Wednesday, June 2, 2010

Turkei ada pilihan untuk memilih..

Protes demi Protes kini berlanjutan di semua bahagian diserata Turki dan ianya telah menjadi satu daripada perkembangan baru yang hangat diperkatakan kini.
Tapi adakah ia berlanjutan??

Turkei adalah satu kuasa besar di timur tengah yang selama ini telah membantu diplomasi AS di timur tengah dan sekaligus ianya memberikan tekanan kepada Washington untuk menghadapi tugas yang rumit ini.

Turki yang sebelum ini diseliputi dengan kemarahan setelah mempersiapkan koordinasi ketenteraannya kini telah bingung apabila ianya bertukar tenang dan menghadapi pilihan. Tetapi turki tetap menegaskan bahawa "Masa depan hubungan dengan Israel akan bergantung pada sikap Israel," kata Menteri Luar Negeri Ahmet Davutoglu.

Turki juga menuntut Israel mencabut kepungan atas Gaza dan Davutoglu menyeru PBB untuk menyiasat insiden pembunuhan tersebut, dan tajam tentang prospek penyelidikan Israel.
Perdana Menteri turki, Tayyip Erdogan telah menjadi salah satu tokoh paling popular di dunia Islam kini apabila membela kepentingan Palestin.

Di Turki keadaan agak membingungkan apabila semua menteri-menterinya kini sedang meneliti dan mengkaji diantara semua jabatan-jabatan yang berkaitan rapat dengan Israel samaada ingin berurusan dengan israel atau tidak sama sekali selepas daripada ini. Menteri Tenaga Turki Ankara Taner Yildiz meneliti hubungan tenaga dengan Israel, menambah bahawa Erdogan akan membuat keputusan akhir.

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers