Wednesday, July 21, 2010

Perihal Api Neraka.

Assalamualaikum..

Dikisahkan oleh Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Malaikat Jibril tentang api neraka, kata Rasulullah s.a.w. : "Wahai Jibrail!, beritahu kepadaku tentang api neraka." Maka Jibrail pun berkata : "Ya, Muhammad, sebenarnya api neraka itu berwarna hitam pekat, andainya jika api itu terjatuh ke atas bumi ini walaupun sebesar lubang jarum nescaya akan terbakarlah bumi ini. Dan tentang baju neraka pula, kalau baju neraka itu digantungkan antara langit dan bumi nescaya akan mati semua penduduk bumi disebabkan bau busuk yang paling dasyat."

Kemudian Jibrail berkata lagi : "Wahai Muhammad, kalau satu dari rantai neraka itu jatuh ke bumi, ia akan menembus kedalam 7 petala bumi."

Apabila Rasulullah mendengar penjelasan dari Malaikat maka Rasulullah pun berkata :"Hasbi ya Jibrail" (cukuplah hai Jibrail), lalu Rasulullah s.a.w. menangis dan Jibrail pun turut serta menangis. Apabila Rasulullah melihat Jibrail menangis maka Rasulullah pun bertanya kepada Jibrail : "Wahai Jibrail!, mengapa kamu menangis padahal kedudukan kamu sangat mulia di sisi Allah s.w.t.?" Maka Jibrail menjawab : "Ya Muhammad, tidak ada yang dapat menjamin keamananku, walaupun kedudukan aku sangat dekat dengan Allah .s.w.t., tetapi aku takut kalau Allah s.w.t. hendak mengubah aku atau hendak mengujiku sebagaimana Harut dan Marut dan Iblis yang terkutuk itu."

Walaupun kedudukan Malaikat Jibrail sangat dekat dengan Allah, ia tetap menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Tetapi, malangnya manusia masih lagi tidak takut kepada Allah biarpun telah nyata tanda-tanda kekuasaan Allah melalui cerita-cerita dari Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, takutlah kita kepada Allah kerana azab Allah amat pedih. Sesal di dunia pendapatan, sesal di akhirat tiada gunanya.

Sama-sama kita memikirkannya, semoga ada kebaikannya.

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers