Monday, November 15, 2010

Keyakinan kepada ketetapan yang Esa.

Assalamualaikum wbt.

Terdetik nak menaip entry ini hanyalah sekadar untuk perkongsian.
Sesuai dengan hadis ini yang biasa kita dengar : Dari Rasulullah saw., "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat. (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)

Kalau cakap omputeh pulak "sharing is caring".. haa hang ingat aku makan sambal belacan tak ley cakap omputeh ke?? hekhekhek.. fuuhh gurau jek.. :-)

Terjemahan hadith Soheh Muslim
Hadis ke 1814.
Tetaplah bersama jemaah.

Dari Huzaifah Ibnu Al-Yamani r.a. katanya: "Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku."

Lalu aku bertanya, "Ya Rasulullah! kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?"

Jawab Rasulullah "Tentu!"

Tanyaku, "Sesudah itu mungkin pulakah datangnya kebaikan?"

Jawab Rasulullah, "Ya, tapi sudah cacat!"

Jawab Nabi saw., "suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (undang-undang) diluar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya."

Tanyaku, "Sesudah kebaikan itu timbul lagikah kejahatan?"

Jawab Baginda, "Ada. Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka , lalu siapa yang memenuhi panggilannyadilemparkannya ke dalam neraka itu."

Tanyaku, "Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kami ciri-ciri mereka."

Jawab Nabi saw., "baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami."

Tanyaku, "bagaimana petunjuk Anda seandainya kami menemui hal yang sedemikian?"

Jawab Nabi, "tetaplah kamu bersama jemaah kaum Muslimin dan Imam (pemimpin) mereka!"
Tanyaku, "Jika tiada jemaah dan Imam?"

Jawab Baginda, "Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu"



بسم الله الرحمن الرحيم


Maka demi Tuhanmu tidak mereka beriman sehingga mereka menjadikan engkau (Muhammad) sebagai hakim terhadap apa yang berselisih diantara mereka kemudian tidak mereka mendapati di dalam diri-diri/hati-hati mereka keberatan/keraguan terhadap apa yang engkau putuskan dan mereka menerima (keputusan itu) dengan penerimaan yang sepenuhnya.


Sama-sama kita berpegang teguh pada Islam dengan mengamalkan keseluruhan aturan Allah, dan bukan mengamalkan sebahagiannya sahaja..
Janganlah kita masuk dikalangan orang yang ragu-ragu..
Jika kita merasai keraguan pada hukum Allah dan aturan Allah, maka check balik kalimah syahadah kita dan check balik diri kita..
Semoga kita semua diberi hidayah oleh Allah swt., untuk memartabatkan islam.


بسم الله الرحمن الرحيم



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Friday, November 5, 2010

Nikah Dengan Mahar Ayat-Ayat Suci Al-Quran.


Assalamualaikum wbt.
Saya ada terbaca 1 hadith yang di riwayatkan oleh imam Bukhari dalam kitab shahihnya, hadith itu begini,

Dari Shal bin Sa'd r.a., katanya : "Seorang wanita datang kepada Rasulullah saw., lalu katanya : "Ya Rasulullah! Aku menyerahkan diriku kepada anda." Maka berkata seorang lelaki : "kahwinkan aku dengannya."
sabda baginda, "Kami kahwinkan engkau akan dia dengan maharnya Quran yang telah kau pelajari."
hadith shahih bukhari.

Selepas saya membaca hadis itu tadi, saya membuat rujukan pula pada buku ringkasan kehidupan Rasulullah saw., dan kisah-kisah tauladan.
Semoga perkongsian ini menambahkan ilmu pengetahuan kita.

Pada zaman Rasulullah saw. masih hidup, ramai wanita yang ingin menjadi Ummul Mukminin (Ibu kaum muslimin). Ada juga di antaranya yang menyatakan keinginannya secara terus terang kepada baginda. Itu semua semata-mata kerana niat sucinya ingin dibangkitkan dalam kumpulan isteri-isteri baginda pada hari kiamat kelak.

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw. dengan harapan agar baginda sudi menikahinya.

Kata perempuan itu : "Ya Rasul Allah! Aku telah sediakan diriku kepada engkau."
Rasulullah diam sahaja dengan tidak memberikan sebarang jawapan. Sementara perempuan itu menunggu dengan sabar dan penuh harapan semoga baginda menerima tawarannya.

Secara kebetulan seorang lelaki berada disitu tampil kehadapan baginda untuk menyatakan hasratnya.

"Ya Rasulullah." Kata lelaki itu. "Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu!"

Rasulullah bertanya : "Adakah padamu sesuatu yang dapat dijadikan mas kahwin?"

Lelaki itu tidak mempunyai apa-apa selain sebuah izar (kain selendang) yang dipakainya sahaja.
Lalu lelaki itu menjawab : "Aku tidak mempunyai apa-apa selain kain izar ini."

Rasulullah saw bersabda : "kalau izar itu engkau serahkan kepadanya, tentu kalau engkau duduk tidak berizar. Kalau begitu cuba cari sesuatu yang lain."

Lelaki itu segera menjawab : Tidak ada sesuatu apapun padaku."

Nabi masih menyuruh lelaki itu berusaha mencari sesuatu yang lain walau apapun bentuknya.

Kata baginda : "Cubalah cari walaupun sebentuk cincin dari besi."

Mendengar permintaan yang sangat senang itu, lelaki itupun segera beredar dari situ dan mencari-cari sesuatu untuk dijadikan mas kahwin. Walaupun Rasulullah hanya menyuruh mendapatkan cincin besi atau barang yang seharga dengannya, dia tidak berjaya mendapatkannya juga. Maka kembalilah lelaki itu kepada baginda dan mengatakan bahawa dia tetap tidak mendapat apa-apa.

Maka bersabdalah Nabi :"Adakah engkau menghafaz sesuatu ayat Al-Quran?"

Lelaki itu menjawab : "Kalau ayat-ayat Al-Quran memang ada pada saya. Saya hafaz surah itu dan ini."

Lalu lelaki itu membacakan beberapa surah dari Al-Quran yang dia hafaz.

Akhirnya Rasulullah saw. bersabda : "Aku kahwinkan engkau dengan dia, dengan mas kahwin surah-surah yang ada padamu."







Thursday, November 4, 2010

Taubat Sekumpulan Perompak!!

Assalamualaikum wbt.

Di ceritakan pada suatu hari sekumpulan perompak sedang mara ke sebuah gurun pasir untuk menjalankan kegiatan harian mereka untuk memeras ugut setiap orang yang lalu lalang dihadapan itu dan mengambil barang-barangnya. Kerana seronoknya merompak dan mencuri, mereka sehinggakan tidak balik ke markasnya sehingga malam. Merekapun mencari tempat untuk bermalam dan berjumpa dengan sebuah rumah yang dihuni oleh sepasang suami isteri dan anaknya. Mereka pun mengetuk pintu rumah itu.

"Tuk tuk tuk!!" 

Penghuni rumah keluar melihat gerangan siapakah yang mengetuk pintu dan ternyata sekumpulan orang yang bersenjata lengkap berdiri dihadapan pintu.

"Siapakah kalian ini?" Tanya tuan rumah.

Ketua perompak menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukan tentera yang sedang berperang. Oleh kerana waktu telah malam, perang dihentikan dan mereka terpaksa mencari tempat untuk bermalam.

"Bolehkah kami ini bermalam di rumah tuan?" Kata ketua perompak.

"Boleh." Kata tuan rumah.

Lalu mereka dijemput masuk. Tuan rumah sangat gembira menerima tetamu para pejuang itu. Dia melayan mereka dengan sebaik-baiknya kerana ingin mendekatkan diri dengan Allah dan mendapatkan berkat para pejuang yang berperang di jalan Allah.

Tuan rumah itu mempunyai seorang anak yang lumpuh. Walaupun usianya telah bertahun-tahun, namun anaknya itu masih tidak dapat berdiri. Anaknya hanya mampu berjalan dengan hanya mengheret atau sambil duduk sahaja. Teringatlah tuan rumah bahawa orang yang berperang dijalan Allah doanya makbul dan sisa-sisa barang yang dipergunakannya mempunyai khasiat tinggi dengan izin Allah. Maka dengan keyakinan dan iktikad yang baik dan tulus ikhlas kerana Allah, tuan rumah mengambil sedikit sisa-sisa air yang dipergunakan oleh tetamunya itu.

Dia berkata kepada isterinya : "Sila lapkan air ini pada anggota tubuh anak kita! Mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan berkat para pejuang itu."
Si isteri mengikut apa yang diperintahkan oleh suaminya, dia pun mengelap badan dan kaki dengan air sisa itu sambil berdoa kepada Allah semoga anaknya dapat berjalan dengan berkat para pahlawan yang sedang berperang yang kini berada dirumahnya.

Pada pagi hari para tetamunya meminta izin untuk meneruskan 'perjuangannya'. Merekapun pergi ke suatu tempat yang ditentukan. Disanalah mereka beraksi merompak dan merampas setiap barang yang berharga yang dijumpainya, maka banyaklah harta yang diperolehinya. Apabila hari telah petang dan sekejap lagi malampun tiba, para peromapak itu balik ke semula kerumah tuan yang ditumpangi. Sebaik sahaja sampai dihadapan rumah itu, mereka ternampak anak tuan rumah yang lumpuh itu tiba-tiba tegak berdiri dan berjalan seperti tidak pernah sakit. Mereka sangat hairan kerana pagi tadi anak itu masih berjalan dengan mengheret tubuhnya dan sebelah petang keadaan berubah serta merta.

"Tuan, apakah ini anak yang lumpuh itu?" Tanya salah seorang perompak.

Tuan rumah menjawab : "Ya benar."


"Bukankah pagi tadi kami nampak dia berjalan mengheret tubuhnya? Tanyanya lagi.

Tuan rumah menjawab : "Ya benar."

Kemudian tuan rumah menerangkan : "kami mengambil sisa-sisa air yang dipakai oeh tuan sekalian, kemudian kami lapkan kepdanya dengan harapan semoga Allah menyembuhkannya dengan berkat tuan-tuan sekalian sebagai tentera yang berjuang dijalan Allah. Dan ternyata mujarab."


Mendengar keterangan itu, tiba-tiba para perompak itu menangis dan mencampakkan barang-barang yang ada di tangan mereka. Kemudian dengan terus terang mereka berkata : "Ketahuilah wahai tuan yang baik hati, sebenarnya kami bukanlah tentera yang berjuang dijalan Allah sebagaimana yang kami dakwakan itu. Bahkan kami ini adalah sekumpulan pencuri dan perompak yang merampas  barang-barang orang yang lalu lalang. Adapun kesembuhan anakmu itu tak lain hanyalah semata-mata kerana keyakinan dan iktikadmu yang tulus ikhlas kepada Allah."


Tuan rumah bersama isterinya sangat terkejut mendengar pengakuan tetamu yang dihormatinya itu. Walaubagaimanapun kedua-duanya sangat gembira kerana anaknya telah disembuhkan oleh Allah kerana keikhlasan dan keyakinannya dalam memberi ubat kepada anaknya.

Para perompak terus menangis dan sangat terharu terhadap keikhlasan tuan rumah yang melayani mereka. Kini mereka sedar akan kelakuan yang menyimpang selama ini. Kemudian mereka berkata : "Sekarang kami telah sedar dan kami bertaubat kepada Allah."


Sejak peristiwa itu, para perompak bersenjata itu telah mengubah corak kehidupan mereka daripada merompak dan mengugut kepada pejuang di jalan Allah. Mereka bergabung dengan pasukan islam menentang musuh. Senjata yang dulunya digunakannya untuk mengancam mangsa yang tidak berdosa, kini digunakannya untuk menentang orang kafir. Begitulah kehidupan mereka sehingga menemui ajal di medan perjuangan. 


Akhir kata : Allahu Akbar!!




Tuesday, November 2, 2010

seorang Pejuang Dunia!!

Assalamualaikum wbt.

Ramai Dikalangan Kita Adalah Pejuang Kehidupan..
Berjuang Untuk Terus Hidup Untuk Melengkapi KESEMPURNAAN Dalam Kehidupan Sedangkan Hakikatnya ianya sendiri Mengetahui Bahawa Perjuangannya Itu Adalah Sementara..Maka Apakah Erti Perjuangan Yang Sementara Ini?? Sudah Tentu Kau Akan Terkubur Sebelum Kau Sempat Mengecapi KESEMPURNAAN..
Hakikatnya Manusia Tidak pernah Cukup Dengan Apa Yang Telah Di Kurniakan Maka Manusia Tidak Akan Dapat Mengecapi Kesempurnaan Kerana Dasarnya Manusia Itu Tidak Pernah Cukup Kerana Cukup Itu Adalah Satu KESEMPURNAAN Bagi Manusia.




Dari Anas r.a., katanya Rasulullah saw. Bersabda : “Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut). Dan Allah menerima taubat bagi orang yang bertaubat kepada-Nya.


Dari Anas bin Malik r.a., dari Rasulullah saw., sabdanya : “Andai kata anak adam itu memiliki emas satu lembah, nascaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulut (hawa nafsu) nya melainkan tanah (Maut). Dan Allah menerima taubat bagi sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.
Shahih Muslim.


"Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan keindahan hiasannya, nescaya akan Kami penuhi mereka dengan (balasan) amal perbuatan mereka di dunia. Dan di dunia itu mereka tidak direndahkan. Mereka itulah orang-orang yang diakhirat tidak akan mendapat apa-apa selain api neraka."
(Surah Hud : 15)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers