Tuesday, June 29, 2010

Harta Yang Mengutuk Tuannya Didepan Malaikat Maut.

Assalamualaikum semua..
Saya sediakan Kisah Teladan ini untuk kita memikirkan bersama..
Semoga ada kebaikan buat kita semua.

Di dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa ada seorang lelaki yang banyak sekali mengumpulkan hartanya, dia membina sebuah istana yang istananya dilengkapi dengan para pengawal dan pintu istananya dibuat dari besi yang cukup kukuh, (pendek kata memang kayo lee.)

Pada suatu hari, lelaki itu mengumpulkan keluarganya dan menyediakan makanan untuk mereka, kemudian dia duduk diatas tempat tidur sambil dia mengangkat salah satu kakinya keatas kaki yang lain, kemudian dia pun turun makan bersama.

Apabila mereka selesai makan, lelaki itupun berkata : "Wahai saudara-saudaraku berdirilah, nikmatilah makanan untuk beberapa tahun yang telah aku kumpulkan untuk kamu semua."

Selepas selesai lelaki itu berkata-kata, tiba-tiba datanglah Malaikat maut dalam bentuk seorang lelaki yang membawa dua kain buruk dan dilehernya digantungkan dengan karung makanan kuda, keadaannya seperti orang miskin.

Kemudian Malaikat maut itu mengetuk pintu dengan keras sehingga menakutkan  lelaki yang sedang tidur diatas tempat tidurnya, oleh kerana ketakutan kerana ketukan yang kuat, maka berlarilah para pengawal ke pintu tanpa membuka pintu sambil melihat dari lubang pintu.

Maka pengawal berkata : "Siapakah kamu, apa yang kamu mahu?"

Kata Malaikat maut :" Panggil tuanmu ke sini."

Pengawal itu berkata :" Tuan kami tidak akan melayan orang seperti kamu."

Setelah berkata demikian maka pengawal itupun pergi memberitahu tentang orang yang mengetuk pintu itu.

Maka Malaikat maut itu mengetuk pintu dengan kuat lagi sehingga menyebabkan pengawal tidak tahan sabar lalu meluru ke pintu. Apabila Malaikat maut melihat pengawal menghampiri pintu maka dia berkata : "Wahai pengawal, beritahu tuanmu bahawa aku adalah Malaikat maut!!"

Para pengawal berasa takut, lelaki kaya itu bertaka kepada pengawalnya : "Wahai pengawal! Katakan dengan lemah lembut kepada Malaikat maut, tanyakan samada dia hendak mengambil nyawa seseorang"

Kemudia Malaikat maut masuk kedalam istana lalu berkata kepada lelaki itu :"Buatlah apa yang kamu hendak buat dengan hartamu itu, aku tidak akan meninggalkan tempat ini sebelum aku mengeluarkan nyawa kamu."

Lelaki itupun memandang kepada hartanya sambil berkata :" Wahai harta, engkaulah ini telah dikutuk oleh Allah, engkau telah menyibukkan aku dan engkau telah membuat aku lupa beribadat kepada Allah. Engkau telah mencegah aku dari mengingati Allah."

Setelah lelaki itu memarahi hartanya itu, maka dengan kekuasaan Allah s.w.t. mengizinkan hartanya berkata-kata.

Lalu harta itu pun berkata : "Mengapa kamu memaki aku? Kamu dapat bertemu dengan raja-raja adalah dengan sebab aku, orang yang bertakwa semua kamu tolak, kamu mengahwini wanita-wanita yang penuh kenikmatan adalah kerna aku, kamu duduk didalam majlis raja-raja adalah kerana aku, kamu membelanjakan aku kejalan yang jahat tetapi aku tidak memarahi kamu. Kalaulah kamu membelanjakan aku ke jalan kebaikkan nescaya aku akan mendatangkan manafaat bagi kamu, kamu dan anak adam itu dijadikan dari tanah maka berjalanlah dia dengan kebajikan dan berjalanlah dia dengan dosa.."

Banyak sekali manusia tidak sedar bahawa harta yang mereka usahakan siang dan malam tanpa menunaikan kewajipan mereka terhadap Allah, sebenarnya mereka itu menghimpukan dirinya untuk mendapatkan dosa yang paling banyak. Islam tidak melarang seseorang itu mencari harta kekayaan, Islam menyuruh kita mencari harta dengan menunaikan segala tanggungjawab kita terhadap Allah s.w.t.

Cuba kita lihat berapa ramai manusia yang tidak menunaikan solat, mereka fikir dunia ini adalah tempat mengumpulkan harta sahaja. Tetapi mereka tidak ingat bahawa harta yang mereka kumpulkan itu tidak akan berguna apabila Malaikat maut sudah tiba. Apa yang mereka akan dapat hanyalah kepedihan.

Orang yang mengumpulkan harta dengan cara mencabar perintah Allah, adalah mereka itu orang yang menanti-nanti bilakah agaknya akan datang siksaan Allah. Sebenarnya orang yang mengumpulkan harta dengan tidak menunaikan perintah Allah, adalah mereka ini orang yang akan mendapat banyak siksa dan dikala itu barulah mereka tahu kenapa mereka dihidupkan didunia.

Marilah kita sama-sama memikirkannya, janganlah kita menjadi manusia yang sombong dimuka bumi ini.
Kita tidak akan kekal didunia ini, maut tetap akan mencari kita, sebelum maut mencari kita hendaklah kita kembali menyembah Allah s.w.t.
Allah adalah Tuhan kita dan Dialah Raja yang patut disembah.
sekian terima kasih.

4 ulasan:

semut lelabah on June 29, 2010 at 10:55 AM said...

terima kasih sangta kerana entri mengingatkan seperti nie!

SarahZainuddin on June 30, 2010 at 9:53 AM said...

banyak org ingat kaya tu adalah satu rahmat.tapi sebenarnya kaya itu adalah satu ujian yang lebih mencabar dari kemiskinan.sebab ramai xtau kaya tu ujian, lantas alpa dan tak bersyukur serta tidak membelanjakan harta ke jalan Allah.kaya tak salah dalam Islam.nabi sulaiman pon kaya.tapi baginda tak ketepikan akhirat dan tak jadikan kaya dan dunia maksud hidup.lantas baginda berjaya dunia dan akhirat=)semoga bermanfaat!

Affan Ruslan on July 1, 2010 at 1:42 AM said...

Salam ziarah akhi.
Jazakallah untuk kisah ini.
Moga kita sentiasa berada dalam lindungan, petunjuk dan Rahmat-Nya.
Amin.

eita on July 1, 2010 at 4:46 AM said...

assalamualaikum...
sekurang-kurangnya bersyukur lah dengan apa yang kita ada...
jangan lupa ambik award kat blog saya...

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers