Friday, April 30, 2010

Apa yang lebih penting??

Jangan kita terlalu cinta pada dunia

Assalamualaikum..

Aku pelik la dunia sekarang ini, ape yang penting sekarang duetx3, kerjax3, semua nak kan kesenangkan dunia, aku memang tak nafikan bahawa klu takde kerja takde la duet kan dan klu takde duet mcm mn nak hidup..emmm, tapi masalahnya skrng kerja dan duet menjadi lebih penting daripada solat..fuhh dunia2..

Aku hairan, dalam fikiran aku, macam mane nak berkat kerja dan duet yang kita cari kalau tak solat?? Maybe sebab dia tak masa kot?? sibuk sangat ke??
adeii, tu la masalah kita skrng.. Terlalu mementingkan ape yang sebenarnya lebih penting..
Yaa ni lah penyakit yang disebut2, cintakan dunia..fuhhh.

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nascaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawqa kepada Allah, nascaya Allah akan mencukupkan keparluannya. Sesungguhnya Allah melaksanankan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaq : 2-3)

Dunia memang boleh membawa kesenangan tapi kesenangan yang sampai bila?? Tentu skali kita hidup untuk mementara dan hidup hanya sekali.. Aku bukanya suka menyibok hal orang, tapi dah jadi tanggungjawab aku kan dan tanggungjawab kamu semua untuk mengingatkan.. Memang la kubur lain2 kan tapi kalau dah tanam sebelah aku, xdaya aku nak dengar ka menjerit..hahahaha..Hari ini manusia lebih rela sibuk wat kerja, sibuk mengata orang, sibuk study, sibuk menyanyi, sibuk konsert sana sini, sibuk habiskan masa dengan melepak dan macam2 lagi..fuhh

"jika seseorang itu sibuk mengejar dunia, maka sibuklah kita mengejar akhirat." "jika seseorang itu sibuk mempersiapkan istana, maka sibuklah kita mempersiapkan kubur kita." "jika seseorang itu sibuk menghiaskan diri dengan kecantikan, maka sibuklah kita hiaskan hati kita dengan keimanan." "jika seseorang itu sibuk berbual mengenai dunia, maka sibuklah kita berbual mengenai akhirat."

Kadang2 kalau kita perhatikan, orang lebih rela menerima dunia berbanding dengan akhirat.
Tapi kita tak takut kalau Allah tak rela menerima kita..
Kita tak takut kalau Allah tak redho pada kita..
Mengapa??
Mari kita renungkan bersama..
Aku menulis bukan kerna nama tapi aku menulis kerna kita.. kerna kita sama..kita hamba Allah..
"jika kita itu mampu berhidmat kepada makhluk, maka sudah tentu kita mampu berhidmat kepada Allah."

Thursday, April 29, 2010

Kisah cinta monyet.


Cinta?? haaa kisah aku ni bangsat sket..tapi aku ingin kongsikan pada korang semua.. Aku menulis bukan kerna nama dan bukan kerana benci tapi ianya satu perkongsian pada semua, andai sesiapa yang membacanya terasa hati, maafkan aku.. Aku mengaku, yaa dulu aku sayangkan dia dan juga pernah membenci dia tapi semakin lama aku membenci, semakin jauh aku dari landasan hidup aku..Yang sebetulnya aku kembali kepada Allah.

Kisahnya bermula ketika aku form 4, Dia yang aku kenal asalnya dah berpunya, statusnya ketika itu couple dengan sorang kawan aku..fuhhh. Kawan aku tu nak kata baik dengan aku xdelah sangat dan nak kata xbaik sangat tak jugak.. Tapi aku pun tak tau knape klu ade masalah cinta pape kwn ak ni cite kat aku..adeii, ingat aku ni love guru ke?? adeii.. Time tu aku ingat lagi, phone yang top nokia 3310i jek, hahahahahaha.. so malam2 member aku ni bergayut la dengan dia..

Aku ni klu malam2 mmg ssh nk tido, so ak pn buat xtvt harian aku masa tu iaitu bermain gitar.
Masa pantas berlalu, member aku dengan awek dia tu sudah hampir 4,5 tau 6 bulan mcm tu la kalau xsalah. Hari jumaat hampir melabuhkan tirai, esoknya ada outing..yeyeyeye.. ley kuar dari penjara..Ops!! Kebiasaannya klu hari jumaat malam, bdk2 hostel mmg berpesta..haaa mcm2 diaorg wat, ade yg panjat bumbung intai bdk ppuan, ade yang mengisap tu pn ade, tapi aku dan member aku masih di dalam bilik, dia bergayut mcm biasa, aku lepak atas katil sambil layan lagu..

Bila dia dah habis ckp tepon, dia pn mai lepak kat ak.. Dia cite kat aku yang dia geram tgk awek die..cehh mcm tu pn nk cite, adeii.. Aku adalah pendengar yang baik tau, haa bangga plak, so aku pn dengar jek la..
Terus terang aku xboleh pergi dalam bab2 mcm ni.. bg aku nakal bnda len boleh tp ppuan aku mmg xske.. Tu prinsip aku..

Aku jadi xtentu arah, bukan ape, nak bgtau awek dia kang, dia member ak, xnk bgtau kang, adeii..saat tu aku dalam dilema.. puas aku fikir, adei mcm mn la ni, dan akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak memberi tahu tapi aku cuba menghalang pertemuan member aku dengan dia..emmm

Halang punya halang, fuhhh.. Ya Allah, aku manusia biasa yang tiada daya upaya, aku telah hanyut ke lautan cinta, ampunkan hamba Mu ini ya Allah.. Keputusan yang aku buat, xtau la bijak ke x, nk kata aku ni bijak, ak pernah masuk kelas bijak sekali jek time aku darjah 1, pastu kena tendang g kelas rajin..hahahahaha..

Ikhlas aku ckp, aku bkn xmau bgtau dia, tp aku takut dia malu, so aku memang xbgtau dia dan aku terus mendekatinya.. Nak kata lame, lame jgk la aku nk tggu jawapan dia..hahaha
kira aku ni potong line la..emmm, tp mekasih kpd kawan aku tu sbb dia memahami aku dan dia lepaskan bdk ppuan tu.. emmm..
Nak tau tak nape kwn aku lepaskan dia?? haa sbb kwn aku jumpa awek len kat bandar rompin, dia ejas kejap jek dapat..haaa power jgk dia..hahahaha..

Cinta aku dan sidia mula mekar seperti mekarnya bunga2 yang diciptakan oleh Allah..
Terus terang aku ni klu bercinta mmg gila, fuhhh bayangkanlah, Jika lautan itu dalam untuk aku renangi, aku gunakan pelampung, asal sampai ke destinasi sudah..hahahahaha..
Kerna kamu aku korbankan wang ringgit kedua ibubapa aku, kerna kamu aku pergi ke terengganu untuk bertemu dengan kamu walaupun aku terpaksa tido di surau tanjung kuala terengganu dengan keseorangan.. aku mmg xtipu korng, ak mmg pnh tido kat surau tanjung kuala terengganu semata2 nk jumpa dia..emmm.. sampaikan aku kena pau dengan bdk2 busstand kat sana..

Cinta punya bercinta, sampailah waktu aku dan si dia menyambungkan pelajaran..
waktu itu dia belajar kat terengganu, dan aku kat kuantan..emmm
klu xsalah aku la dia ambil cos nurseing, aku elektrik..emmm

Aku ingat lagi janjimu, kata mu setia dan aku juga begitu, tapi Hidup ini xsemuanya indah.. Aku terpaksa menerima takdir bahawa kamu telah jatuh cinta lagi..fuhhh..
Ni first love aku tau, haaa dan jujur aku ckp, menangis aku time dia mintak putus..adeii malu plak rase, tapi aku tak kisah kerna hidup ini adalah satu cerita tentang kita dan setiap org memainkan watak masing2..

Kalau xckp kecewa mmg aku tipu.. Tapi itu dulu la..emmm, aku mula belajar apa itu kekecewaan.. Hanya Allah shj yg mengetahui isi hati aku waktu tu..
Umur aku semakin meningkat, fuhhh aku stay solo..hahahaha..

Jika cinta itu suci, tidak perlulah berpegangan tangan di antara kita kerna sudah pasti hati kita saling berpegangan.
Jika cinta itu suci, pasti tidak perlu membalis jelingannya , kerna sudah pasti kita akan saling membalas kiriman doa..
Carilah cinta sucimu..

Cinta manakah yang kekal?? cinta pada manusia?? cinta pada harta??
Tentu sekali cinta pada yang Esa..





Wednesday, April 28, 2010

Cahaya di kremlin, Moscow.


Assalamualaikum.

Aku amat tertarik apabila membaca sebuah petikan daripada harun yahya, katanya " enam masjid dimoscow kini tidak cukup untuk 2juta penduduk muslim dan ianya telah menarik perhatian pihak berkuasa moscow.

Dato bandar moscow berkata dia tidak berasa nyaman ketika melihat ribuan orang-orang yang berdoa di ldul fitri di trotoar. Oleh kerana itu lebih 10buah masjid akan dibina di ibukota.

Presiden Rusia Dmitry Medvedev (susah gler nak sebut) yang melawat masjid dengan berkaki ayam sempat berbual dengan Sheikh Ravid Gainutdin iaitu ketua mufti Rusia. Setelah berkunjung, Medvedev meminta moscow dan institusi yang lain memudahkan proses pembinaan masjid di kota moscow.

Masjid yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kremlin, akan menjadi tuan rumah kepada 5,000 orang didalam, 20.000 orang di luar dan keseluruhannya 25,000 orang akan menunaikan solat didalam masjid itu nanti. Masjid itu akan menelan kos 200 juta turut dibantu oleh kerajaan Turkey. Masjid itu nanti akan menjadi landmark yang signifikan di moscow dan ianya dijangka siap pada tahun 2012.

syabas kepada kerajaan Rusia dan Turkey.

Solat.


Assalamualaikum.
Firman Allah swt :
"Bacalah Al-kitab (Al-Quran yang diwahyukan kepadamu dan dirikanlah solat sesungguhnya solat itu mencegah fakhsya' (kekejian) dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Al-Ankabut : 45)

Jika kita perhatikan ayat diatas, "sesungguhnya solat itu mencegah fakhsya (kekejian) dan mungkar," bayangkanlah betapa mulianya solat sehingga dapat kita mencegah daripada perbuatan yang bertentangan dengan islam.

Akan tetapi jika dilihat umat islam pada akhir-akhir ini, solatnya tidak dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Inilah persoalannya, mengapa??
Sudah tentunya solat yang dikerjakannya tidak mencapai kesempurnaan seperti mana yang dituntut oleh Allah swt.

Renungkah bersama dan perbaikilah amalan kita supaya kita tidak tergolong dalam orang yang mengsia-siakan solat. Apabila kita dibangkitkan kelak di padang mahsyar, solat adalah timbangan yang pertama yang dinilai oleh Allah dan jika ianya tidak sempurna, maka sudah tentu ianya sia-sia.

Dengan itu, marilah kita sama-sama menambahkan kualiti dalam solat kita agar kita dapat menjauhi daripada perbuatan keji dan mungkar.

Tuesday, April 27, 2010

Alif.


Assalamualaikum.
Aku masih ingat ketika pertama kali aku menjejakan kaki ke kelas mengajiku, waktu itu aku masih bingung kerna masih tidak puas bermain bersama kawan-kawan. haaahaaahaa, nakal betul aku dulu sampai nak mengaji pun malas, adeii. Hari tu aku belajar mengenali hufuf yang pertama iaitu alif. Aku membacanya dengan menyebut "alif diatas 'a, alif dibawah 'e, alif didepan 'u."
Apa yang aku mahu ceritakan bukanlah pasal aku tak reti mengaji ke atau aku kena rotan ke dengan tok guru aku tapi aku mahu bicara mengenai alif.
Sudah tentu huruf-huruf yang Allah ciptakan mempunyai maksud yang tersendiri dan sudah tentu Allah sahaja yang mengetahui, Allah Maha Mengetahui.

Apa yang aku tahu mengenai alif sudah tentu 'a,'e,'u.

Allah ssudah tentu yang pertama dan tiada yang lain melainkan-Nya. 'a , Allah.
Sudah tentu apabila kita mahu mengenali Allah dengan sempurna, kita juga mesti mempunyai iman yang sempurna. 'e , iman.
Iman adalah pendinding diri kita sesudah iman, tentu sekali agama. 'u, ugama.

Allah Maha Besar,
Sebagai seorang islam seharusnya 'a,'e,'u, menjadi asas yang perlu ada didalam jiwa kita dan diterapkan dalam kehidupan seharian agar kita lebih mengenali dan mencintai Allah.

hadith buat renungan.

Daripada Abdullah bin Amru r.a bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bererti : "Akan berlaku ke atas umatku seperti mana yang telah berlaku ke atas kaum bani israil, umpama sepasang kasut satu dengan yang lain, sampai terjadi di antara mereka orang yang mendatangi (melakukan zina) terhadap ibunya secara terang-terangan, demikian juga akan berlaku pada umatku dan sesungguhnya kaum bani israil telah berpecah kepada 72 puak. Manakala umatku juga akan berpecah kepada 73 puak, semua di dalam neraka, kecuali satu puak sahaja. Maka para sahabat pun bertanya : "Siapakah puak itu wahai Rasulullah? 'Baginda menjawab : "Puak yang mengikutiku dan mengikuti para shabatku" '. (Hadis riwayat Tirmizi)

Para pembaca yang budiman, marilah kita renungkan bersama hadith ini buat ingatan bersama.

Monday, April 26, 2010

world is not fair for them.

In mymind, dunia ini tidak adil kepada mereka.
Aku mahu bicara dengan issue yang berlaku di palestin, ibarat pendatang di bumi sendiri. Tentu sekali tidak adil bagi mereka, bukannya issue baru tapi issue dah lama dan sampai sekarang masih tidak selesai. fuuhh aku tahu dan sesiapa pun tahu (bagi mereka yang berfikir) dunia ini pasti tidak adil kepada mereka tetapi yang pasti di akhiratlah tempat yang adil dan sudah pasti kebahahgiaan menanti mereka.
Dengan hanya berbekalkan iman dan batu-batu dijalanan mereka berjuang demi menuntut keadilan dan jika dibandingkan dengan kita yang hanya perlu hidup untuk terus hidup dengan membekalkan wang dan harta benda untuk kesenagan masa hadapan sudah tentu tidak adil bagi mereka..

Apa yang aku fikir,"Inikah keadilan bagi mereka"?? Fuuuh tentu sekali tidak..

Hukum Kita Atau Dia??

Aku sebenarnaya kecewa kadang-kadang bila ada yang mempersoalkan hukum islam (hukum ALLAH).. Fuhhh nak katakan aku ni baik sangat dalam soal agama, masih banyak yang kurang dari soal ibadat dan itu hanya Allah sahaja yang mengetahui..
Aku yakin yang baik akan dibalas baik dan begitu juga disebaliknya dan aku amat pasti ramai yang berfikir begitu.. Tetapi apabila kita bicara pasal hukum islam, mengapa kita masih ragu-ragu akan perjalanan hukum itu.. Apakah kita yakin??

Firman Allah s.w.t : Dalam surah Al-Maidah ayat 50.
"Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang yang yakin"

Kita sebagai muslim sepatutnya menegakkan hukum-hukum Allah dan bukannya mempersendakannya atau mempersoalkannya.. Aku yakin setiap apa yang Allah buat itu pasti ada kebaikan untuk kita, umat manusia..
Apa yang aku fikir "berani buat, berani la tanggung."

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers