Tuesday, July 6, 2010

Sedekah

Assalamualaikum.


Hadith yang bersumber dari Abu Hurairah RA daripada Rasulullah s.a.w. berkata :
"Seorang lelaki berkata : "Aku akan memberikan sedekah pada malam ini." Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkan ditangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang diberikan sedekah pada malam itu. Lelaki itu berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya padaMu segala puji-pujian! Sedekah telah aku beri kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi," lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakan ditangan orang kaya. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai orang kaya  yang telah diberi sedekah. Lelaki itu berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya padaMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada orang kaya. Aku akan bersedekah lagi," lantas dia keluar dengan membawa sedekahnya dan meletakkan di tangan seorang pencuri. Keesokannya orang ramai mula bercakap mengenai seorang pencuri telah diberi sedekah. Dia berkata : "Wahai Tuhanku! Hanya untukMu segala puji-pujian! sedekahku telah aku berikah kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pencuri." Lalu dia didatangi seseorang dan berkata kepadanya : "Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan itu berhenti dari zina, kerana sedekahmu, Orang kaya itu dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan harta yang telah dianugerahkan Allah kepadanya dan munkin juga  pencuri itu akan berhenti  dari mencuri kerana sedekahmu itu."

(HR.Bukhari dan Muslim)

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers