Assalamualaikum..
Dalam sebuah riwayat menerangkan bahawa pada suatu masa Nabi Daud a.s telah keluar kesuatu tempat untuk beribadat, beribadatlah Nabi Daud di tempat yang dipilihnya selama setahun. Setelah genap setahun Nabi Daud beribadat kepada Allah s.w.t. maka beliau pun berdoa : "Ya Rabbi, ya Tuhanku. Telah bongkok punggungku dan telah lemah mataku dan telah kering air mataku, tetapi aku belum lagi tahu bagaimanakah keadaan nasibku?"
Setelah Nabi Daud berkata demikian maka Allah s.w.t. menyuruh katak yang berada di tempat itu menjawab soalan Nabi Daud itu.
Firman Allah s.w.t pada katak yang bermaksud : "Wahai katak, jawablah pertanyaan hambaku Daud itu."
Kemudian dengan izin Allah s.w.t. maka berkata katak itu : "Wahai Nabi Daud, wahai nabi utusan Allah. Apakah yang membuat kamu mengira-ngira ibadat kamu yang setahun itu, demi Allah yang mengutus kamu menjadi Nabi. Aku sendiri pun telah hidup di hutan ini selama 30 tahun atau 60 tahun sentiasa bertasbih, bertahmid kepada Tuhan. Walaupun begitu lama tetapi sendi sendiku tetap gementar kerana takut kepada Tuhanku."
Setelah Nabi Daud mendengar penjelasan dari katak itu maka menangislah beliau dengan penuh rasa kesal.
Kita sebagai hamba Allah tidak boleh mengira akan amal-amal yang telah dibuat, sebab kalau kita nak bandingkan dengan seluruh tubuh kita yang Allah s.w.t ciptakan maka tentunya kita tidak layak untuk mengira amal kita. Tujuan kita hanyalah mengikut segala yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya, ini adalah sebagai tanda kita mensyukuri segala nikmat dan rezeki yang Allah telah berikan kepada kita.
Walaupn dari mula kita lahir kedunia ini sehingga kita meninggal kita sentiasa sahaja membuat amal, maka alal kita itu tidaklah layak bagi kita untuk menebus sebelah mata yang Allah berikan kepada kita. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berbuat amal ibadat tanpa kita hitung, semoga kita menjadi orang yang disukai oleh Allah.
Jaminan untuk masuk syurga hanya akan diperolehi dengan rahmat Allah, tanpa rahmat Allah adalah mustahil seseorang itu dapat memasuki syurga Allah s.w.t.
Amal ibadat yang kita buat tiadak akan menjamin kita masuk ke syurga, tetapi dengan rahmat Allah kita dapat memasuki syurga Allah. Oleh itu apabila kita berdoa maka mohonlah pada Allah sepaya Allah memberi kepada kita syurga ynag dijanjikan dengan rahmat-Nya..
Sekian sahaja buat masa ini..
Sama-sama kita memikirkannya dan semoga ada kebaikannya, amin..
Im starting with the man in the mirror !
11 years ago
5 ulasan:
suke kisah ni..
Y_Y memberi kesedaran jugak.. Y_Y
assalamualaikum.....
suke baca....sesungguhnya hidup dan mati ku hanyalah kerana mu ya ALLAH
erm pernah dengar cerita kisah macam nie..betul tuh bro... kita tak payah kira2 berapa amalan kita nie... yang penting ikhlas apa yang kita buat. Kita masuk syurga nie atas rahmat dan izin Allah bukan dari amalan semata-mata.
setuju sangat ... buatlah amalan ibarat tangan kanan menghulur tetapi tangan kiri tidak mengetahuinya..=]
ya betul tu
air nano hidrogen
Post a Comment