Sunday, July 25, 2010

"Sheikh Raed Salah" Mengingatkan kepada Semua!!


1 Malaysia?? Ops!!!
Sorry k, kat palestin xde guna pun konsep 1 Malaysia..hekhekhek :)
Kepada yang terlalu bersemangat tu diharapkan bertenang k sebab dia melaungkan "Allahu akbar".


Ini ialah Sheikh Raed Salah iaitu seorang ketua gerakan islam di Israel dan gambar ini diambil sebelum beliau ke masuk Penjara Ayalon ( Ramle) yang terletak di Tel Aviv selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa Israel.

Beliau dihukum akibat menghina polis sempadan israel dan meludah di wajah polis tersebut.
Beliau juga telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah Baitulmuqaddis selama 9 bulan pada awalnya kemudian mahkamah mengurangkan hukuman tersebut selama 5 bulan.

Sebelum memasuki penjara beliau sempat berkata "Kita hari ini dipenjarakan dalam membela/memperjuangkan al-Quds" Kata Sheikh Raed Salah.
"Hati-hati!!! Mereka merancang perang besar untuk menutup rancangan yang bertujuan untuk menghancurkan masjid Al-Aqsa."
Dia menjelaskan bahawa perbincangan perebutan bandar Baitulmuqaddis kini hampir selesai, dan bandar Thodt hampir seluruhnya selesai dan kini hanya menanti untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa."

Sheikh Raed Salah mengingatkan bahawa Israel tidak akan ragu-ragu untuk melakukan kejahatan sehingga ketahap peperangan. Dan usaha Israel adalah satu kebodohan untuk membina kuil.
Beliau menyeru kepada negara-negara Arab dan Islam khususnya untuk melakukan usaha-usaha tulus untuk membela bandar Baitulmuqaddis.

Ketika Sheikh Salah dibawa ke penjara Ramle, ramai warga Palestin telah berkumpul di luar markas besar polis Israel, menuntut untuk pendakwaan yang menyasarkan semua usaha Palestin untuk mengatasi kawalan tempat-tempat suci di Yerusalem.
Protes demi protes berlangsung selepas penangkapan Sheikh Salah dengan slogan-slogan yang mengutuk dasar rasis Israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Jalur Gaza dan wilayah dari 48.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Waspada dengan perancangan bunuh Syeikh Raed Salah dalam penjara Israel

Syeikh Kamal Khatib, Timbalan Ketua Gerakan Islam dalam jajahan 1948 menyebut tentang peringatan dan waspada mengenai perancangan bunuh oleh zionis ke atas Syeikh Raed Salah yang menjalani hukuman penjara selama 5 bulan di dalam penjara 'أيالون' Israel.

Beliau menyatakan sedemikian dalam kenyataan akhbar, bahawa wujudnya bahaya kepada Syeikh Raed Salah berikutan bahagian penjara yang didudukinya juga ada penjenayah-penjenayah Yahudi.

Jelas beliau lagi, Syeikh Raed Salah telah menerima percubaan bunuh namun gagal iaitu ketikamana Syeikh Raed berada di atas kapal Mavi Marmara dalam serangan berdarah pada akhir bulan Mei. Kebimbangan dengan situasi percubaan bunuh mungkin akan berulang ketika Syeikh Raed berada dalam penjara yang turut ada penjenayah Yahudi dan gesaan dari wakil 'SHABAK' zionis.

Syeikh Kamal Khatib menyebut bahawa Ketua Gerakan Islam jajahan 1948(Syeikh Raed Salah) telah membantah penggantian hukuman khidmat masyarakat dalam Yayasan-yayasan Pertubuhan zionis dengan memilih penjara selama 5 bulan berikutan mahkamah Israel telah memutuskan keputusan yang zalim ke atas Syeikh Raed Salah setelah beliau ditangkap dalam kes di pintu Al-Magharibah(salah sebuah pintu masuk ke Masjid Al-Aqsa). Sebagaimana dijelaskan, pada waktu kejadian, beliau mempertahankan diri dari pukulan polis zionis. Sumber 28/07/2010, web rasmi Pejabat Penerangan, KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS)

Sumber berita di kumpul dari Timur Tengah..

5 ulasan:

Pacifist on July 26, 2010 at 12:10 AM said...

salam sahabat.
moga beliau tabah menghadapi dugaan.nasib kita menyusul kemudian..

XYZ on July 26, 2010 at 6:25 AM said...

moga mereka semua selamat atau jihad =)

Anonymous said...

palastine=islam=muslim=Allah

shada wentz on July 26, 2010 at 9:40 AM said...

semoga bumi palestin sentiasa dilindungi.amin. (:

Zikri Husaini on July 26, 2010 at 7:55 PM said...

Palestine tomorrow will be free..

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers