Thursday, April 29, 2010

Kisah cinta monyet.


Cinta?? haaa kisah aku ni bangsat sket..tapi aku ingin kongsikan pada korang semua.. Aku menulis bukan kerna nama dan bukan kerana benci tapi ianya satu perkongsian pada semua, andai sesiapa yang membacanya terasa hati, maafkan aku.. Aku mengaku, yaa dulu aku sayangkan dia dan juga pernah membenci dia tapi semakin lama aku membenci, semakin jauh aku dari landasan hidup aku..Yang sebetulnya aku kembali kepada Allah.

Kisahnya bermula ketika aku form 4, Dia yang aku kenal asalnya dah berpunya, statusnya ketika itu couple dengan sorang kawan aku..fuhhh. Kawan aku tu nak kata baik dengan aku xdelah sangat dan nak kata xbaik sangat tak jugak.. Tapi aku pun tak tau knape klu ade masalah cinta pape kwn ak ni cite kat aku..adeii, ingat aku ni love guru ke?? adeii.. Time tu aku ingat lagi, phone yang top nokia 3310i jek, hahahahahaha.. so malam2 member aku ni bergayut la dengan dia..

Aku ni klu malam2 mmg ssh nk tido, so ak pn buat xtvt harian aku masa tu iaitu bermain gitar.
Masa pantas berlalu, member aku dengan awek dia tu sudah hampir 4,5 tau 6 bulan mcm tu la kalau xsalah. Hari jumaat hampir melabuhkan tirai, esoknya ada outing..yeyeyeye.. ley kuar dari penjara..Ops!! Kebiasaannya klu hari jumaat malam, bdk2 hostel mmg berpesta..haaa mcm2 diaorg wat, ade yg panjat bumbung intai bdk ppuan, ade yang mengisap tu pn ade, tapi aku dan member aku masih di dalam bilik, dia bergayut mcm biasa, aku lepak atas katil sambil layan lagu..

Bila dia dah habis ckp tepon, dia pn mai lepak kat ak.. Dia cite kat aku yang dia geram tgk awek die..cehh mcm tu pn nk cite, adeii.. Aku adalah pendengar yang baik tau, haa bangga plak, so aku pn dengar jek la..
Terus terang aku xboleh pergi dalam bab2 mcm ni.. bg aku nakal bnda len boleh tp ppuan aku mmg xske.. Tu prinsip aku..

Aku jadi xtentu arah, bukan ape, nak bgtau awek dia kang, dia member ak, xnk bgtau kang, adeii..saat tu aku dalam dilema.. puas aku fikir, adei mcm mn la ni, dan akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak memberi tahu tapi aku cuba menghalang pertemuan member aku dengan dia..emmm

Halang punya halang, fuhhh.. Ya Allah, aku manusia biasa yang tiada daya upaya, aku telah hanyut ke lautan cinta, ampunkan hamba Mu ini ya Allah.. Keputusan yang aku buat, xtau la bijak ke x, nk kata aku ni bijak, ak pernah masuk kelas bijak sekali jek time aku darjah 1, pastu kena tendang g kelas rajin..hahahahaha..

Ikhlas aku ckp, aku bkn xmau bgtau dia, tp aku takut dia malu, so aku memang xbgtau dia dan aku terus mendekatinya.. Nak kata lame, lame jgk la aku nk tggu jawapan dia..hahaha
kira aku ni potong line la..emmm, tp mekasih kpd kawan aku tu sbb dia memahami aku dan dia lepaskan bdk ppuan tu.. emmm..
Nak tau tak nape kwn aku lepaskan dia?? haa sbb kwn aku jumpa awek len kat bandar rompin, dia ejas kejap jek dapat..haaa power jgk dia..hahahaha..

Cinta aku dan sidia mula mekar seperti mekarnya bunga2 yang diciptakan oleh Allah..
Terus terang aku ni klu bercinta mmg gila, fuhhh bayangkanlah, Jika lautan itu dalam untuk aku renangi, aku gunakan pelampung, asal sampai ke destinasi sudah..hahahahaha..
Kerna kamu aku korbankan wang ringgit kedua ibubapa aku, kerna kamu aku pergi ke terengganu untuk bertemu dengan kamu walaupun aku terpaksa tido di surau tanjung kuala terengganu dengan keseorangan.. aku mmg xtipu korng, ak mmg pnh tido kat surau tanjung kuala terengganu semata2 nk jumpa dia..emmm.. sampaikan aku kena pau dengan bdk2 busstand kat sana..

Cinta punya bercinta, sampailah waktu aku dan si dia menyambungkan pelajaran..
waktu itu dia belajar kat terengganu, dan aku kat kuantan..emmm
klu xsalah aku la dia ambil cos nurseing, aku elektrik..emmm

Aku ingat lagi janjimu, kata mu setia dan aku juga begitu, tapi Hidup ini xsemuanya indah.. Aku terpaksa menerima takdir bahawa kamu telah jatuh cinta lagi..fuhhh..
Ni first love aku tau, haaa dan jujur aku ckp, menangis aku time dia mintak putus..adeii malu plak rase, tapi aku tak kisah kerna hidup ini adalah satu cerita tentang kita dan setiap org memainkan watak masing2..

Kalau xckp kecewa mmg aku tipu.. Tapi itu dulu la..emmm, aku mula belajar apa itu kekecewaan.. Hanya Allah shj yg mengetahui isi hati aku waktu tu..
Umur aku semakin meningkat, fuhhh aku stay solo..hahahaha..

Jika cinta itu suci, tidak perlulah berpegangan tangan di antara kita kerna sudah pasti hati kita saling berpegangan.
Jika cinta itu suci, pasti tidak perlu membalis jelingannya , kerna sudah pasti kita akan saling membalas kiriman doa..
Carilah cinta sucimu..

Cinta manakah yang kekal?? cinta pada manusia?? cinta pada harta??
Tentu sekali cinta pada yang Esa..





4 ulasan:

rabiatuladawiyah on May 2, 2010 at 9:59 AM said...

gambar tu comel sgt!!
n criter tu lawak, tp ade moral value..

Fza Kamarudin on May 10, 2010 at 11:30 AM said...

hmmm..power la ayat ko zikri..aku cam knal je watak2 lam cter ni...huhu...

shada wentz on June 18, 2010 at 10:48 AM said...

sy hanya mmpu tersenyum tym bce ney.

caya lah ko! (:
mudah2an ko akn dpt jodoh yg baek.
insya allah..

Anonymous said...

menarikk ;)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers