Sunday, May 30, 2010


(Tentera Israel diatas kapal perangnya dipelabuhan Haifa dan dalam keberangkatan menuju ke "misi kemanusiaan.")

Israel telah memulakan usahanya untuk menghalang misi ini dari terus mendekati Gaza. Amaran demi amaran telah diberikan kepada kapal kargo bantuan kemanusiaan ini yang kini berjaya membaik pulih kapalnya dari masalah teknikal.
seorang wartawan yang menaiki kapal turkei berkata, israel mendekati kapal dan meminta pengenalan diri dan bertanyakan tujuan kapal, sebelum memotong sambungan kerana campur tangan Israel. Kapal perang Israel juga melancarkan roket dipelabuhan Haifa yang bertujuan memberi amaran. Jika misi kapal kemanusiaan mengabaikan perintah amaran ini, Israel terpaksa melakukan sekatan keatas mereka.

Kapal-kapal yang terlibat dalam misi ini bergerak secara kolektif, petang kemarin, dan berlayar menuju ke pantai Gaza. Tiga dari armada mengalami kerosakan enjin jelas saat mendekati pantai Cyprus. Juru bicara untuk gerakan Free Gaza "Audrey Pumsey" bahawa pemeriksaan kapal disahkan tidak ada kesalahan teknikal, ini menunjukan kemungkinan adannya tindakan sabotaj. Seorang pegawai Israel berkata cara terbaik berurusan dengan konvoi itu adalah dengan mematikan bot satu persatu.
Selain daripada itu Israel juga berusaha mengacau proses komunikasi antara mereka. Seorang aktivis dalam kempen Amin Abu Rashid berkata, komunikasi pada satelit tidak mampu memberikan respon kerana satelit itu dinyahdayakan. Sementara itu, juru bicara tentera Israel "Hakim Advokat" bahawa angkatan laut Israel telah diperintahkan untuk menggunakan kekerasan untuk mengelakan kapal dari mencapai Gaza. Dia menambah bahawa, kapal ini datang dari tempat-tempat yang kita tidak tahu.

Seorang perwira Angkatan Laut Israel Berkata, Misi kami adalah untuk mengelakan lautan terbuka menyeberang ke Hamas tanpa pengawasan. Jika hal ini terjadi, kapal tersebut akan ditarik kepelabuhan Asdod. Dia menambah tentera laut Israel telah membuat persiapan untuk misi ini sejak jumaat lalu, dimana mereka meletakkan tiga kapal perang, salah satunya model Sa'ar-5, dan dua ladi model Sa'ar-4 yang diatas kapalnya mempunyai ratusan dari komando dari unit 13.

Di peringkat diplomatik, menurut media Israel bahawa kementerian Luar Negeri Memberitahu duta Cyprus, Turki, Greece, Ireland, dimana kapal-kapal mereka dicegah dari memasuki ke jaluran Gaza dan telah melanggar undang-undang antarabangsa.

(dipetik dari berita arab).



0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers