Sunday, July 4, 2010

BERJUANG HANYA KERANA ALLAH.

Assalamualaikum.

Hari ini aku ingin kongsikan 1 cerita yang mengisahkan tentang perjuangan, semoga ada kebaikan buat kita semua dalam menghayati erti perjuangan dalam merealisasikan perjuangan dalam kehidupan kita, semoga Allah memberkati usaha perjuangan kita, amin.
Aku harap semua dapat membacanya.

Sudah menjadi sifat daripada orang yang tinggi takwanya terutamanya para sahabat Rasulullah, perjuangan mereka semata-mata hanya kerana Allah. Mereka tidak begitu mengambil perhatian kalau masalah peribadi mereka dicabar oleh orang, tetapi sebaliknya mereka akan berjuang habis-habisan kalau agamanya dipermainkan oleh musuh. Sifat demikian memang mereka warisi dari Rasulullah s.a.w.

Dikisahkan bahawa, pada suatu hari seorang yahudi telah mempermainkan-mainkan agama islam dengan angkuhnya dihadapan saiyidina Ali karramahullahuwajhah. Akibatnya, Ali yang terkenal dengan keberanian dan tegas, telah marah dan mencabar orang yahudi itu. Maka terjadilah pergaduhan antara kedua-duanya. Perang satu lawan satu itu semakin lama semakin hebat. Si yahudi itu berjuang kerana angkuh dan sombongnya sedangkan Ali berjuang semata-mata kerana Allah bagi mempertahankan kesucian dan maruah Islam. Kerana hebatnya gerakan dan pukulan Ali, maka terpelantinglah tubuh si yahudi dan tergolek di atas tanah. Dengan cepat Ali menindih tubuh musuh Allah itu dengan duduk diatas perutnya. Lalu kedua-dua tangan dipegangnya dan dimatikannya gerakannya. Kini si yahudi sudah tidak bergerak lagi. Sementara Ali menatap tajam wajahnya sebagai tanda bahawa nyawa lawannya sedang terancam dan hanya menunggu saat untuk ditikam.

Dalam keadaan yang tidak terdaya si yahudi masih mencari-cari akal untuk melepaskan diri,namun tidak terhasil juga. Tiba-tiba dia melepaskan murkanya dengan meludahi wajah Ali. Maka basahlah wajah Ali yang mulia itu oleh air ludah si yahudi. Setelah wajahnya merlumuran ludah, Ali terdiam. Tidak lama kemudian beliau melepaskan genggaman tangannya dari memegang tangan si yahudi dan berdiri tegak. Dibuka serbannya dan dilapkan ludah yang melekat diwajahnya.

Melihat dirinya sudah tidak ditindih dan tidak diperhatikan lagi, si yahudi bangun dan berdiri tegak dihadapan Ali.

Dengan kegairahan dia bertanya : "Mengapa engkau tidak membunuh aku?? Padahal itu merupakan kesempatan yang baik buatmu untuk melakukan itu??"

Kemudian dia berkata lagi : "Aku meludahi wajahmu itu kerana sebenarnya aku sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi."

Saiyidina ALi menjawab : "Tadi saya bergaduh dan menyerang kamu kerana mempertahankan agama Allah. Saya akan membunuh engkau selama mana engkau menentang Allah."

Sambil membetulkan serbanya, beliau berkata lagi : "Tatapi setelah engkau meludahi wajahku, masalahya sudah bukan lagi mempertahankan agama Allah. Ia telah menjadi masalah peribadi . Aku sangat murka kepada engkau kerana meludahiku. Kalau sekiranya aku membunuh engkau kerana kemurkaan berkenaan dengan urusan peribadi, maka perjuanganku sudah tidak ada erti lagi. Sebab bukan lagi kerana mempertahankan agama Allah, melainkan mempertahankan harga diri."

Mendengar penjelasan itu, si yahudi sangat kagum dengan ketinggian akhlak dan keperibadian Ali. Dari pengajaran itu, tahulah dia bahawa perjuangan Rasulullah dan orang islam bukan untuk kepentingan peribadi, tetapi semata-mata demi kepentingan agama Allah.


Dengan kisah ini marilah sama-sama kita memikirkannya, semoga ada kebaikannya buat kita semua..

6 ulasan:

Mellyana Sara on July 4, 2010 at 6:57 PM said...

tersentuhnya....perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w sesungguhnya hanya kerana Allah s.w.t. =)

noorafzan.blogspot.com on July 4, 2010 at 9:55 PM said...
This comment has been removed by the author.
noorafzan.blogspot.com on July 4, 2010 at 9:57 PM said...

Maaf, komen tadi delete sebab salah eja..

nak komen 1 je..

Allahuakhbar!

Lensa Camera 171 on July 4, 2010 at 11:57 PM said...

Pikir dan lakukan mengikut akal yg dah diberikan Allah pada kite...:)

Allahuakhbar !!...

eita on July 5, 2010 at 1:45 AM said...

subhana allah......
tersentuh rasa hati....

Zikri Husaini on November 7, 2010 at 7:33 PM said...

berjuang kerana Allah , dibenarkan.. kalau kerana peribadi... dah lain jadinya...

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers