
Namun kasih sayang-Nya terlalu Suci.
Dialah Yang Maha Suci..


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). "
( 3:110 )




Kerna dunia ini adalah tempat mengotakan janji kepada Ilahi.

Wasalam.


Friday, August 3, 2012

Warna Kehidupan.

Assalamualaikum w.b.t.

Kembalinya sebuah penulisan ini seakan sesuatu yang baru bagi zikri, yelah mana taknya, sekian lama meninggalkan sesuatu yang selalu membisik di hati namun jari jemari ini sentiasa menjadi pena taipan kata-kata yang sudah menjadi bingkisan rindu mahupun kebiasaan. Harapan zikri agar Allah s.w.t. memberikan zikri kelapangan agar tingalan nota ini menjadi coretan kehidupan yang tidak usang.

Sekadar untuk sebuah permulaan yang baru,

Wahai temanku yang mulia,
Kehidupan yang adanya tanda-tanda sebuah cinta,
Saat bergelumang manusia dicerca,
Apakah cukup sekadar bersahaja?

Dan kemudian kita bertanya,
Apakah suratan maksud kehidupan?
Sedangkan duduk sekadar berdiam,
Apakah kefahaman itu akan datang?

Dan janganlah kau berputus asa.

Jiwa ini akan selalu penuh dengan coretan,
Pahit Manis sendiri yang padankan,
Biasanya penat tapi jangan keluhkan,
Semoga hakikatnya selalu berpadanan.

Biarlah berpadanan dengan apa yang kamu warnakan.

Semoga warna ini untuk kamu agar suatu hari nanti kamu mampu untuk memilikinya.


Tapi jika akhirnya warna itu bukan milik kamu , pasti ia akan menjadi sebuah hiasan dalam sebuah kehidupan.

Wasalam.







Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers