Monday, May 10, 2010

kita berbeza.

Assalamualaikum..

Aku mulakan dengan :

Jauh di lubuk hati aku berbicara,

Aku insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan.. Lemahnya aku tanpa Mu ya Allah..
Aku ibarat seorang perantau dibumi ini yang bekalanya tidak cukup, yang amalnya kurang, yang sering meminta-minta, yang selalu tercari-cari untuk mengenali diri sendiri.
Ya Allah, aku malu kepada Mu, diwaktu aku senang, aku lupa kepada Mu dan ketika aku susah, aku meminta kepada Mu sedangkan perintah Mu, aku abaikan.. Hinanya aku, zalimnya aku pada diri sendiri..

Ya Allah,
Jika aku terlalu leka dengan kenikmatan dunia yang sementara, maka Kau sedarkanlah aku dari lamunan dunia yang hanya seketika.

Hari ini aku masih berjalan dengan izin Mu dan tunjukanlah aku jalan yang Engkau redho.

Ya Allah,
aku jadi begini disebabkan Engkaulah yang mengaturkan segala-galanya dan aturkanlah aku dalam suasana yang baik agar sikapku dan caraku juga baik.

Kehidupan yang dilalui telah membentuk keperibadian seorang manusia, aku yakin, kehidupan yang aku telah jalani sebelum ini adalah lambang kepada diri aku yang membentuk aku menjadi seorang yang begini.. Aku macam ni oleh kerna kehidupan aku dan mereka begitu disebabkan kehidupan mereka.
Kita berbeza..
Sudah tentu kehidupanlah yang menjadikan kita seorang yang berbeza..
Kehidupan yang merangkumi aspek cara hidup, cara berfikir, cara didikkan, cara pergaulan dan juga cabaran atau ujian dalam kehidupan sedikit sebanyak membentuk sikap manusia dan cara mereka yang tersendiri, oleh sebab itu manusia saling berbeza pendapat dan sudah tentunya sikap dan cara kita berbeza..
Kita berbeza..
dan kalaulah didunia ini kita semuanya sama, mesti takde makna apa-apa. Dah kalau semuanya sama tentu bosan hidup ini, itulah keunikan ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaan Allah.

Sikap kita dan cara kita itu adalah hak kita tapi yang pentingnya yang mana salah dan bertentangan dengan agama, kita kena betulkan dan yang mana betul dah tentu kita kena teruskan dalam mencari keredhoan Allah..

Aku akhiri dengan :

Aku adalah aku, kamu adalah kamu, kita munkin berbeza dari perlakuan, tindakan, cara gaya hidup dan sebagainya tapi akhirnya kita bertemu pada titik yang sama.. Saat itu kita akui, kita adalah sama, kita hamba Allah dan kita insan biasa.

3 ulasan:

RabiaTuL on May 10, 2010 at 8:31 PM said...

kite berbeza tp kite semua makhluk Allah yg hidup kat muka bumi nie..

NICK IRFAN on May 11, 2010 at 9:21 AM said...

eh! kenapa ni bro? mcm sedih je aku baca entry ni..... ko ade mkn hati dgn mmer ke?

+d.O.Y.A.h+ on June 14, 2010 at 10:22 AM said...

tenks bro!!~
=)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers