Tuesday, July 6, 2010

Kelebihan Kalimat-Kalimat Yang Kita Baca.

 Assalamualaikum.
semoga ada kebaikannya buat kita semua. Amin.

La ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir (Tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu baginya. Miliknyalah kekuasaan dan kepujian, dan Dia Maha kuasa atas segala sesuatu.) Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, "Sesiapa yang mengucapkan la ilaha illallah wahdahu la syarika lah. Lahu-l-mulku wa lahulhamdu wa huwa 'ala kulli syay'in qadir sebanyak 100 kali dalam sehari, dia akan mendapat pahala memerdekakan 10 hamba, ditulis baginya 100 kebajikan, dihapuskan daripada 100 kejahatan, dan dia dilindungi daripada godaan syaitan sejak hari itu hingga petang. Tidak seorang pun yang datang membawa hasil yang lebih baik daripada yang diperolehnya, kecuali dia melakukan lebih banyak daripada itu."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala pujian milik Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah itu Maha Besar) adalah bacaan kesukaan Rasulullah s.a.w., yang nilainya melebihi dunia dan segala isinya. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : "Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia."
(Hadith Riwayat Muslim.) Bacaan itu juga adalah tanaman syurga Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Pada malam israk, aku bertemu Ibrahim kekasih Allah. Dia berkata, : "Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahu mereka syurga itu pasirnya sangat bagus, airnya sangat jernih dan menyegarkan. Syurga itu adalah sebuah lembah, tanamannya adalah bacaan, Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

Subhanallah wa bihamdihi (Maha Suci Allah dan segala pujian untuknya.) Rasulullah s.a.w. berpesan, : "Sesiapa yang pada sebelah pagi dan petang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali, dihapuskan kesalahan-kesalahannya walaupun sebanyak buih dilautan. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.) Jabri meriwayatkan Rasulullah s.a.w.berpesan, : "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi, ditanam baginya sebatang pohon kurma di syurga.

Subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim. Rasulullah s.a.w. berkata. :"Dua kalimat yang mudah diucapkan, berat di timbangan, dan di cintai oleh Ar-Rahman adalah subhanallah wa bihamdihi, subhanallahilazhim.

Al-Fatihah. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Demi Allah yang jiwaku ada dalam kekuasaannya. Dalam Taurat, Injil, Zabur dan Quran, tiada ada surah yang diturunkan sepertinya. Ia berisi tujuh ayat yang sering dibaca berulang-ulang," (Hadith Riwayat Tirmizi.) Abu Hurairah juga meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata, : "Ibu Quran adalah surah al-fatihah, yang disebut sab'ul matsani."
(Hadith Riwayat Bukhari.)

1 ulasan:

Camellia on July 6, 2010 at 7:47 PM said...

masa kecik2 ayah mell pun kisahkan benda yang sama. =)

macih mengingatkan kembali.

:)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers