Tuesday, July 27, 2010

Ingatanku, kenanganku..

Assalamualaikum semua..

"Ingatku, kenanganku" sesuai  dengan maksud nama zikri sendri dan pasti ianya satu kehidupan dunia blog yang zikri tanamkan di halaman ini untuk semua yang membacanya.
Dengan itu juga zikri telah mula memperbaharui title blog yang sebelum ini di namakan "mymin:D" dan digantikan dengan "ingatanku, kenanganku."
Harap semua akan menyukainya..

Ingatan serta peringatanku.

Dunia..

Aku berpijak di bumi yang nyata..
Semuanya kelihatan indah biarpun dusta..
Hakikat sebenarnya mainan dunia..

Kita hidup terus membuka penglihatan pertama kita sewaktu di lahirkan mengenai pandangan kehidupan dunia tanpa kita pernah memejamkan mata dengan kematian.. Disitu apa yang terpancar di mata penglihatan kita hanyalah dunia semata-mata, kita belajar cara untuk hidup dan terus hidup dan bukan hidup untuk menghadapi kematian. 
Malangnya kita terlalu banyak belajar mengenai ilmu keduniaan untuk membawa kepada kehidupan sehinggakan kita ketepikan Ilmu Ikhlas dalam kehidupan, sedangkan Ikhlas itu jalan menuju ke syurga..


Ikhlaskan hati mu..


Kematian..
 
Tanpa diketahui akan undangannya..
Sahutan serta seruan Ilahi..
Maka terhentilah irama kehidupan dunia..

Jika indah alunannya maka selamatlah dan jika sumbang langkahnya maka hadapilah..


Firman Allah:

حَتَّى إِذَا جَاءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ ، لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ.

Maksudnya:
Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -"Supaya Aku mengerjakan amal-amal yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
(Al-Mukminun: 99-100)


"Jika seseorang itu sibuk memperingatkan kepada kehidupan maka sibuklah kita memperingatkan kepada kematian."

1 ulasan:

Zikri Husaini on July 27, 2010 at 4:21 PM said...

peringatan yang sangat bagus...

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers