Wednesday, April 28, 2010

Cahaya di kremlin, Moscow.


Assalamualaikum.

Aku amat tertarik apabila membaca sebuah petikan daripada harun yahya, katanya " enam masjid dimoscow kini tidak cukup untuk 2juta penduduk muslim dan ianya telah menarik perhatian pihak berkuasa moscow.

Dato bandar moscow berkata dia tidak berasa nyaman ketika melihat ribuan orang-orang yang berdoa di ldul fitri di trotoar. Oleh kerana itu lebih 10buah masjid akan dibina di ibukota.

Presiden Rusia Dmitry Medvedev (susah gler nak sebut) yang melawat masjid dengan berkaki ayam sempat berbual dengan Sheikh Ravid Gainutdin iaitu ketua mufti Rusia. Setelah berkunjung, Medvedev meminta moscow dan institusi yang lain memudahkan proses pembinaan masjid di kota moscow.

Masjid yang terletak kira-kira 3 kilometer dari kremlin, akan menjadi tuan rumah kepada 5,000 orang didalam, 20.000 orang di luar dan keseluruhannya 25,000 orang akan menunaikan solat didalam masjid itu nanti. Masjid itu akan menelan kos 200 juta turut dibantu oleh kerajaan Turkey. Masjid itu nanti akan menjadi landmark yang signifikan di moscow dan ianya dijangka siap pada tahun 2012.

syabas kepada kerajaan Rusia dan Turkey.

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers