Friday, January 7, 2011

Terserah Untuk Melilih Kerana Kau Sudah Dewasa.

Assalamualaikum wbt..

Dia lah (Allah) yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).
Surah Al-Mulk : 2


Ramai yang telah berkata jika ada yang bertanya : surgakah atau neraka?
Maka sudah pasti jawapannya : hanya orang yang bodoh ingin masuk neraka.


Dengan bersahaja kita mungkin pernah berkata-kata,
namun secara lisannya tidak pernah diterjemahkan melalui amalan kita,
apakah dusta atau hanya bersahaja,
teguhkan hati dan luhurkan kata.



Kini kau sudah dewasa dan mampu berfikir untuk memilih, jesteru aku juga mengerti bahawa pilihanmu adalah keinginanmu, maka pilihlah satu dan istiqamahlah selalu.

Islam atau kufur.
Pahala atau Dosa.
Halal atau Haram.
Taat atau Derhaka.
Waspada atau Lalai.
Kesenangan atau Siksa.

Firman Allah swt :
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah, apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
surah As-saf : 2-3




Sabda Baginda Nabi SAW, sebagaimana dituturkan oleh Abu Hurairah ra., “Seluruh umatku akan masuk surga, kecuali yang enggan.” Para Sahabat hairan, bagaimana mungkin ada orang yang enggan masuk surga?Tentu tidak masuk akal! Karena itu, mereka kemudian bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah yang enggan masuk surga?” Baginda menjawab, “Mereka yang menaatiku pasti bakal masuk surga. Sebaliknya, mereka yang tidak mau mengikutiku, itulah yang enggan masuk surga.” (HR Bukhari dan Ahmad).


Nota : Janganlah bermimpi jika seseorang itu ingin memasuki syurga akan dibentangkan dengan permaidani merah ketika hidup di dunia (kesenangan yang berpanjangan).


.....................Pilihkah satu dan istiqamahlah selalu......................

2 ulasan:

normuhammed on January 12, 2011 at 4:35 PM said...

knapa shoutbox xada submit? tapi lain plawat boleh send -mengejarcahaya

zik on January 27, 2011 at 2:13 AM said...

jalan ke syurga terbantang luas... cuma diri sendiri yang perlu melaksanakan..kadang-kala dugaan untuk ke arah kebaikan susah untuk kita tempuhi.. insyallah.. kalau kita ada niat dan perlaksanaannya

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers