Thursday, May 27, 2010

Sibuk..

Assalamualaikum..

Aku sekarang susah siket la nak post entry.. Bukan sebab takde idea tapi aku sibuk la dengan kerja.. Tu baru yang urusan kerja, yang pasal exam aku tak lame lagi ni.. Fuhhh..
Aku ada menerima comment dari rakan blog aku yang bernama nick irfan, kepada en nick irfan, "bro sorry bro, blog aku ni dah agak usang sebab aku dah lame tak update, aku bukannya tak nak update hari-hari, tapi mungkin slow la siket dari dulu..
Disebabkan aku sibuk skrang, aku wat la entry kali ni pasal sibuk jugak.. Hmmm..

SIBUK..

"Janganlah kita terlalu sibuk mengata mengenai keburukan orang lain sehinggakan kita lupa akan keburukan diri kita sendiri."
"Janganlah kita terlalu sibuk menghakimi orang lain sehingga kita lupa akan kezaliman diri kita sendiri."
"Janganlah kita terlalu sibuk mencari kesalahan orang lain sehinggakan kita lupa akan kesalahan diri kita sendiri."
"Janganlah kita terlalu sibuk menilai seseorang sehinggakan kita lupa untuk menilai diri kita sendiri."
"Janganlah kita terlalu sibuk melunaskan tanggungjawab pada dunia sehinggakan tanggungjawab pada agama kita abaikan."
"Janganlah kita terlalu sibuk mencari kesenangan dunia sehinggakan kita lupa akan kesengsaraan di akhirat ."
"Janganlah kita terlalu sibuk akan cinta kepada seorang kekasih sehinggakan kita lupa akan cinta kepada Maha Pengasih."
"Janganlah kita terlalu sibuk menunjukan kehebatkan kita kepada orang lain sehinggakan kita lupa akan kehebatan Allah s.w.t."


Kita sebenarnya terlalu sibuk... Sibuk dengan urusan dunia yang tidak henti-henti sehinggalah mati. Kita terlalu sibuk dengan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita, yang akhirnya membuatkan hati kita mati, mati untuk mengingati Allah.
Teman, jika kesibukan itu adalah penghalang sesama manusia , maka janganlah kesibukan itu menjadi penghalang kepada Maha Pencipta (Allah s.w.t.).

1 ulasan:

NICK IRFAN on May 28, 2010 at 11:14 AM said...

oh.. aku ingatkan ko xnk berblog? rupanya sibuk ker? sory2 bro! ape2pun aku doakan semua keja2 ko dapat disiapkan! amin... smoga berjaya bro! :)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers