Tuesday, June 22, 2010

APe2 jek la..

Hari demi hari selepas berlakunya peristiwa hitam kekejaman zionis, kerajaan Turki terus dihimpit dengan tekanan dari pihak Amerika atas tindakan Turki yang masih berkeras terhadap kerajaan Israel dengan memutuskan hubungan diplomatiknya dan masih tidak memperakui jawatankuasa yang bernaung dibawah kerajaan Israel.
Suara yang menghimpit itu adalah pendesak yang seumpama akur dengan telunjuk Israel dan mahu Turki akur dengan tindakan yang diambil.
Malah lebih malang kepada Turki apabila pembelian pesawat dari Israel yang sudah dibayar sejumlah besarnya dibekukan oleh Israel.
Bukan itu sahaja, malah Israel terus memboikot sebahagian besar produk barangan dari Turki di Israel dan ini menunjukan satu kecaman ekonomi kepada Turki, sekaligus merupakan salah satu balasan kepada Negara yang lantang bersuara.

Sampai bilakah Turki akan bertahan??
Masih berkeras dengan pendiriannya atau terpaksa akur menghulurkan tangan tanda maaf berjabat tangan??

Empat tuntutan yang diminta oleh Turki kini ditolak semuanya oleh Israel kecuali tuntutan terakhir turki sahaja yang diterima.
Israel masih engan tunduk dengan suara masyarakat dunia malah mereka terus mendabit dada dengan penuh rasa bangga kerana dia yakin akan pengaruhnya bakal membungkam semua suara lantang yang mengecam Israel.

Wakil demi wakil, deligasi demi deligasi dari amerika turun naik ke timur tengah. Isu mereka hanya 1 iaitu permasalahan di timur tengah. Dari dulu sampai sekarang masih tak settle?? Tak penat ke??

Kini Abbas pula menyatakan bahawa 'kepungan digaza harus ditamatkan!'

Bagaimana ingin kau tamatkan selagi fatah dan hamas masih bertelagah??
Bukankah nanti kau akan terperangkap dengan isu keselammatan yang akan dibawakan oleh Israel??

Fuhhhhhh.. aku penat dengan permainan politik dunia!!
seperti menanti sebuah penantian yang tak pasti.

Ketika ini aku sedar bahawa aku tidak setabah dan...........................

Bersambung... (-.-) Zzz..

1 ulasan:

Unknown on June 22, 2010 at 5:04 AM said...

bro..jgn berhenti menulis..=)

Sambil Baca Sambil Dengar.

linkwithin

Related Posts with Thumbnails
 

Tinggalan nota dari zikrie Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers