Assalamualaikum..
Minggu lepas aku memikirkan sesuatu tapi sekarang baru aku nak menulis, hekhekhek..(jangan tiru gaya aku gelak sbb xcantek..) Aku suka sangat tengok rancangan Imam Muda, nak2 lagi dengan adanya seseorang yang aku kenal yang menyertai rancangan tu tapi sayang dia dah tersinggir..Dia yang aku maksudkan ialah Nuri Ali.. Aku kenal dia waktu aku belajar dulu.. fuhh dia memang yang terbaik kat kolej.. Kalau sekali pandang dia memang nampak macam biasa seperti remaja-remaja yang lain sebab dia bukanlah yang jenis berpakaian jubah dan berbaju melayu sepanjang masa. Dia begitulah, jenis rock sket.. hehehe.. tapi aku kenal dia dan satu aku nak bagitau, dia punya percakapan lembut (Hati lembut bro).. Aku suka cara dia..x)
Kali pertama aku kenal dia time orentasi dan dia jadi penghulu..hekhekhek..aku pun macam ingat2 lupa jek tapi seingat aku dia kena denda sbb ank buah dia tak cekap ikut arahan.. fuuhh aku la salah satunya kot, hekhekhek..
Then kalau ada majlis agama kat kolej, serah la pada dia.. Aku ingat lagi time aku solat di Masjid besar kuantan..fuhh nak tau?? Aku dengar suara imam ni macam aku penah dengar jek suara dia.. aku pun pikir2 balik, sape erk.. haaa sedar2, dia jadi imam di masjid besar kuantan.. waaa aku respect dia.. fuhh sayang, aku tak macam dia.. Bagi aku, semua peserta imam muda ada potensi yang cukup baik cuma yang tersingkir tu bukan rezeki dieorang kat sana untuk terus stay dalam rancangan tu..
Ok stop cite pasal Nuri, apa yang aku nak cite ialah pasal kahwen..
Hari yang Nuri tersingkir tu kalau tak salah aku, imam2 muda ni kena bagi macam nasihat kat pasangan yang bermasalah dalam hubungan rumah tangga.. fuhh time tu dalam pale otak aku, adoii susah kawen ni..
Kahwen?? Alamak!! Pening aku pikir.. kerja takde lagi ape tah lagi duet?? fuhh..takpe kot, kita kena pikir awal2.. haa rancangan masa depan tu penting.. hekhekhek..
Calon?? fuhhh ni yang susuh..
Aku ada chat dengan kak nana, kak nana bukanlah akak kandung aku cuma aku anggap dia macam akak aku.. dah sebab aku tak xde akak!! hahaha.. sian.. aku ada cakap la pasal benda ni kat dia, dan dia ckp carilah calon yang terbaik..x)
Cuba kita pikirkan bersama nak2 lagi pada lelaki yang nak pilih calon isteri..
Aku memikirkan 1 keadaan yang aku rasa aku patut kita bersama..
Seorang lelaki yang bergelar suami..
Si suami ni tiap-tiap hari kompem p masjid solat subuh berjemaah..
haaa ingat senang ke nak p masjid hari-hari untuk solat berjemaah, nak2 lagi solat subuh..haa bukan subuh jek.. waktu2 len pun si suami ini p masjid..
Tapi si isteri dia xpakai tudung!!!!! ni lah orang2 perempuan sekarang yang anggap benda yang simple..
Sah2 suami dia kena heret masuk neraka disebabkan isteri dia..
adoii, bila bercinta cakap nak hidup bersama ke alam syurga?? dah macam mana.. janji dunia katakan..
Fuhh.. Susah jugak nak cari wanita solehah ni.. kalau ada aku nak satu jek..x)
Tapi aku kena tengok diri aku jugak la.. layak ke aku dapat?? Entahlah.. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya..
Im starting with the man in the mirror !
11 years ago
5 ulasan:
ouh.tetiba terasa nak pikir masa depan =) susahnya nak cari calon =P
wanita yang solehah adalah untuk lelaki yang soleh :)
yeah! agree =) jom2 semak balik diri kita.hehe
betol tu......
wanita yang baik untuk lelaki yang baek.......
jadi berdoa lah agar kita dapat yang terbaek untuk diri kita....dan keluarga
insyaallah.. nnti zikrie dapat isteri yang zikrie idamkan tu ye.. amin..:)
Post a Comment