Sunday, July 11, 2010

Seorang Anak Yang Beribubapakan Babi.

Assalamualaikum.
Mari membacanya, semoga ada kebaikannya..

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh terus berhubung dengan Allah s.w.t. Setiap kali beliau hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya kepada dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang ada pada Nabi Musa.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?"

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah diberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu didalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apakah hal ini", kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya dengan penuh kegiarahan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah babi itu dilapkan sampai kering serta dipeluk dicium kemudian di hantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia membawa keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap sehingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke dalam bilik.

Selesai kerjanya itu barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?. "Aku agama Tauhid ", jawab pemuda itu iaitu agama islam. "Habis mengapa kamu membala babi?, Kita tidak boleh berbuat begitu."Kata Nabi Musa."

"Wahai tuan hamba," kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajibanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugas aku." Sambungnya.

Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku memohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi." Tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah turunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu disyurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya. Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan dalam neraka telah kami pindahkan kedalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

Walau banyak mana sekalipun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibu bapa kita diampuni oleh Allah s.w.t.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu bapanya ialah dengan dosanya supaya kedua ibu bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah..

Semoga ada kebaikan buat kita semua..

7 ulasan:

Zikri Husaini on July 11, 2010 at 10:40 AM said...

doa anak yang soleh :-) insyallah..

Ayue Aishah on July 11, 2010 at 8:58 PM said...

sesemangnya orang mukmin tu sentiasa meindukan anak-anak yang soleh... semoga kite tergolong dikalangan anak-anak yang berbuat baik dan berbakti kpd kedua orang tua...

nice entry!!!hehehe..

Hidayah Ismawi on July 11, 2010 at 9:00 PM said...

we can only hope and strive to be as good.. even though I've read this story many times.. for some reason.. today it really made me sad..

thanks for sharing

MY LATEST ENTRY: Spain 1-0 Netherlands: World Cup 2010 Highlights (on and off the pitch)

farah on July 12, 2010 at 6:58 PM said...

semoga kite dikalangan anak yg soleh belaka..amin:)

Fazril on July 12, 2010 at 10:20 PM said...

harap dpt didik ank mcm nie.. iman xdpt diwarisi...

shada wentz on July 13, 2010 at 3:14 AM said...

weee~ bes2! :DD

Unknown on July 13, 2010 at 10:28 AM said...

wah! bgus btol mmg anak yg soleh wlpn ibu bapa dia babi tetap dia sayang...

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers