Saturday, July 17, 2010

Benarkah Kita Yakin??

Assalamualaikum..
Entry yang ringkas dari zikrie, mari KITA sama-sama memikirkannya..

Kita mahukan kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat tp kita ketepikan apa yang paling terbaik dalam kehidupan dunia dan akhirat.. kita menjana dunia pemikiran yang mampan ke hadapan dan tanpa kita sedar kita ketinggalan semua erti kehidupan yang sebenarnya mampan kehadapan (akhirat).. Kita tahu bahawa Al-Quran itu adalah asas dan jawapan kepada kehidupan tapi kita tinggalnya usang di dihalaman malah hukum Allah kita tinggalkan dan kita main-mainkan.
Adakah kita orang yang BENAR-BENAR yakin??
Adakah kita orang yang BENAR-BENAR yakin dengan Al-Quran??

Firman Allah s.w.t : Dalam surah Al-Maidah ayat 50.
"Hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang yang yakin"


Kita telah diberikan pendedahan ilmu pengetahuan tetapi kita gagal mengamalkan ilmu pengetahuan. Adakah kita begitu waras dalam berfikir mengenai kehidupan?? atau sebenarnya kita tersasar dalam mendefinasikan kehidupan??

Mengapa kita selalu mempersoalkan sesuatu yang kita sudah mengetahuinya??
Bagaimana kita mahukan kemenangan??
Dan jangan tanya mengapa Allah tidak memberikan kemenangan kepada kita kerana kita sendiri gagal dalam memartabatkan agama Allah dan gagal dalam menjalankan hukum-hukum Allah.

Kita gagal dan kemudiannya jatuh menyembah dunia kerana kita sebenarnya telah lari dari landasan kehidupan. Kita mempertikaikan kebenaran kerana kita BUTA untuk mencari kebenaran.. Kebenaran bukan diperlihatkan melalui kata-kata indah manusia tetapi kebenaran diperlihatkan melalui makna dan erti di dalam Al-Quran. Mahukah kita menghayatinya??

Jika kita orang yang benar, marilah sama-sama kita menghayatinya dan bukan hanya sekadar satu ungkapan.

4 ulasan:

Zikri Husaini on July 17, 2010 at 12:34 PM said...

yakin dengan janji Allah..

Unknown on July 17, 2010 at 6:20 PM said...

manusia n dunia...kita salu lupe kan.? lg2 bile rse diri pnat

Anonymous said...

manusia selalu lalai, even ada yang tahu sesutau hakikat, still taknak berubah *peringatan kpd diri sndiri juga*

Unknown on July 18, 2010 at 7:00 AM said...

:)itulah manusia..

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers