Tuesday, July 13, 2010

Kapal bantuan Libya mengalihkan rancangan ke mesir berikutan ancaman Israel.


Bantuan kapal Libya yang menuju Jalur Gaza telah menukar arah ke Mesir berikutan peringatan dari Tentera Laut Israel.

Kapal itu, Al-Amal, sekarang muncul menuju pelabuhan Mesir El-Arish di semenanjung Sinai. Tentera Laut Israel memberi amaran kepada kapal pada hari Selasa untuk menukar rancangannya dan mengatakan "bermula persiapan untuk menghentikan kapal". Sementara para pegawai mesir telah memberi keizinan untuk berlabuh di El-Arish.

Kapal itu membawa 12 crew dan sekurang-kurangnya sembilan penumpang termasuk enam orang Libya dan masing-masing dari Algeria, Maghribi dan Nigeria. Jawatankuasa mengatakan kapal itu mengangkut 2.000 ton makanan dan ubat-ubatan bagi orang-orang di Jaluran Gaza.

Tentera Israel juga menegaskan bahawa mereka akan mengambil alih kapal itu seperti yang berlalu pada kapal-kapal yang sebelum ini jika kapal bantuan itu tidak mengendahkan arahan untuk beralih arah.

Sementara itu Mesir yang juru cakapnya Ahmed Aboul Gheit iaitu Menteri Luar Negeri Mesir mengatakan pada hari semalam bahawa Mesir akan meghulurkan bantuan dan membuat pengagihan ke Gaza jika kapal bantuan berlabuh di perairan Mesir iaitu di pelabuhan El-Arish.

Yang pasti, Israel tidak akan membenarkan mana-mana kapal untuk mencapai ke Gaza sepertimana yang Israel nyatakan kepada kapal dari Greek berikutan Israel merasakan ancaman, "konsekuensi yang sangat serius" bagi keselamatan Israel.

Di Amerika, jurucakapnya PJ Crowley mendesak Al-Amal supaya bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian.
"Kami mendesak kerajaan Libya untuk mengelakkan konfrontasi yang tidak perlu," katanya. "Kita mendesak semua mereka yang ingin menghantarkan bantuan barang ke Gaza diperiksa oleh kerajaan Israel dan dipindahkan oleh tanah penyeberangan ke Gaza."

Israel baru-baru ini menyelinap sekatan di Semenanjung Gaza yang membolehkan beberapa barang shaja yang dibenarkan masuk ke wilayah itu. Tapi bahan pembinaan tetap sangat terhad, warga Gaza mempunyai kebebasan bergerak sangat terbatas, dan Israel masih memaksa kepungan di wilayah perairan.

0 ulasan:

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers