Tuesday, June 1, 2010

Israel berdalih..

Assalamualaikum..

Kini sibuk diserata dunia mempersoalkan tindakan kejam Israel terhadap keganasan yang dicetuskan dan tidak terkecuali kepada Negara-Negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik juga mengecam tindakan Israel dan Israel kini dilabelkan sebagai "Nazi alaf baru".

Israel kini sedang sibuk mencari alasan demi mempertahankan negaranya dengan mengecam tindakan serangan terhadap tenteranya yang dipukul oleh alatan yang digunakan untuk membalut bungkusan penghantaran bantuan ke Gaza..
Israel juga menegaskan bahawa dia akan menyiasat kejadian ini yang kononnya membuatkan tenteranya bertindak sedemikian..

Lihatlah dunia!! Bila kita sentuh siket je dia, maka dia akan cari kita sampai kelubang cacing.. Inilah Israel, menganggap dirinya Mulia disisi agamanya dan menganggap nyawa sebangsa dengannya sebagai satu nilai yang amat berharga berbanding dengan bangsa-bangsa lain.
Tapi kes ini Israel mahu menyiasat sendiri?? wajar ke?? ataupun menyerahkan kepada Majlis Keselamatan Dunia??

Dimana suara Amerika?? Dimana Obama?? Amerika seakan membisu seperti memikirkan strateginya selepas ini.. Keadaan ini amat memalukan kerana selama ini Amerika kononnya dianggap "Polis Dunia" yang mengecam segala tindakan keganasan diserata dunia.

Persidangan demi persidangn rancak bermula ketika ini bagi membincangkan kekejaman Israel tapi rata-rata wakil diserata dunia seakan lembut berbicara dengan Israel dan hal ini tidak yang seperti Turki harapkan..

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers