Abu Dzar r.a, dari Rasulullah s.a.w., baginda bersabda bahawa Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : "Wahai Hambaku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman atas diriKu dan Kuharamkan pula kamu dari berlaku zalim."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua sesat, melalinkan orang yang dapat petunjuk daripadaKu. Oleh itu mohonlah petunjuk kepadaKu nascaya Aku tunjuki kamu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua lapar, melainkan kepada orang yang Kuberi makan. Oleh itu mintalah kepadaKu, nascaya Aku akan memberi kamu makan."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua telanjang, melainkan orang yang Kuberi pakaian. Oleh itu mintalah pakaian kepadaKu, nascaya Aku akan memberi pakaian."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu semua banyak berbuat dosa siang dan malam padaKu dan Aku pula bersedia mengampuni segala dosa kamu itu. Oleh itu mintalah ampun kepadaKu, nescaya Aku akan mengampuni kamu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Kamu semua tidak akan dapat memberikan mudarat kepadaKu, seandainya kamu dapat sudah pasti kamu akan memudaratkanKu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sesungguhnya kamu tidak dapat memanfaatkanKu, seandainya kamu dapat sudah tentu kamu memanfaatiKu (mempergunakan)."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang-orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu, baik dari dari manusia atau jin lebih durhaka daripada orang yang paling durhaka di antara kamu semua, maka hal yang demikian itu tidaklah akan mengurangkan sesuatu apapun bagi kekuasaanKu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang-orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu yang terdiri dari manusia atau jin lebih taqwa daripada orang yang paling taqwa di antara kamu, maka hal itu tidak akan menambahkan sesuatu kekuasaanKu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Sekiranya orang yang sebelum kamu dan sesudah kamu baik dianya dari manusia ataupun jin, berkumpul mereka semua disuatu tempat yang luas. Lalu mereka meminta kepadaKu dan Aku penuhi permintaan mereka itu kesemuanya. Hal yang demikian itu tidak akan mengurangi sesuatu apa-apa pun dalam perbendaharaanKu."
Firman Allah s.w.t. : "Wahai hambaKu! Hanya amalmu sahaja yang akan Aku perhitungkan terhadap kamu dan memberinya dengan pahala."
Oleh itu sesiapa yang beroleh kebaikan hendaklah dia memuji Allah s.w.t.
Dan sesiapa yang beroleh lain dari kebaikan, janganlah dia mencela sesiapa kecuali akan dirinya sendiri (Kerana dia yang bersalah)."
0 ulasan:
Post a Comment