Friday, May 7, 2010

Jumaat aku


Assalamualaikum..

Hari semalam hari jumaat so aku nak kongsi cerita pasal hari jumaat aku.

Aku sebenarnya sedih emmm, pasal apa?? macam biasa la kan, tok iman pergi baca khutbah, makmum pun lentok.. Ade yang tersengguk-sengguk aku tengok..
kadang-kadang kelakar jugak aku tengok, orang sebelah aku selambe jek terangguk-angguk, aku pun taktau ape yang dia duk angguk-anguk tu..hahahahaha..ni cite dalam masjid..

kat kat luar pulak..umah aku nak kata dekat dengan masjid tu takde la sangat tapi biasanya aku jalan kaki jek, so bila jalan kaki macam-macam la yang aku jumpa sebelum masuk masjid..
Aku tengok la kn yang geng remaja ni, yang masuk dalam masjid tak pelah, yang duk kat luar tu, fuhhhh macam-macam cite yang kuar bile jumpa kawan-kawan, ada yang siap lepak-lepak hisap rokok sambil layan perasaan.. adeii..
Haaaa ada yang time dah azan kedua dan ni, ada la aku tengok pakcik ni dengan anak dia, siap duk dalam kete dengan pasang ekonnya sambil baca surat khabar metro, apelah yang menarik sangat tu sampai tak sanggup menyahut seruan Ilahi..Sedih-sedih..

Aku pernah solat jumaat kat 1 masjid ni, fuhh memang best, ka tau, aku dengar imam dia baca khutbah pun dah terkejut.. Imam dia selambe jek men hentak2 tongkat, siap jerit-jerit kadang-kadang aku tengok.. Bagi aku la, bagus la dengan cara imam tu sampaikan sebab kalau imam pun dah hype active, so makmum pun jadi active.. takde la mengantok, dan makmum yang dengar ini pun jadi semangat nak dengar..

Masjid lain yang aku pergi kebanyakanya yang baca khutbah slow sangat, nada biasa jek, haa macam orang membaca, macam mana sangat.. So makmum pun duk terangguk-angguk..
Bila habis solat, kalau ka tanya la dia ape yang tok imam ckp time khutbah, aku rase berbuih mulut nak jawab..haaahaahaa.. So xde makna ape-ape.. padahal solat jumaat tu merangkumi dua khutbah dan solat dua rakaat..kalau campurkan jadi la empat sepertimana solat zohor yang empat rakaat..
Kalau satu miss macam mana?? kira sempurna ke solat jumaat?? Haaa tanya la ustaz.. kalau aku cakap kang ka tak percaya plak sebab aku bukan ustaz..haaa
Bagi aku la, cara penyampaian seseorang imam tu amat penting, sebabnya bila imam tu baca dengan penuh semangat, makmum pun semangat nak dengar dan penyampaian tu jelas..

Aku cakap ini bukan ape, yelah, nak kata kita pergi ceramah agama, silap-silap tak pergi, yang pergi tu bagus la kan, ilmu dapat pahala pun dapat.. Habis yang tak pergi ni?? haa time solat jumaat la nak dengar tentang agama.. Kalau khutbah jumaat pun dah malas nak dengar, aku rase la, ceramah agama, memang dah tak pergi dah..Dah tu macam mana..
Kalau solat jumaat pun tak pergi, fuuhhh, entah la..

2 ulasan:

rabiatuladawiyah on May 10, 2010 at 8:28 PM said...

tetibe terigt plak cikgu sejarh dulu.. suara dia mmg mendayu-dayu.. mendodoikn org tido..

tp kalau bab2 nie.. ish3.. susah nk komen, sbb aku x pernah gi solat jumaat..

Unknown on May 12, 2010 at 12:14 AM said...

ha! jgn kata dorg aku pun mengntuk gak masa baca khutbah? kdg2 tu aku terlena siap mimpi lagi? hehe ape2pun aku sokong ape pendapat ko dlm entry ni... syabas bro!

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers