Tuesday, August 17, 2010

Kisah Muwiah Memilih Calon Suami.

Walaupun pada zaman jahiliah ada wanita yang dikuburkan hidup-hidup sebaik sahaja mereka lahir ke dunia namun bukan bererti wanita yang sempat hidup terkurung dan berfikiran cetek. Bahkan sebaiknya, di zaman itu kaum wanita telah mencapai tahap yang tinggi dalam hal-hal potilik dan sosial. Maka terdapatlah diantara mereka yang dapat mengendalikan pemerintahan dan menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Demikian juga dalam hal perkahwinan, mereka diberi kebebasan penuh untuk menentukan lelaki yang hendak dijadikan calon suaminya. Biasanya wanita yang cerdas dan mempunyai rupa paras yang cantik akan didatangi oleh ramai lelaki untuk meminang. Maka wanita yang menjadi rebutan itu mengadakan uji bakat terhadap lelaki-lelaki yang datang kepadanya.

Mawiah Binti Azhar adalah calon wanita pilihan yang mempunyai banyak keistimewaan pada zaman tersebut. Kecantikan, kecerdasan dan kemuliaan menjadikan dia diminati oleh ramai lelaki ternama. Hingga pada suatu masa terdapat tiga lelaki yang datang untuk memikat hatinya. Mereka itu ialah An-Nabighah, Hatim At-Ta’i dan seorang lagi dari suku kaum Nabit. Ketiga-tiganya merupakan orang yang kaya, terkenal dan jaguh bersyair.

Sebagai wanita yang cerdas, Mawiah tidak jatuh cinta hanya dengan melalui senyuman dan lirikan mata dalam sekilas pandang.
Berkatalah Mawiah : “Sila Tuan-tuan balik ke rumah masing-masing dan gubahlah sebuah syair yang berkenaan dengan kedudukan tuan-tuan. Aku hanya akan berkahwin dengan lelaki yang termulia dan pandai bersyair diantara tuan-tuan.”
Jadi ketiga-tiga lelaki itupun balik ke rumah masing-masing dan mereka terus mengubah syair yang mengambarkan keadaan diri masing-masing seindah-indahnya. Disamping itu mereka menyembelih unta untuk mengadakan pesta.

Pada saat mereka sedang sibuk membuat persediaan, Mawiahkeluar menyamar dengan berbaju buruk menyerupai seorang peminta sedekah. Tidak ada sesiapapun yang mengenali wajahnya yang dibuat hodoh itu.

Mula-mula Mawiah pergi pada lelaki dari suku kaum Nabit. Disana dia meminta sedikit makanan dari unta yang disembelih untuk dijadikan pengalas perut. Dengan tidak berfikir panjang, lelaki itu terus mengambil beberapa ketul tulang dan diberikan kepada Mawiah. Mawiah menerima tulang itu sambil mengucapkan terima kasih.
Kemudian Muwiah pergi pula ke rumah lelaki yang bernama Nabighah dan meminta sedikit makanan daripadanya. Melihat ada pengemis datang meminta-minta, Nabighah terus memotong buntut unta yang sudah disembelihnya dan diberikan kepada peminta sedekah.

“Terima kasih tuan.” Kata mawiah setelah menerima pemberian Nabighah, kemudian dia pergi tanpa berkata apa-apa lagi.
Selepas itu Muwiah pergi ke rumah Hatim At-Ta’i untuk melakukan pekara yang serupa seperti yang dilakukan terhadap dua lelaki yang sebelumnya. Sampai disana, Muwiah menadahkan tangannya sebagai tanda meminta sedekah sambil berkata : “Berilah aku sedikit makanan!”

Hatim menoleh kepadanya dan berkata : “dari mana engkau ini?”
“Saya seorang jariah yang tidak punya makanan, bagilah saya sedikit daging.” Kata Muwiah

Kata Hatim : “Baiklah! Aku akan ambilkan daging yang baik untukmu.”
Hatim memilih daging yang baik kemudian diberikan kepada jariah yang datang meminta-minta.

Setelah selesai mengadakan penyiasatan itu, Mawiah pun balik ke rumahnya. Daging, tulang dan ekor yang didapatinya dimasakan kemudian disimpan.
Keesokan harinya, ketiga-tiga lelaki yang ingin meminang Muwiah pun datang dengan membawa syair yang hendak dibacakannya dihadapan wanita idaman mereka itu.
“Silakan Engkau!” kata Muwiah yang menyuruh lelaki dari suku kaum Nabit membacakan syairnya.

Lelaki itu maju kehadapan dan membacakan syairnya :
“Sudahkah kau bertanya kepada kaumku,
Siapa aku dan siapa keturunanku.
Sudah kau bertanya kepada Manusia,
Apa yang telah aku buat dan apa yang telah aku lakukan.
Jika musim sejuk datang dan anginpun bertiup,
Manusia lagi kesejukan dengan perut yang kosong.
Ketika itulah kau akan mengenaliku,
Iaitu ketika mengangih-agih makanan.
Tiada yang tidak kebahagiaan,
Walaupun manusia datang mencurah-curah.”

“Ah itu dusta belaka!” Kata Muwiah setelah mendengar syair yang dibaca oleh lelaki itu.

Kini giliran Nabighah pula memperdengarkan syairnya :
“Sudahkah anda bertanya kepada suku Zibyan tentang siapa aku dan keturunanku.
Apalagi ketika awan musim sejuk turun menyelubungi kaumku.
Angin sejukpun menerpa dari puncak gunung ganang Mengkabusi malam gelita,
Menyucuk setiap tulang teman dan musuh,
Ketika itu....
Kuhembur semua harta bendak,
Kubuka kedua belah tanganku,
Kuhidangkan makanan berlauk sedap kepada setiap yang datang bertamu.”

Kata Muwiah : “Kau memang baik hati. Manusia akan sentiasa senang bersamamu selama mereka kau umpan dengan makanan yang berlauk sedap.”

Kemudian Muwiah mempersilakan Hatim At-Ta’i membacakan syairnya. Dengan keadaan sederhana Hatim tampil kehadapan :
“Aduhai Muwiah!
Aku rindukan engkau sejak lama
Kucuba menemuimu tetapi terhalang kerana uzur.
Wahai Muwiah!
Yang namanya harta, hari ini ada dan esok lenyap.
Yang tinggal dari harta hanyalah sekalung budi dan sebuatannya sahaja.
Wahai Muwiah!
Adakah anak muda dapat berbangga dengan timbunan harta benda?
Apabila ajal tiba,
Atau nyawa telah mencucuk dalam dada?”

Mawiah belum memberikan apa-apa komen terhadap syair Hatim. Ia hanya menyuruhkan jariahnya menghidagkan makanan yang telah disiapkan dan diatur kepada ketiga-tiga tetamu yang ingin meminangnya.

Makanan itu berupa daging, tulang dan buntut yang didapatinya daripada ketiga-tiga lelaki itu semalam. Maka jariahpun menghidangkan tulang-tulang unta kepada lelaki dari Nabit, Si Nabighah diberi buntut unta dan Hatim At-Ta’i mendapat hidangan daging pilihan yang baik.

Alangkah terperanjatnya ketiga-tiga lelaki itu apabila mengetahui bahawa makanan yang dihidangkan itu adalah hasil pemberian mereka semalam. Kini mereka mengetahui yang datang meminta-minta itu adalah Muwiah.

Menyesalah lelaki dari suku kaum Nabit dan Nabighah atas pemberiannya.
Apabila Hatim melihat makanan yang dihidangkan kepada kedua-dua lelaki itu, maka Hatim mencampakannya keluar rumah. Kemudian, Hatim sendiri yang menghidangkan makanannya sendiri kepada kedua lelaki itu.

Setelah menyedari keadaan dirinya, Mawiah keluar dengan tersenyum. Kedua-dua lelaki itu tertunduk malu dan sedar bahawa dirinya tidak akan mendapat wanita yang diidamkannya.

Kata Mawiah : “Sungguh Hatim lebih murah hati, lebih baik syairnya. Kata-katanya lebih beralasan daripada kata-kata kamu sekalian.”

Dengan yang demikian, Muwiah bersetuju bersuamikan Hatim At-Ta’i

Tetapi perkahwinnan itu terbantut dan tidak dapat dilaksanakan. Ini kerana Muwiah masih mengemukakan syarat yang lain, iaitu agar Hatim menceraikan isterinya yang telah ada.
Bagaimanapun Hatim tidak mahu menceraikannya. Mawiah berkali-kali mendesak Hatim agar menceraikan isterinya. Berbagai hadiah telah Muwiah berikan kepada Hatim untuk menurutkan kehendaknya namum Hatim tidak mahu juga.

Maka Muwiah tetaplah duduk kesorangan tanpa berkahwin.

Apabila Isterinya meninggal dunia, barulah hatim bersetuju untuk berkahwin dengan Mawiah. Dari perkahwinan itu, lahirlah seorang putera yang bernama Adiy bin Hatim At-Ta’i.
Putera itu mewarisi kepinpinan dan keagungan ayahnya. Apabila Islam telah berkembang luas, Adiy juga memeluk Islam dan menjadi seorang pahlawan yang terkenal dan gagah berani.

4 ulasan:

XYZ on August 17, 2010 at 12:59 PM said...

sempat ke memilih lg calon suami? =)

zikrie on August 17, 2010 at 3:34 PM said...

hekhekhek..x)
klu dia Muwiah sempat, kita sempat kot.. sabar x sabar jek..hekhekhek

alawiah raji on August 17, 2010 at 7:59 PM said...

best la entry ni...leh wat guideline utk pilih husband tp ada lagi ke lelaki yg pandai karang syair heheheh

Ann on August 18, 2010 at 2:07 AM said...

menarik kisah ni...1st time baca...

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers