Sunday, June 27, 2010

Kisah Surah Al-Ikhlas

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Ketika saya (Rasulullah s.a.w) berisrak ke langit, maka saya telah melihat Arsy diatas 360,000 sendi dan jarak jauh dari satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan, pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luas setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 Malaikat yang mana semuanya membawa surah Al-Ikhlas (Qul huwallaahuahad)."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi : "Setelah mereka (Malaikat) selesai membaca surah tersebut maka mereka berkata :"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik dianya lelaki ataupun perempuan.

Apabila para sahabat mendengar keterangan dari Rasulullah s.a.w. maka mereka sangat kagum.

Kemudian Rasullullah bersabda lagi :" Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Berkata para sahabat : "Ya kami sungguh kagum Ya Rasulullah s.a.w."

Rasulullah s.a.w bersabda : "Demi Allah yang jiwaku ditangannya, sesungguhnya "Qul huwallahu ahadun" itu tertulis disayap Malaikat Jibril a.s. "Allahush Shomad" itu tertulis disayap Malaikat Mikail a.s. , "Lamyalid walam yuulad" tertulis pada sayap Malaikat Izrail a.s."walam yakun lahu kufuwan ahadun" tertulis pada sayap Israfil a.s. Oleh itu barang siapa dari umatku membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberi pahala membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran ynag agung."

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian maka baginda bersabda lagi : "Wahai para sahabatku, apakah kamu semua kagum?" Maka berkatalah para sahabat : "Ya Rasulullah s.a.w. , kami semua kagum."

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : "Demi Allah yang jiwaku di tangannya, sungguh Qul huwallahu ahadun itu tertulis di dahi Abu Bakar Ash-Sidiq, Allahush Shomad itu tertulis di dahi Umar Al Faaruq, Lamyalid walam yuulad itu tertulis di dahi Utsman Dzan Nuuraini dan Walan yakun lahu kufuwan Ahadun itu tertulis di dahi Ali Assakhiyyi r.a. Oleh itu sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas maka dia diberikan oleh Allah s.w.t.. pahala Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali r.a."

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers