Thursday, June 3, 2010

Kata hati (2)

Lautan Mediterranean menjadi saksi akan trajidi pertumpahan darah manusia akibat kekejaman zionis. Angin yang semalamnya bertiup kencang kini tenang setenangnya lautan menyambut kedatangan tetamu dunia yang cinta kepada kedamaian. Ombak yang memukul dipersisiran pantai gaza terus menyampaikan berita gembira kepada bumi palestine dan terpahat satu sejarah baru dalam misi keamanan.

Kini suara-suara lantang yang kejam (zionis) terus berkumandang sebagai pengecam kepada undang-undang manusia. Zionis tidak munkin belajar daripada kesilapannya semalam, malah dia (zionis) terus diajar dan dijajah oleh fahamannya sendiri sehingga mereka bangga menjadi pengecam kepada keamanan. Di tangan-tangan mereka penuh bergelumang dengan darah. Darah itu tidak pernah kering dari tangan mereka seolah-olah mereka tidak bertamadun dan bersifat kebinatangan.

Dunia sedang memerhatikan gerak geri dan suara-suara keras mereka.Dalam hati-hati mereka mula keriangan mendendangkan lagu kebangsaan mereka, kemudian mereka jajahi pemikiran dunia dengan kata-kata lantangnya agar bergema diserata dunia akan keberaniaannya mencabul undang-undang dunia.

Rakan-rakan sekutunya ketika ini seakan terpaku melihat keberanian keamanan terus memacu pentas merentas benua asia barat tanpa gentar akan suara lantang yang kononnya berani dan mereka sentiasa berwaspada sehingga merera sendiri tersesat diperairan antarabangsa. Kapal inilah pembawa semangat manusia segajat!! Sudah lama mereka menyelami penderitaan insan terpilih. Insan-insan inilah yang mereka (zionis dan sekutunya) pijak!! manusia yang bersifat kebinatangan inilah yang merobek hati-hati insan terpilih!! kemudian mereka (zionis dan sekutunya) menghimpit insan ini!! Himpit sehingga derita dengan politik yang mereka cipta ketika negaranya mencari pemimpin dan mereka (sekutunya) laung-langkan slogan memimpin dan terus memimpin masyarakat dunia sehingga mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya dipimpin.

Ketika ini bagi orang yang terang hatinya dan waras pemikirannya sedang mencari-cari matlamat keamanan. Mereka mengukir satu nama (Rachel Corrie) atas dasar peringatan kepada pejuang kebebasan keamanan dan mereka kelilingi dunia membawa harapan bagi membela masyarakat dunia terus berada dikemuncak keamanan.

1 ulasan:

Hapiz Rahman on June 7, 2010 at 9:45 AM said...

sama2 kita berusaha dan berdoa untuk kesejahteraan mereka dan umat Islam seluruhnya.. Aminnn

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers