Wednesday, July 21, 2010

Ahli Perlimen Israel Mencetuskan Kemarahan Di Al Haram Al Sharif


Gambar wakil parlimen Israel, Danny Danon di Masjid Al-Aqsa pada hari semalam (20 july 2010)

Di bawah pengawalan polis bersenjata, Danny Danon, seorang ahli parlimen Israel mengunjungi rumah plaza masjid Al-Aqsa iaitu salah satu tempat suci umat Islam. Dia fikir terdapat sebuah kuil kuno yang terkubur di bawah rumah suci itu yang harus dibenarkan untuk mereka memasukinya.

Sekelompok demonstrasi muslim berteriak "Allahu Akbar" mengekori polis bersenjata dan puluhan pengunjung Israel yang berjalan di sekitar kawasan yang dikenali Muslim sebagai "Al Haram Al Sharif", dan orang-orang Yahudi sebagai "Temple Mount".

walaupun suasana tegang namun tidak ada kekerasan atau konfrontasi selama kunjungan ahli parlimen itu.

Warga Palestin melahirkan perasaan marah pada rancangan Israel yang telah mengumumkan dalam beberapa bulan yang lalu untuk memperluaskan pembangunan perumahan di Baitulmuqaddis Timur, dan menghancurkan puluhan rumah Palestin yang dikatakan oleh Israel dibina secara haram.

Sumber berita : Jordan Times, 21hb july 10.

Pasti ada muslihat dan rancangan jahat Israel di sebalik lawatan ini. sekian shj buat ms ini.

1 ulasan:

FiqaSaleh on July 21, 2010 at 4:09 AM said...

mmg diaorg nih nak wat hal jerrr.. huh..

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers