Friday, June 18, 2010

Israel memberi amaran kepada Lubnan.

Lubnan menghantar kapal kebebasan dalam menghadapi inisiatif awam perpaduan orang-orang Palestin yang terkepung di Gaza, sementara Israel meningkatkan ancaman dengan memperingatan kepada kerajaan Lubnan bahawa Israel akan menahan kapal-kapal yang berasal dari Lubnan dengan kekerasan seperti yang terjadi pada kapal Mavi Marmara Turki. Pada masa yang sama, kempen diplomatik dilancarkan bagi menekan Lubnan untuk mengelakkan kapal Lubnan sampai ke Gaza. Bertentangan pula media dari Israel, yang menyatakan tentang ketakutan tentera Israel terhadap sokongan Iran yang ada di belakang Lubnan.

Setiausaha Agung Hizbullah "Hassan Nasrallah" menyeru Lubnan untuk menyertai dalam konvoi untuk mematahkan serangan Israel di Gaza dan dia menambah bahawa kapal yang akan dilancarkan dari Lubnan tetap berperanan dalam keadaan permusuhan dengan Israel, walaupun Israel tetap mempertahankan hak di bawah undang-undang antarabangsa yang digunakannya untuk mengelakkan kapal dari melanggar kepungan laut yang dikenakan pada Gaza.

Israel menyeru kepada masyarakat antarabangsa supaya tidak terpengaruh dan mengelakkan dari menyertai misi ini.
Kepimpinan (UNIFIL) di New York telah memberi amaran kepada Lubnan bahawa, angkatan laut di (UNIFIL) tidak akan membiarkan setiap pelanggaran terhadap Resolusi 1701 di blok itu. Hal ini menunjukan bahawa Lubnan ketika ini sedang di asak dengan tekanan dari dua sisi di peringakat antarabangsa.

Sumber tersebut menunjukkan bahawa misi dari International Maritime Unit terbatas untuk membantu kerajaan Lubnan kerana bimbang adanya perpindahan senjata yang tidak sah dari laut.

2 ulasan:

MAZHA on June 18, 2010 at 11:43 PM said...

salam, sebab tu negara2 Islam tak berani bantu rakyat Palestin sbb dunia ada di belakang Yahudi tu....

semut lelabah on June 20, 2010 at 7:08 AM said...

setju dengan admin

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers